Thursday, October 10, 2024

PN persoal sambutan ‘luar biasa’ pada kapal perang China

malaysiakini.com
Diterbitkan: Oct 10, 2024 

Pembangkang mempersoal sambutan meriah dan “luar biasa” terhadap rombongan pelatih tentera China di sebuah sekolah di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Bersatu dan PAS menyatakan bantahan ketika perairan Malaysia masih dicerobohi kapal China, susulan pertindihan tuntutan di Laut China Selatan.

“Adakah Kementerian Luar Negeri dirujuk terlebih dahulu? Adakah ini keputusan Kementerian Pertahanan?

“Mengapakah mereka diberikan sambutan yang begitu hangat dan meriah?
“Mengapakah mereka diizinkan melawat ke sekolah?

“Mengapa sekolah itu yang dipilih?” soal Pengerusi Biro Antarabangsa Bersatu Saifuddin Abdullah.

Anggota parlimen Indera Mahkota berkata kerajaan perlu lebih sensitif dan peka terhadap perasaan rakyat tatkala pencerobohan aset-aset China di dalam perairan Sabah dan Sarawak sering berlaku.
Ini, katanya, termasuk protes yang diterima oleh Petronas berkaitan kerja-kerjanya di projek pembangunan gas di Kasawari, Sarawak.

Pulau Pinang semalam menjelaskan kunjungan silaturahim dua kapal latihan dari China bersama pelajar universiti tentera laut China di ke pelabuhan negeri itu mengikut saluran rasmi.

Exco pelancongan Wong Hon Wai berkata Pegawai Residen Tentera Malaysia di Pulau Pinang turut hadir dalam kunjungan kapal pelatih Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) itu bersama pemimpin kerajaan negeri sebagai tetamu.

Kunjungan ke Sekolah Menengah (Persendirian) Chung Ling pula, katanya, atas hubungan pelajar ke pelajar termasuk mengadakan aktiviti bersukan dan kebudayaan.
Antara persembahan kebudayaan dalam kunjungan itu

Perlawanan persahabatan ping pong

Kunjungan itu diuruskan oleh Pejabat Konsulat General China di Pulau Pinang dan dua kapal pelatih berkenaan berlabuh selama tiga hari serta telah beredar menuju ke Bangladesh.

Wong berkata lawatan itu hendaklah dilihat dari sudut positif berikutan hubungan antara Malaysia dan China adalah baik dan pemimpin utama saling mengadakan lawatan antara satu sama lain.

Sabtu lepas, kerajaan negeri mengumumkan kedatangan 1,000 pelatih tentera laut China ke negeri itu menaiki Kapal Latihan Qi Jiguang dan Kapal JinggangShan dari Zhanjiang.

Pasukan tugas ke-83 PLA dan pelatihnya dibawa melawat beberapa tempat menarik di Pulau Pinang dan turut berkesempatan berinteraksi dengan penduduk tempatan.

Soalan untuk ‘redakan spekulasi’

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib pula menolak penjelasan kerajaan negeri pimpinan DAP berkaitan peristiwa itu.
Afnan Hamimi Taib
Mereka membangkitkan dua persoalan bagi “meredakan spekulasi”, iaitu:

Apakah relevansi speaker memberi keterangan kepada tentera China mengenai selok-belok Dewan Undangan Negeri (DUN)?

Apakah rombongan 150 tentera China ke Sekolah Menengah (Persendirian) Chung Ling dengan membuat program dan persembahan beridentiti China tidak bertentangan dengan sebarang protokol dan dasar negara Malaysia?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-