Nora Mahpar
-07 Feb 2025, 10:00 AM
PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Na’im Mokhtar sedih kerana cadangan garis panduan khusus berkaitan pembabitan orang Islam dalam upacara termasuk di rumah ibadat bukan Islam telah disalah erti sesetengah pihak.
Bercakap kepada FMT, Na’im berkata cadangan yang sepatutnya menggalakkan perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang agama itu sebaliknya telah difahami sebagai usaha menyempitkan.
Beliau menjelaskan, menerusi garis panduan belum dimuktamadkan itu, orang Islam tidak lagi akan keliru dan bimbang menghadiri acara sosial dan kebudayaan agama lain, selain membantu masyarakat memahami batas serta sensitiviti penganjuran acara bagi mengelakkan kontroversi seperti sebelum ini.
Na’im tidak menyebut secara khusus kontroversi itu namun Disember lalu, Naib Ketua Pemuda PAS Hanif Jamaluddin mengkritik sambutan Krismas di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kerana membabitkan kakitangan beragama Islam yang kemudiannya menjadi perdebatan.
Pemimpin DAP Nga Kor Ming yang mengetuai kementerian itu mempertahankan penganjuran majlis terbabit, sambil membidas sikap hipokrit PAS.
“Garis panduan itu nanti akan memandu, membimbing dan mendidik orang Islam dari sudut hukum syarak apabila menghadiri acara berbentuk kebudayaan agama orang bukan Islam,” katanya.
“Saya sebenarnya ada juga berasa sedih sedikit kerana tujuan baik dan mulia dihasratkan menerusi garis panduan ini telah disalah fahami sesetengah pihak.
“Lebih mendukacitakan usaha mendorong dan menggalakkan perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang agama di negara kita telah difahami sebagai satu usaha menyempitkan pula,” katanya.
Timbul kritikan
Jawapan bertulis Na’im di Parlimen berhubung pengenalan garis panduan itu telah mencetuskan kritikan pihak tertentu yang mendakwa menteri itu gagal memahami sifat, realiti dan sensitiviti masyarakat berbilang kaum.
Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan dipetik berkata cadangan itu akan memberi kesan kepada wakil rakyat beragama Islam, sambil menjelaskan kehadiran mereka bukan beribadah tetapi menjalankan tugas kepada pengundi ketika diundang ke majlis rumah ibadat bukan Islam.
Bekas pemimpin DAP Ronnie Liu pula menggesa Na’im diganti kerana telah beberapa kali mencetuskan kekecohan berhubung agama, memetik cadangan mewajibkan pensijilan halal bagi semua syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi atau alkohol, baru-baru ini.
Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata mesyuarat Jemaah Menteri hari ini akan membincangkan secara lanjut cadangan terbabit yang sepatutnya dimuktamadkan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, akhir bulan ini.
Mengulas gesaan Liu, Na’im menyifatkan ia sebagai hak bersuara individu, namun mengingatkan supaya semua pihak perlu memahami konteks sesuatu isu sebelum membuat kesimpulan.
Beliau berkata bekas Adun Sungai Pelek itu juga akan berterima kasih kerana usaha dibuatnya bersama agensi hal ehwal agama bertujuan memupuk perpaduan kaum.
“Ronnie Liu pasti akan berterima kasih kepada saya dan pasukan agensi hal ehwal agama sekiranya beliau mengambil masa sedikit memahami latar belakang dan objektif di sebalik cadangan garis panduan itu,” katanya.
Menteri Agama Na’im Mokhtar berkata tujuan baik cadangan itu disalah fahami sesetengah pihak kerana ia sepatutnya menggalakkan perpaduan dan keharmonian.
Na’im Mokhtar turut mengingatkan semua pihak memahami konteks sesuatu isu sebelum membuat kesimpulan susulan cadangan garis panduan penglibatan orang Islam dalam majlis orang bukan Islam. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Na’im Mokhtar sedih kerana cadangan garis panduan khusus berkaitan pembabitan orang Islam dalam upacara termasuk di rumah ibadat bukan Islam telah disalah erti sesetengah pihak.
Bercakap kepada FMT, Na’im berkata cadangan yang sepatutnya menggalakkan perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang agama itu sebaliknya telah difahami sebagai usaha menyempitkan.
Beliau menjelaskan, menerusi garis panduan belum dimuktamadkan itu, orang Islam tidak lagi akan keliru dan bimbang menghadiri acara sosial dan kebudayaan agama lain, selain membantu masyarakat memahami batas serta sensitiviti penganjuran acara bagi mengelakkan kontroversi seperti sebelum ini.
Na’im tidak menyebut secara khusus kontroversi itu namun Disember lalu, Naib Ketua Pemuda PAS Hanif Jamaluddin mengkritik sambutan Krismas di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kerana membabitkan kakitangan beragama Islam yang kemudiannya menjadi perdebatan.
Pemimpin DAP Nga Kor Ming yang mengetuai kementerian itu mempertahankan penganjuran majlis terbabit, sambil membidas sikap hipokrit PAS.
“Garis panduan itu nanti akan memandu, membimbing dan mendidik orang Islam dari sudut hukum syarak apabila menghadiri acara berbentuk kebudayaan agama orang bukan Islam,” katanya.
“Saya sebenarnya ada juga berasa sedih sedikit kerana tujuan baik dan mulia dihasratkan menerusi garis panduan ini telah disalah fahami sesetengah pihak.
“Lebih mendukacitakan usaha mendorong dan menggalakkan perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang agama di negara kita telah difahami sebagai satu usaha menyempitkan pula,” katanya.
Timbul kritikan
Jawapan bertulis Na’im di Parlimen berhubung pengenalan garis panduan itu telah mencetuskan kritikan pihak tertentu yang mendakwa menteri itu gagal memahami sifat, realiti dan sensitiviti masyarakat berbilang kaum.
Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan dipetik berkata cadangan itu akan memberi kesan kepada wakil rakyat beragama Islam, sambil menjelaskan kehadiran mereka bukan beribadah tetapi menjalankan tugas kepada pengundi ketika diundang ke majlis rumah ibadat bukan Islam.
Bekas pemimpin DAP Ronnie Liu pula menggesa Na’im diganti kerana telah beberapa kali mencetuskan kekecohan berhubung agama, memetik cadangan mewajibkan pensijilan halal bagi semua syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi atau alkohol, baru-baru ini.
Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata mesyuarat Jemaah Menteri hari ini akan membincangkan secara lanjut cadangan terbabit yang sepatutnya dimuktamadkan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, akhir bulan ini.
Mengulas gesaan Liu, Na’im menyifatkan ia sebagai hak bersuara individu, namun mengingatkan supaya semua pihak perlu memahami konteks sesuatu isu sebelum membuat kesimpulan.
Beliau berkata bekas Adun Sungai Pelek itu juga akan berterima kasih kerana usaha dibuatnya bersama agensi hal ehwal agama bertujuan memupuk perpaduan kaum.
“Ronnie Liu pasti akan berterima kasih kepada saya dan pasukan agensi hal ehwal agama sekiranya beliau mengambil masa sedikit memahami latar belakang dan objektif di sebalik cadangan garis panduan itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.