Monday, October 7, 2024

Akademik: Akmal ibarat 'anak kucing' berbanding PAS yang lebih berbahaya

malaysiakini.com
RK Anand
Diterbitkan: Oct 7, 2024 9:19 AM
Tajuddin Mohd Rasdi, yang tidak pernah menyembunyikan rasa kurang senangnya dengan cara politik perkauman oleh Dr Muhamad Akmal Saleh, bagaimanapun yakin bahawa apabila dibandingkan dengan PAS, ketua Pemuda Umno itu ibarat "anak kucing", walaupun liar.

Namun, bagi profesor seni bina itu, PAS sebenarnya adalah seekor "harimau" yang mampu merobek negara ini dengan jenama Islam politiknya jika tidak dibendung.
Tajuddin Mohd Rasdi
Hujahnya, dalam mazhab PAS, tidak ada perbezaan antara parti dan agama, manakala pemimpinnya dianggap suci dan tidak boleh dipersoalkan atau dikritik tanpa menimbulkan kemurkaan Allah.

“Ya, saya setuju. Sikap kurang ajar dan tidak sopan telah menjadi ciri Umno, dan kini, pemimpin seperti Akmal dan (ahli majlis tertinggi) Nur Jazlan Mohamed menyambung tradisi itu.

“Tetapi PAS berada pada tahap yang berbeza,” katanya kepada Malaysiakini.

Ahli akademik itu mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari, yang mendakwa walaupun parti itu tidak bersetuju dengan naib pengerusi DAP Teresa Kok dalam isu pensijilan halal, namun ia tidak akan menerapkan pendekatan menggunakan bahasa kasar dan menyakitkan hati.
Ahmad Fadhli Shaari
“Tapi bila PAS bercakap kita tak menggunakan bahasa-bahasa yang kasar, kita tak menggunakan bahasa yang menyakitkan hati.

“Itu bukan budaya PAS. Tapi saya tak tujukan kepada sesiapa,” katanya ketika diminta mengulas serangan Akmal terhadap Kok.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-