Thursday, September 26, 2024

Apa dia tugas ‘Menteri Darjah’ ni? Dah lama hidup baru tahu ada jawatan ini di Malaysia

malaysiadateline.com
Oleh ROSLAN ZAMAN
26/09/2024

Semalam secara rasminya bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Musa Hitam dilantik sebagai Menteri Darjah (Chancellor) yang baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia. Perlantikan ini telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan pelantikan tersebut adalah untuk tempoh tiga tahun, bermula 13 September 2024 hingga 12 September 2027.

“Pelantikan ini selari dengan keperluan yang dinyatakan di dalam Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia bagi memastikan urusan menandatangani watikah-watikah kurniaan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota di bawah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan berjalan lancar,” ujar kenyataan itu.
Promoted Content

Namun ramai yang tertanya-tanya apa tugas Menteri Darjah ini? Adakah ianya berstatus menteri seperti menteri penuh yang lain?

Untuk makluman, jawatan Menteri Darjah ini bukan berstatus menteri.

Setiap darjah kebesaran, pingat dan bintang mempunyai watikah dan setiap watikah perlu ditandatangani oleh dua pihak, iaitu Pendaftar Darjah, Menteri Darjah sebelum ditandatangani oleh Agong.

Tugas Menteri Darjah hanya menandatangani watikah untuk memastikan ketulenan watikah yang dikeluarkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-