Saturday, September 16, 2023

Peserta himpunan laung ‘Reformati’ sindir PMX, gesa dakwa Zahid semula

agendaily.com
16/09/2023
Himpunan Selamatkan Malaysia daripada kerajaan Madani yang gagal.

Ribuan peserta himpunan Selamatkan Malaysia dengan berbaju putih berkumpul di ibu kota bagi membantah tindakan kerajaan campuran membebaskan penjenayah perasuah dan gagal mengawal harga barang.

Laungan ‘Reformati’ juga bergema di ibu kota hari ini sebagai sindiran terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gagal membawa reformasi dalam pentadbirannya dan bersekongkol dengan perasuah, ia ekoran pembebasan anak muridnya daripada 47 kes pertuduhan di mahkamah sebelum ini.

Hadirin yang kebanyakannya berbaju putih turut melaungkan gesaan untuk mendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid Zahid yang turut terlibat dalam skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan Dr Afif Bahardin dari Perikatan Nasional (PN) berkata 25 tahun lalu penyokong Anwar berkumpul di tengah-tengah ibu kota untuk menentang kezaliman.

“Hari ini saya isytiharkan Reformasi sudah mati.

“Kita sudah tiada jalan lain. Himpunan ini hanyalah permulaan,” katanya.

Laungan Reformasi dipopularkan pada tahun 1998 selepas Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri.

Antara yang hadir mantan ketua Paemuda UMNO Seremban, Zool Amali Hussin, aktivis-aktivis politik serta badan bukan kerajaan.

Afif turut mengkritik Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman kerana mengambil selfie bersama Zahid walaupun semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 lalu berjanji untuk memenjarakan Presiden UMNO itu.

Hadirin turut membuat gaya “angkat tangan” Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi memprotes keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Zahid sebelum ini.

Terdahulu peserta himpunan berkumpul di Masjid Kampung Baru dan berarak ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi menemani sekretariat Selamatkan Malaysia membuat laporan terhadap Zahid.

Sementara itu, ahli sekretariat Selamatkan Malaysia Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, keadilan perlu dilihat dijalankan kepada semua.

“Ini bukan pertemuan kita yang terakhir.

“Usaha selamatkan Malaysia akan diteruskan,” katanya.

Zahid berdepan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan rasuah, dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Beliau diberikan penghakiman DNAA pada 4 September lalu selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan hakim mengenai permohonan Jabatan Peguam Negara untuk menghentikan semua prosiding terhadapnya.

Keputusan itu menimbulkan kemarahan yang meluas, dengan Jabatan Peguam Negara berkata hakim memutuskan berdasarkan alasan kukuh yang dikemukakannya kepada mahkamah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-