Wednesday, August 21, 2024

Isu 3R: Polis rakam keterangan Muhyiddin

malaysiakini.com
Diterbitkan: Aug 21, 2024 12:07 PM
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin tiba di bangunan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Kuala Lumpur, pagi ini bagi proses rakaman keterangannya kepada polis.

Bekas perdana menteri itu tiba kira-kira 10.30 pagi dan sempat melambai kepada pemberita sebelum masuk ke dalam bangunan itu.

Turut hadir adalah Presiden Gerakan Dominic Lau, Ketua Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) SP Punithan, Ahli Parlimen PAS Ahmad Yunus Hairi, Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu, Naib Presiden Mohd Radzi Md Jidin, Ketua Selangor Azmin Ali, Ketua Pemuda Wan Ahmad Faysal Wan Kamal dan Tun Faisal Ismail Aziz.

Muhyiddin, yang merupakan presiden Bersatu, disiasat berhubung ucapannya yang menyentuh pelantikan perdana menteri baru-baru ini selepas pilihan raya umum lalu yang memurkakan keluarga diraja Pahang.

[Berita penuh menyusul]
View Synonyms and Definitions

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-