Faiz Zainudin
01 Feb 2025, 06:04 PM
Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) tidak setuju kenyataan pengerusi LPP bahawa ada pesawah hanya kejar harga dan tidak mahu tingkat hasil padi.
PETALING JAYA: Dakwaan ada pesawah terlalu berharap kepada belian lantai padi naik semata tanpa mahu meningkatkan pengeluaran bukan sahaja tidak tepat, malah meminggirkan faktor menyumbang situasi itu.
Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Mahfuz Omar, yang mahu pesawah berusaha meningkatkan hasil padi mereka.
Pengerusi Abdul Rashid Yob, berkata pesawah telah berusaha pelbagai cara meningkatkan hasil padi, namun terdapat faktor tertentu menyumbang hasil kurang termasuk perubahan cuaca, infrastruktur uzur, masalah benih serta faktor geografi, dan keadaan struktur tanah tidak sesuai.
“Sebenarnya, kami sudah berusaha bermacam cara untuk tingkatkan hasil kerana kalau petani tak tingkat hasil pendapatan kita akan terjejas, mana lojiknya petani tanam padi tapi tak mahu hasil banyak,” katanya kepada FMT.
Beliau juga mahu Mahfuz kerap turun padang bagi melihat masalah dihadapi pesawah.
“Bukan menuduh kita tak mahu tingkat hasil dengan mengharap harga naik semata-mata.”
Rashid mengulangi tindakan pesawah minta kenaikan belian padi kerana tidak mampu lagi menanggung kos operasi mencanak naik sehingga 55%.
“Kita petani tak dapat nak imbang antara kos operasi dengan kos jualan harga padi.
“Kalau hasil padi kita tinggi sekalipun, kalau jualan padi kekal RM1,300 satu tan belum tentu kita boleh tampung kos operasi yang naik mendadak ini,” katanya.
Beliau berharap, Mahfuz berhati-hati membuat kenyataan agar tidak mengguris pesawah, memandangkan mereka bergantung harap kepada usaha pihak agensi meningkatkan hasil pengeluaran.
Sebelum ini, Mahfuz menyuarakan kebimbangan ada pesawah enggan tingkat hasil dan hanya mengejar harga belian lantai padi yang ketika ini ditetapkan RM1,300 bagi satu tan kepada RM1,800.

Pengerusi Pesawah Abdul Rashid Yob, berkata jika hasil padi tinggi sekali pun, namun jualan padi kekal RM1,300 satu tan belum tentu dapat tampung kos operasi naik mendadak.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.