Monday, September 2, 2024

Puad saran Hadi merdekakan rakyat daripada penjajahan politik agama PAS

malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 2, 2024 9:48 AM
Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Umno Mohd Puad Zarkashi mencadangkan kepada PAS supaya memerdekakan rakyat daripada penjajahan politik agama yang menyesatkan parti itu.

Mengulas kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bahawa PAS perlu “menawan” Sabah jika mahu memerdekakan negara, katanya, parti itu hanya bermimpi di siang hari.

“PAS sukar menang walaupun satu kerusi di Sabah. Lagi pun apa sebenarnya yang PAS mahu merdekakan?

“PAS sendiri tidak mampu memerdekakan partinya dari amalan politik toksik, politik melabel lawan dengan gelaran dajal, anti Islam dan sebagainya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Semalam, sempena mesej Hari Merdeka, Hadi dalam hantaran di Facebook,berkata, PAS mesti memperkasakan kedudukan di Sabah dan bagi melaksanakan perkara itu, parti berkenaan mesti menang di Sabah.

Katanya, sama ada kerusi itu dimenangi oleh PAS atau parti itu akan mengajak kawan-kawan parti lain yang bergabung bersama-sama untuk menubuhkan kerajaan demi memerdekakan negara sepenuhnya tanpa bergantung dengan makhluk asing.

Mengulas lanjut, Puad berkata PAS adalah penjajah pemikiran politik agama yang memundurkan.

“Terlalu lama penjajahan ini berlaku. Seolah-olah PAS itu Islam dan Islam itu PAS.

“Rakyat perlu dimerdekakan daripada penjajahan politik agama yang menyesatkan ini,” katanya.

Ketika ini, PAS mempunyai seorang Adun dilantik, iaitu Aliakbar yang dilantik ketika PN masih sebahagian daripada kerajaan negeri selepas PRN16 pada September 2020.

PAS pernah meletak calon di beberapa kerusi pada beberapa pilihan raya sebelum ini, namun gagal memenangi sebarang kerusi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-