Sunday, September 15, 2024

Roti Ikhwan guna tanda halal tidak sah – Jakim

cosmo!online
Oleh AZMI NORDIN
15 September 2024, 2:08 pm
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Produk Roti Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara didapati tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

Perkara itu dijelaskan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menerusi hantaran di Facebook selepas melakukan semakan menerusi Portal Halal Malaysia.

“Perkara ini telah melanggar Akta Perihal Dagangan 2011 di bawah perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

“Kesalahan tersebut menyatakan semua makanan dan barang-barang tidak boleh diperihalkan sebagai halal dengan cara lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam,” katanya dalam hantaran, hari ini.

Jelas kenyataan itu, Jakim telah berhubung dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan jabatan agama Islam negeri-Negeri untuk mengambil tindakan penguatkuasaan segera.

“Sekiranya didapati berlaku penyalahgunaan logo atau sijil halal pada produk, pihak syarikat boleh dikenakan tindakan di bawah akta tersebut,” ujarnya.

Jelasnya, sebarang aduan berkaitan penyalahgunaan logo halal atau pemalsuan sijil pengesahan halal boleh dikemukakan kepada jabatan ini melalui email rasmi pr_halal@islam.gov.my untuk tindakan selanjutnya.

 – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-