Friday, June 28, 2024

Penyelarasan subsidi: Akan ada satu lagi kejutan, kata Rafizi

malaysiakini.com
Diterbitkan: Jun 28, 2024 6:09 PM
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan akan menggunakan strategi sama, iaitu dengan tidak membuat makluman awal kepada umum berkenaan sebarang keputusan berkaitan penyelarasan subsidi petrol RON95.

Bercakap dengan pemberita di acara Forum Ekonomi Dunia di Dalian, China, Rafizi berkata demikian ketika ditanya jika langkah itu akan dilaksanakan pada tahun ini, dan pengumuman awal akan dibuat.

"Kita tidak akan dedahkan rancangan kita, seperti mana kita kejutkan semua orang dengan diesel.

"Sama seperti kita kejutkan semua orang dengan diesel, saya fikir ada satu lagi kejutan untuk orang ramai," katanya seperti dipetik organisasi berita kewangan, Bloomberg.

Tampak bersemangat, Rafizi dilihat tidak begitu bimbang dengan kemungkinan pemansuhan subsidi bahan api akan memberi kesan kepada inflasi, di tengah kenaikan Harga barang.

"Saya tahu soalan orang ramai kepada saya: apa seterusnya? Di Malaysia, kami ada diesel untuk industri, dan petrol untuk pengguna.

"Buat masa sekarang, kami memberi tumpuan kepada diesel kerana ketirisan besar sebenarnya berlaku dalam (subsidi) diesel.

"Saya fikir kami kena pastikan dan belajar daripada proses untuk menambah baik keseluruhan system," katanya lagi.

Berdasarkan Mekanisme Harga Automatik mingguan untuk produk petroleum, RON95 ditetapkan pada Harga RM2.05 seliter, RON97 (RM3.47) dan diesel (RM3.35) untuk Semenanjung Malaysia.

Subsidi diesel dikekalkan di Sabah Sarawak.

[Baca berita asal]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-