Thursday, April 4, 2024

PRK Kuala Kubu Baharu 11 Mei

freemalaysiatoday.com
Elill Easwaran
-04 Apr 2024, 12:05 PM

Pilihan raya itu diadakan susulan kematian Adun DAP Lee Kee Hiong akibat kanser pada 21 Mac lalu.
Pada PRN Ogos tahun lalu Lee Kee Hiong daripada DAP menewaskan calon Gerakan Henry Teoh dengan majoriti 4,119 undi.

PUTRAJAYA: PRK Kuala Kubu Baharu akan diadakan pada 11 Mei dengan penamaan calon dijadualkan 27 April.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh, berkata undi awal pula akan diadakan pada 7 Mei.

Pilihan raya itu diadakan susulan kematian Adun DAP daripada Pakatan Harapan (PH) Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu selepas beberapa tahun bertarung dengan kanser.

Beliau mula memaklumkan didiagnos dengan kanser ovari tahap satu pada 2020 tetapi bertindak balas baik selepas menjalani rawatan.

Beliau pertama kali memenangi kerusinya pada 2013 selepas menewaskan Ooi Hui Wen dari MCA dengan majoriti 1,702 undi, dan mempertahankannya pada 2018 dengan majoriti 7,134 undi mengatasi Wong Koon Mun dari MCA.

Pada PRN Ogos tahun lalu, Lee menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) daripada Gerakan Henry Teoh dengan majoriti 4,119 undi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-