Oleh Ahmad Johari Mohd Ali
bhnews@bh.com.my
Oktober 30, 2024 @ 10:42am
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi mendapati komunikasi lisan di antara saksi utama dan individu yang sehingga kini gagal dikesan dalam skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh diterima sebagai bukti di mahkamah.
Saksi berkenaan adalah bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB Azmi Tahir, bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan bekas Pengurus Perhubungan AmBank Joanna Yu.
Hakim Datuk Collin Sequerah berkata, pembelaan menghujahkan saksi ini memberi keterangan bersifat dengar cakap kerana mereka mendakwa berkomunikasi dengan individu yang sehingga kini gagal dikesan.
Mengenai isu keterangan dengar cakap ini, Sequerah berkata beliau mendapati komunikasi antara saksi dan individu terbabit dibuat dalam urusan seharian.
Selepas meneliti semua keterangan, Sequerah berkata beliau mendapati komunikasi lisan itu boleh diterima di mahkamah.
"Saya dapati keterangan saksi ini adalah konsisten dan mana-mana kredibiliti saksi ini kekal utuh," katanya.
Prosiding sedang berjalan.
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi mendapati komunikasi lisan di antara saksi utama dan individu yang sehingga kini gagal dikesan dalam skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh diterima sebagai bukti di mahkamah.
Saksi berkenaan adalah bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB Azmi Tahir, bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan bekas Pengurus Perhubungan AmBank Joanna Yu.
Hakim Datuk Collin Sequerah berkata, pembelaan menghujahkan saksi ini memberi keterangan bersifat dengar cakap kerana mereka mendakwa berkomunikasi dengan individu yang sehingga kini gagal dikesan.
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak hadir pada hujahan akhir kes pendakwaan yang membabitkan penyelewengan dana 1MDB depan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah di Mahkamah Tinggi pada 2 Oktober lalu. - Foto NSTP/Aiman Hariz Azhar
Individu terbabit ialah iaitu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (atau Jho Low), bekas CEO Nik Faisal Ariff Kamil (masih bebas) dan bekas Ketua Setiausaha Sulit Datuk Seri Najib Razak, Allahyarham Datuk Azlin Alias.Mengenai isu keterangan dengar cakap ini, Sequerah berkata beliau mendapati komunikasi antara saksi dan individu terbabit dibuat dalam urusan seharian.
Selepas meneliti semua keterangan, Sequerah berkata beliau mendapati komunikasi lisan itu boleh diterima di mahkamah.
"Saya dapati keterangan saksi ini adalah konsisten dan mana-mana kredibiliti saksi ini kekal utuh," katanya.
Prosiding sedang berjalan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.