Tuesday, February 27, 2024

Manoharan dilantik Ketua Pengarah baharu ganti Ammar

bebasnews.my
By Editor
-26/02/2024
Sumber: Facebook

SHAH ALAM — Bekas Pengarah Tourism Malaysia India, Manoharan Periasamy telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia yang baharu, kata Tourism Malaysia.

Ini merupakan kali pertama warganegara bangsa India dilantik sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia.

Manoharan sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengarah Kanan Promosi Antarabangsa (Asia dan Afrika) di Tourism Malaysia, lapor Sinar Harian.

Difahamkan beliau pernah berkhidmat selama tiga penggal berturut-turut sebagai Pengarah Tourism Malaysia untuk India, selain berperanan penting dalam menubuhkan pejabat Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan pertama di Mumbai pada tahun 2001.

Media sebelum ini melaporkan bekas Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berasa kecewa kerana perkhidmatannya selama 36 tahun dalam industri pelancongan ditamatkan.

Menurut Ammar, sebagai kakitangan kerajaan yang sudah lama berkhidmat, beliau sentiasa melakukan tugas mengikut prosedur dan tatacara betul.

Pada Sabtu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menjelaskan sebab Ammar diturunkan pangkat daripada jawatan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, kerana gagal mencapai prestasi kerja yang ditetapkan.

BebasNews

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-