Mohsin Abdullah
16 Aug 2024
Umno dapati dirinya teramat susah menyakinkan orang Melayu untuk lupakan apa yang mereka kata dulu tentang DAP. Pendek cerita senjata Umno tikam Umno.
Saya petik laporan FMT siaran 8 Ogos lalu untuk memulakan penulisan ini. Menurut laporan itu Zahid Hamidi presiden Umno berkata partinya sudah berbincang untuk mengundang ketua-ketua parti dalam kerajaan perpaduan ke Perhimpunan Agung Umno tahun ini sebagai tetamu. Bagaimanapun kehadiran pemimpin utama berkenaan bergantung pada kelapangan mereka.
PAU 2024 akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 21 hingga 24 Ogos ini dan pada hemat saya mereka hampir pasti akan hadir jika Umno mengirim undangan, seperti perasmian PAU tahun lalu yang dihadiri Anthony Loke dari DAP dan Mohamad Sabu dari Amanah, juga Shafei Apdal mewakili Warisan, serta Perdana Menteri Anwar Ibrahim selaku presiden PKR dan pengerusi Pakatan Harapan.
Penulis politik berpengalaman, Mohd Sayuti Omar, menyifatkan cadangan Umno untuk sekali lagi mengundang pemimpin parti kerajaan perpaduan sebagai
usaha murni yang mewajarkan Umno menjadi pelopor penyatuan ummah dan perpaduan kaum berbilang bangsa. Jadikan pertemuan di PAU 2024 satu ‘permulaan’, kata beliau.
Saya tidak faham lalu menghubugi beliau untuk huraian. Kesimpulan huraian Sayuti ialah beliau menyarankan Umno bentang agenda atau naratif baharu untuk dijadikan rangka perbincangan. “Itu secara umum. Secara mikro ialah kerjasama parti dalam kerajaan dijenamakan semula jadi parti ‘Malaysian Umno‘. United Malaysia National Organisation.”
Teringat saya United Malayan National Organisation yang disaran Onn Jaafar pada 1951. Kita tahu apa yang terjadi kepada Allahyarham susulan saranan itu. Jujur saya katakan Umno yang ada sekarang tidak mampu (tidak mahu?) mewujudkan United Malaysia National Organisation.
Apabila saya meminta reaksi Yusri Ibrahim, ketua penyelidikan Ilham Centre, beliau berkata “bagus kalau agenda perpaduan nasional disemarakkan secara tuntas oleh Umno sendiri dan PAU ini boleh jadi turning point untuk agenda ini.”
Realitinya itu semua tidak boleh terjadi. Semua yang diperkatakan tadi is now academic kerana menurut Setiausaha Agung Asyraf Wajdi Dusuki partinya tidak mengundang para pemimpin parti kawan dalam kerajaan perpaduan. “Kali ini kita nak memberikan ruang seluas-luasnya kepada keluarga besar Umno berbincang secara kekeluargaan dan dalaman. Jadi tidak ada pemimpin utama parti lain datang kali ini.”
Ertinya semua PAU masa lalu tidak beri ruang seluas-luasnya untuk keluarga besar Umno berbincang? Kalau pemimpin parti lain datang pun mereka hadir majlis perasmian sahaja di mana hanya presiden parti berucap, bukannya keluarga besar Umno berbincang.
Kata penganalisis kepada FMT, Umno tak undang pemimpin parti kerajaan terutama DAP untuk ‘sejukkan’ akar umbi. Ariff Aizuddin Azlan dari UiTM merujuk beberapa siri pertikaman lidah antara pemimpin Umno dan DAP antaranya dalam isu stoking kalimah Allah dan Kampung Baru Cina.
Rasa tidak puas hati dalam kalangan akar umbi Umno belum reda, kata beliau.
Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan pula dipetik FMT berkata tindakan Umno tepat kerana kehadiran wakil parti luar daripada BN hanya mencetuskan rasa tidak puas hati selain ucapan pemimpin Umno perlu menjaga hati tetamu terbabit.
Ertinya pemimpin Umno perlu cakap berlapik jika pemimpin parti lain hadir. Betul kata beliau tetapi dalam era sosial media apa yang diucapkan dalam sesuatu majlis boleh didengari tanpa hadir di majlis itu.
Apa pun kata Azmi sebelum ini dalam PAU kita lihat penerangan mengenai mengapa Umno perlu kerjasama dengan DAP tidak dapat diterima akar umbi. Sebenarnya penjelasan mengenai isu itu yang dijalankan pemimpin parti bukan sahaja diberi semasa PAU tetapi juga pelbagai majlis terbuka dan tertutup pada pelbagai peringkat parti.
Tetapi akar umbi masih tidak puas hati. Inilah masalahnya.
Umno termasuk beberapa pemimpin tertentu dan terutamanya akar umbi masih berlagak gedebe seakan parti masih hebat macam dulu-dulu. Mereka tidak sedar atau tak mahu sedar Umno bukan parti utama dalam kerajaan dan kehadirannya dalam kerajaan adalah atas sokongan parti lain.
Satu lagi masalah besar ialah Umno tidak dapat mengembalikan sokongan orang Melayu yang hilang dan mereka menyalahkan DAP, ‘parti Cina’ yang dibenci orang Melayu, kata mereka. Umno mendakwa mereka ditolak orang Melayu kerana berbaik baik dengan DAP, lalu mesti menjauhi parti itu.
Benar ada orang Melayu tidak suka dan tidak percaya DAP tetapi bukankah Umno sendiri yang menyebabkan orang Melayu begitu? Strategi ‘benci DAP’ yang Umno lakukan cukup berjaya dan sekarang Umno mendapati dirinya teramat susah menyakinkan orang Melayu untuk lupakan apa yang mereka kata dulu tentang DAP sekali gus terimalah DAP sekarang. Pendek cerita senjata Umno tikam Umno.
Namun Umno lupa atau buat-buat lupa penolakan orang Melayu bukan sahaja kerana Umno mesra DAP. Majoriti orang Melayu tolak Umno kerana melihat Umno tidak bersih. Kedegilan Umno mahu Najib Razak dibebaskan tidak membantu impian Umno dapatkan semula sokongan Melayu.
Saya ulangi apa ramai orang Melayu termasuk orang Umno yang waras dah cakap. Umno jangan salahkan orang lain. Umno jangan perasan. Akui kelemahan. Bertaubat dan jangan lakukan dosa lalu. Boleh?

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.