Tuesday, July 2, 2024

Bibit perpecahan jika PAS ambil Nenggiri, PN diberi amaran

freemalaysiatoday.com
Anne Muhammad
-02 Jul 2024, 08:00 AM

Penganalisis berkata Bersatu tidak boleh membenarkan peralihan berlaku kerana PAS mungkin ambil semula kerusi pernah diberikan di negeri pembangkang lain.
Perikatan Nasional perlu menangani segera ‘konflik’ Bersatu dan PAS mengenai calon PRK DUN Nenggiri. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Penganalisis memberi amaran kepada Perikatan Nasional (PN) tuntutan PAS Gua Musang supaya Bersatu menyerahkan kerusi DUN Nenggiri boleh melarat ke kawasan lain jika tidak ditangani segera.

Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, alasan enggan episod peralihan sokongan membabitkan wakil rakyat Bersatu, mungkin digunakan PAS untuk merampas semula kerusi pernah diberikan di negeri pembangkang yang lain.

“Jadi, kerusi itu elok di tangan Bersatu, kalau berada di tangan PAS, landskap perubahan besar akan berlaku. Sebab hari ini PAS boleh ambil kerusi di Kelantan…esok boleh ambil kerusi di luar Kelantan, kemudian boleh ambil kerusi di mana penyokong PAS lebih ramai daripada Bersatu.
Lau Zhe Wei.
“Bersatu tak boleh benarkan peralihan berlaku,” katanya kepada FMT, mengulas ‘konflik’ Bersatu dan PAS mengenai calon Nenggiri susulan PRK DUN itu 17 Ogos ini.

Kerusi Nenggiri disytiharkan kosong oleh Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah pada 19 Jun lalu selepas Bersatu menyerahkan notis pelucutan keahlian penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim.

Azizi yang bertanding bawah logo PAS pada PRN Ogos lalu menewaskan Ab Aziz Yusoff daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 810 undi.

Kelmarin, Yang Dipertua PAS Gua Musang Azman Ahmad mendakwa tindakan Azizi yang berpaling tadah selepas menang memberi kesan dalam kalangan pengundi di kerusi bawah Parlimen itu.

Justeru, Azman berharap calon PAS diberi laluan bertanding PRK itu dengan alasan kebimbangan pengundi episod peralihan sokongan berulang jika wakil Bersatu diletakkan.

Bagaimanapun, Ketua Bersatu Kelantan, Kamaruddin Md Nor, semalam, menyarankan Azman mengemukakan permintaan rasmi untuk bertanding PRK Nenggiri kepada PN pusat.

Kamaruddin berkata, pihaknya juga akan menyerahkan senarai tiga nama calon kepada pimpinan parti selewat-lewatnya akhir minggu depan.
Azmi Hassan.
Sementara itu, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berpendapat PAS ketika ini menggunakan ‘alasan Bersatu berpaling tadah’ sebagai senjata untuk merampas semula kerusi Nenggiri.

Beliau yakin jika Bersatu berkeras mahu meletakkan calon, PAS tidak akan berkempen habis-habisan seperti berlaku di PRK Kuala Kubu Baharu.

“Penyokong PAS akan kecewa kerana ini negeri mereka, mengapa Bersatu pula mendapat kelebihannya,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon PRK DUN Nenggiri pada 3 Ogos dan undi awal 13 Ogos.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-