Zarrah Morden & Shamz Johan & Isabelle Leong
Diterbitkan: Mar 14, 2024 11:46 AM
PARLIMEN | Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali berkata kementerian itu akan terus memantau penjualan kurma dari Israel di pasaran tempatan.
Dia berkata demikian bagi menjawab soalan dibangkitkan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid (PN-Bersatu) di Dewan Rakyat hari ini.
"Kita akan terus memantu di pasaran melalui pelbagai akta yang terdapat di KPDN khususnya Akta Perihal Dagangan untuk memastikan sekiranya terdapat pasaran kurma berkenaan berlegar untuk ditawarkan kepada pengguna.
"Kita telah serta-merta masukkan dalam SOP dan juga istilah rujukan Ops Pantau yang kita lancarkan khas untuk Ramadan dan Aidilfitri ni untuk melihat secara terperinci berkaitan dengan penjualan kurma yang didakwa tersebut," katanya.
Armizan Mohd Ali
Armizan juga memakluman satu serbuan telah dilakukan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 12 Mac lalu di sebuah gudang penyimpanan makanan di Klang, Selangor.Semalam media melaporkan pihak kastam menemukan produk dengan label organis Jumboo Medjool Dates' dipercayai dibawa masuk secara pukal dan dibungkus semula untuk dijual di pasaran tempatan.
"Dalam serbuan itu juga, seorang lelaki warga tempatan berusia 40-an dipercayai pemilik perniagaan berkenaan turut ditahan untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan penjualan kurma dari Israel di pasaran tempatan menjelang Ramadan.
Ini menimbulkan persoalan bagaimana produk tersebut dibawa masuk ke Malaysia memandangkan negara ini tidak menjalinkan hubungan dagangan dengan Israel.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.