Monday, September 9, 2024

Akmal jawab DAP - Malulah anak jantan kalau orang jual kita tidak beli

malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 9, 2024 3:48 PM
Ketua Pemuda Umno, Dr Muhammad Akmal Saleh membidas rakan sejawatannya dari DAP, Dr Kelvin Yii Lee Wuen berhubung cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mempertimbangkan mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan alkohol.

Dalam satu hantaran di Facebook, Akmal menasihatkan Yii supaya mengajar pemimpin DAP supaya beradab.

“Semak semula siapa yang mulakan isu ini. Sila ajar pemimpin senior kamu untuk beradab. Sarang tebuan jangan dijolok. Hal Melayu Islam jangan nak menyibuk.

“Kalau tak mahu kami di sini biadap, jangan celupar, jangan mencabar!” katanya.

Ketua Pemuda Umno itu berkata, mereka boleh bersahabat dan berkawan dengan sesiapa sahaja, dan malah akan membalas dengan berlipat ganda kebaikan dengan orang yang berbudi pekerti.

“Tapi kalau kamu tiada pekerti dan hilang susila, mari kami tunjuk cara biadap dan kurang ajar yang sebenar

“Malulah anak jantan kalau orang menjual kita tidak membeli,” katanya lagi.

[Berita penuh menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-