Monday, October 7, 2024

Polis siasat laporan alas kaki ada imej Kaabah, masjid

bharian.com.my
Oleh Zuhainy Zulkiffli - Oktober 7, 2024 @ 9:55am
bhnews@bh.com.my
Alas kaki yang dijual di Pasar Lebuh Cecil, Georgetown ada corak menyerupai imej Kaabah dan masjid. - Foto PDRM​

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang menerima laporan alas kaki yang dibeli di sebuah bazar di Pasar Lebuh Cecil di sini, ada imej bentuk Kaabah dan masjid.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata laporan itu dibuat semalam oleh seorang lelaki tempatan.

Katanya, pengadu terbabit mendakwa melihat beberapa alas kaki ada corak menyerupai imej Kaabah dan masjid dijual kepada orang ramai.

"Lelaki berkenaan membeli alas kaki berkenaan sebelum membuat laporan polis.

"Susulan itu polis menahan dua lelaki tempatan berusia 26 dan 41 tahun yang juga pekerja dan pemilik kedai jualan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Alwi, permohonan reman akan dibuat hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

"Polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan mengganggu siasatan polis," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-