malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Sep 26, 2023
Mahkamah Pilihan Raya hari ini membatalkan kemenangan calon PN Che Alias Hamid di kerusi Parlimen Kemaman.
Ini susulan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis yang membenarkan petisyen pilihan raya yang difailkan oleh pempestiyen, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul yang juga adalah calon BN.
Keputusan dibuat setelah mahkamah berpuas hati bahawa pihak pempestiyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen PRU15.
Mahkamah turut memerintahkan pihak responden membayar kos sebanyak RM30,000 kepada pihak pempestiyen.
Bagaimanapun mahkamah bersetuju untuk menangguhkan pemakluman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersabit keputusan mahkamah hari ini sehingga 3 Oktober depan.
Ini sementara menunggu tindakan atau rayuan daripada pihak responden.
Peguam Che Alias, Yusfarizal Yussof mengesahkan kepada Malaysiakini mengenai keputusan hari ini dan ketika ditanya jika PN akan merayu kepada Mahkamah Persekutuan, peguam itu berkata mereka akan membincangkan isu berkenaan.
Sekiranya PN tidak memfailkan rayuan ke mahkamah tertinggi dalam tempoh 14 hari hari ini, SPR akan mengisytiharkan kerusi parlimen itu kosong, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya kecil.
Sebelum ini pada 13 Februari lalu, Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen itu apabila membenarkan bantahan awal oleh Che Alias berhubung petisyen yang dikatakan mengandungi fakta cacat dan tidak sah bagi menyokong dakwaan rasuah semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Bagaimanapun pada 2 Mei lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Wan Mohamad Hisham untuk mengembalikan semula petisyen berkenaan menjalani perbicaraan penuh.
Sebelum ini pada 27 Jun lalu, Mahkamah Pilihan Raya turut membenarkan petisyen calon BN, Mohd Zubir Embong di Parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi calon PAS, Ahmad Amzad Hashim.
Pada PRU15 tahun lalu, Che Alias merampas kerusi Kemaman dengan majoriti 27,179 undi. Dia menewaskan calon BN dan bekas menteri besar Terengganu Ahmad Said.
[Baca berita penuh]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
malaysiakini.com Hassan Abdul Karim Diterbitkan: Sep 4, 2024 Ismail Sabri Yaakob perdana menteri kesembilan bukan perdana menteri yang biasa...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Sep 2, 2024 12:30 PM Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) me...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Sep 5, 2024 1:32 PM Umno, tidak seperti parti lain, mempunyai rekod prestasi melahirkan ramai pemimpin cemerl...
-
harakahdaily.com September 4, 2024 Akta Pembaharuan Semula Bandar Datuk Amzad mendedahkan ancaman kepada Melayu bandar HANG TUAH JAYA: Akta ...
-
bharian.com.my Oleh Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@bh.com.my Muhamad Akmal Saleh (kiri) dan Teresa Kok. KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Sep 2, 2024 6:32 PM Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Muhamad Hisham Marzuki menyifatkan kenya...
-
freemalaysiatoday.com Faiz Zainudin -03 Sep 2024, 08:00 PM Pertemuan itu bagi membincangkan isu penempatan pegawai Jakim di jabatan kerajaan...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Sep 3, 2024 1:54 PM PAS hari ini menyelar kumpulan antara agama bukan Islam yang membantah cadangan menempatk...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Sep 6, 2024 12:50 PM Abdul Hadi Awang berkata, bangsa bukan Melayu sepatutnya mengenang budi kepada orang Mel...
-
bharian.com.my Oleh Baharom Bakar bhnews@bh.com.my - September 7, 2024 @ 12:29pm Teresa Kok (kiri), dan Rozi Mamat KUALA TERENGGANU: UMNO ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.