Showing posts with label 'dedak'. Show all posts
Showing posts with label 'dedak'. Show all posts

Wednesday, April 4, 2018

'Dedak' untuk manfaat apa salahnya?

HIDAYAH HAIROM
4 APRIL 2018

Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR - Pengumuman insentif oleh kerajaan kepada penjawat awam disifatkan sebagai ‘dedak’ menghadapi PRU14 namun perlu dilihat daripada sudut positif.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, berkata, sudah tentu ada yang bercakap pengumuman yang dibuat adalah kerana sudah dekat PRU tapi beliau melihatnya daripada sisi lain.

“Ya jika sebab PRU pun apa salahnya? Mereka parti pemerintah bila sampai masa nak PRU, dan mahu hargai penjawat awam. Ianya tidak salah.

“Saya juga berpendapat ini memang sebab PRU. Dan saya percaya penjawat pun menghargai tentu bersyukur dan terus sokong kerajaan. Sama seperti pembangkang yang ada pelbagai pengumuman kerana mahu PRU,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Tambahnya, dua daripada sembilan pengumuman yang dibuat dilihat amat memberi manfaat besar kepada penjawat awam.

“Pertama, memendekkan tempoh kenaikan pangkat berasaskan ‘time based’ kepada kakitangan kumpulan pelaksana daripada 13 tahun kepada 10 tahun berkuat kuasa 1 Januari 2018 dan kedua mewujudkan lapisan kenaikan pangkat Gred 56 bagi Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan khusus bagi pegawai yang berada lebih lima tahun di Gred 54.

“Kedua-dua ini memberi manfaat dan ramai yang dapat faedah terutamanya dalam pendidikan. Satu penghargaan yang wajar disambut baik,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Satu kenaikan gaji tahunan untuk penjawat awam]

Tambah beliau, apa yang disuarakannya bukanlah berkempen demi BN sebaliknya sebagai satu bentuk tanggungjawab memberi kesedaran kepada rakyat.

“Kerajaan dilihat lebih bertanggungjawab bukan hanya untuk dapat undi. Apa yang diumumkan praktikal, dan diterima akal. Ini bukan kempen, tapi hanya mahu kemukakan pandangan. Bukan bermakna saya bela atau sokong Umno.

“Orang akan kata Ibrahim Ali terima dedak.. jadi kita tak boleh bercakaplah? Kita hargai, jadi kita kena cakap. Pada pembangkang, kalau kita cakap menentang kerajaan, baru dikira betul? Ada saja hal yang saya tegur, tapi tak ada pula dilabel saya sebagai perkakas kepada pembangkang,” katanya.

Tuesday, July 12, 2016

DAP 'topeng' untuk menghina Islam

Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, Isnin – Penghinaan terhadap Islam yang berterusan oleh parti rasis dan cauvinis dilakukan atas tujuan menghilangkan nilai sensitif ummat Islam terhadap agamanya apabila dihina.

Terbaharu pemimpin parti itu, Nga Kor Ming telah menghina amalan ummat Islam untuk bergembira di hari raya sekaligus mendedahkan sedikit demi sedikit niat busuk DAP untuk terus menghina Islam.

Mantan Presiden Persatuan Islam Nasional (PEMBINA), Ustaz Ibrahim Mohd Hasan berkata, ini bukan kali pertama pimpinan DAP membuat penghinaan sedemikian.

“Sebelum ini beliau pernah menyindir pemakaian wanita dengan menggambarkan seolah ianya jumud dan kuno.

“Lebih menjelikkan, Nga memberi alasan bahawa dia menghormati Islam dengan memberi sumbangan ke masjid dan masyarakat Islam yang memerlukan. Inilah sebenarnya ‘dedak’ yang DAP tabur untuk membolehkan mereka terus menghina Islam,”katanya kepada Ismaweb.

Ustaz Ibrahim berkata, hakikatnya kita jangan anggap Kor Ming sebagai hanya seorang individu tetapi DAP itu sendiri sebagai sebuah gerakan terancang, tersusun, sistematik dan beragenda untuk menghilangkan nilai sensitif ummat Islam terhadap agamanya apabila dihina.

“Ini kerana pimpinan DAP yang lain juga sebelum ini menghina Islam dan autoriti agama di Malaysia. Ini termasuklah mempertikaikan khutbah jumaat, menafsirkan Jihad sebagai keganasan, mempertikaikan sambutan Valentines Day oleh orang Islam dan menyamakan kod etika ke JPJ sama seperti pakaian ke masjid dan bermacam-macam lagi.

“Justeru, kita semua jangan mudah tertipu dengan sumbangan DAP kepada masjid mahupun sekolah agama kerana ia merupakan topeng kepada perbuatan mereka menghina Islam.

“Jika kita terus berdiam, ini bermakna kita telah termakan dedak yang ditabur DAP,” katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-