malaysiakini.com
Syed Hassan Syed Ali
Diterbitkan: Mar 8, 2024 8:30 AM
SURAT | Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) ingin menggesa perdana menteri mengambil peduli isu-isu memalukan yang berlaku dalam Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang tular sejak isu pemecatan ketua pengarah penggalak pelancongan baru-baru ini.
Malah masalah Kementerian tersebut juga tercalar akibat campur tangan menteri berkenaan terhadap tugas pegawai imigresen di KLIA yang menghalang kemasukan seorang wanita China tidak lama dulu.
Di mana tatakelola yang sentiasa diuar-uarkan dan ditekankan oleh perdana menteri setiap kali berucap di majlis-majlis rasmi kerajaan dan dalam program-program parti politik?
Sudah sampai masanya menteri itu, yang beberapa kali mencetuskan kemarahan rakyat, dipecat atau ditukarkan ke kementerian lain.
Perkasa mahu mana-mana pihak yang terjejas dan tidak puas hati dengan menteri terbabit perlu berani ke depan untuk ambil tindakan undang-undang atau laporkan secara rasmi kepada pihak yang berkenaan.
Perkasa menerima khabar dari orang terdekat dengan mantan ketua pengarah agensi kementerian tersebut Ammar Abd Ghapar bahawa dia telah mendapatkan nasihat peguam untuk tindakan selanjutnya bagi mendapat haknya kembali.
Perkasa akan memberi sokongan dan bantuan apa sahaja kepada Ammar sehingga beliau mendapat keadilan sepenuhnya.
Perkasa juga mohon ketua setiausaha negara dan ketua setiausaha kementerian berkenaan membela pegawai-pegawai kementerian atau agensi kementerian yang bermasalah dengan menteri, untuk mendapat keadilan demi pegawai itu mendapat hak mereka.
Negara ini ada undang-undang dan peraturan-peraturannya dan siapa sahaja waima menteri sekali pun perlu akur.
Jangan jadikan kementerian seperti syarikat keluarga.
SYED HASSAN SYED ALI ialah presiden Perkasa.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Sebenar nye Wak tak layak terima BR1M ni, sebab jika kira pencen dan gaji isteri yang masih bekerja melebihi RM3000. Wak heran juga kenapa b...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 3, 2023 8:53 AM Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi membalas teguran Setiausaha Agung...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
satuberita.my By SatuBerita -May 29, 2023 WALAUPUN pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dijangka sengit, namun silent protest (protes s...
-
satuberita.my By Admin -June 2, 2023 Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menganggap Datuk Seri Anwar...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.