malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan: Feb 1, 2025 6:43 PM
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) diminta menyiasat tindakan seorang khatib di Parit Buntar yang didakwa membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata hal itu kerana ia menimbulkan keraguan dan ada sesuatu yang tidak kena mengenai tindakan khatib terbabit apabila tidak membacakan teks khutbah yang disediakan oleh JAIPk.
"Mungkin ada sesuatu yang tidak kena (there might be something wrong somewhere). Saya percaya JAIPk akan menyiasat dan ia bergantunglah kepada hasil siasatan sama ada perkara tersebut betul (berlaku) atau sebaliknya.
"Khutbah Jumaat ini bukan dibuat secara ad hoc, ia disediakan sebulan atau dua bulan lebih awal dan (isi kandungan) khutbah itu disediakan berasaskan kepada peristiwa (penting dalam sejarah umat Islam)," katanya.
Saarani berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Pemerkasaan Masyarakat MADANI Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) peringkat negeri yang turut dihadiri Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Hanafiah Man di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.
Sebelum ini, JAIPk menerusi hantaran di Facebook memaklumkan teks khutbah bertajuk 'Keburukan Fitnah: Pengajaran Dari Peristiwa Al-Ifki' disediakan berdasarkan peristiwa fitnah terhadap isteri Nabi Muhammad SAW iaitu Aisyah.
JAIPk memaklumkan teks khutbah berkenaan yang dibacakan semalam tiada kena-mengena dengan mana-mana individu dan khutbah itu diolah berdasarkan peristiwa 'Al-Ifki' yang berlaku dalam bulan Syaaban.
Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Perak Muhammad Rif'aat Razman mempersoalkan pemilihan tajuk khutbah itu yang menurutnya seakan-akan menyinggung Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria yang juga bapanya.
- Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), ...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Mar 14, 2023 2:28 PM Bekas menteri kanan, Rafidah Aziz, menyatakan rasa gelisahnya apabila melihat keadaan se...
-
Hassan Basri ketika Mahkamah Sesyen Ipoh menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun dan denda RM210,000 atas tujuh tuduhan rasuah pada Disember ...
-
malaysiakini.com Hidir Reduan Abdul Rashid Diterbitkan: Jul 13, 2022 Seorang wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menimbulkan menye...
-
bharian.com.my Oleh Nur Izzati Mohamad bhnews@bh.com.my - Mac 18, 2025 @ 7:08pm Anwar menandatangani plak simbolik perasmian pada Majlis Pe...
-
Norman Goh | Diterbitkan 26 Jul 2018, 8:49 pagi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengetuai delegasi ke China bulan depan...
-
agendaily.com 21/11/2022 ADUN UMNO Perak yang bersekongkol dengan DAP. Memetik kata-kata Tan Sri Annuar Musa “Nak membina memakan masa berta...
.jpg)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.