Showing posts with label BTN. Show all posts
Showing posts with label BTN. Show all posts

Wednesday, May 30, 2018

Umno kecam tindakan kerajaan negeri

WARTAWAN SINAR HARIAN
30 MEI 2018

Mohamed Khaled Nordin

JOHOR BAHRU - Arahan penamatan perkhidmatan Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat Negeri Johor melalui surat Menteri Besar bertarikh 28 Mei dan berkuatkuasa esok, memeranjatkan banyak pihak.

Pengerusi Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bukan sahaja masa yang diberi hanya dua hari, tetapi tindakan tersebut dilihat tergesa-gesa, bermotif dendam dan tidak mempunyai asas atau justifikasi yang jelas dan kukuh.

“Sekiranya penamatan mengejut dan serta merta semua ketua kampung dan ketua masyarakat tersebut dibuat atas dasar mengurangkan bebanan kewangan kerajaan negeri, seperti yang dilakukan di peringkat kerajaan persekutuan, ia adalah tidak munasabah.

“Ini kerana Johor adalah negeri yang mempunyai bajet surplus atau lebihan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, Kerajaan Johor tidak seharusnya menjadikan Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat sebagai entiti politik yang harus dicantas dan dibuang tanpa sebab dan dengan cara tidak bertanggungjawab.

“Berbeza dengan Jasa atau BTN, Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat adalah mereka yang tidak mempunyai kepentingan politik dan hanya memfokuskan kepada khidmat masyarakat di kawasan tempatan mereka.

“Tindakan menamatkan perkhidmatan mereka secara serta merta dan mengejut tidak ubah seperti satu cubaan kerajaan negeri untuk menunjuk kuasa kepada pemimpin peringkat rendah masyarakat. Ini adalah satu tindakan yang angkuh dan tidak wajar,” katanya.

Beliau berkata, penamatan mengejut dan serta merta tersebut dilakukan tanpa melakukan sebarang penilaian yang telus atau semakan prestasi objektif terhadap ketua-ketua kampung dan ketua masyarakat.

“Perkara ini jelas bermotifkan dendam dan politik. Terutamanya notis penamatan perkhidmatan tersebut disertakan dengan permohonan cadangan bagi pelantikan Ketua Kampung atau Ketua Masyarakat yang baharu.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri bersikap sangat ‘political’, terburu-buru dan tidak profesional dalam menguruskan pemimpin masyarakat peringkat rendah,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, Umno Johor mengecam tindakan tersebut dan menggesa agar penamatan perkhidmatan Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat tersebut disemak semula oleh kerajaan negeri.

Wednesday, December 9, 2009

Pertentangan pendapat antara Nazir dan Mahathir akan menambah keruhkan lagi UMNO yang sudah keruh~~~~~~~


Sepatutnya perkara ini tidak timbulkan perbalahan pendapat sesama sendiri. Nazri sepatutnya tidak perlu layan orang tua ini.

Sepatutnya orang tua ini berada dalam UMNO sebagai penasihat dan bukan nya cari pasal untuk mengeruhkan keadaan. Jika kerajaan BN hari ini mahu rombak atau pun tidak BTN, terpulang lah kepada kerajaan yang memerintah. Zaman Mahathir sudah berlalu, dia boleh cakap apa yang dia suka, terpulang kepada yang berkuasa untuk menimbangkan nya.

Kata2 dari Mahathir bukan arahan yang perlu dipatuhi. Mengapa pula Nazri mahu masuk campur hebohkan perkara yang sangat kecil ini? Nazir tidak perlu hiraukan kata2 yang keluar dari mulut Mahathir.

PRU13 semakin hampir tiba, Nazri sepatutnya berkerja keras untuk parti, menyatukan kaum melayu, menyerlahkan kebaikan dan kekuatan UMNO supaya ianya boleh diterima oleh semua kaum.

Kita mesti tunjukkan bahawa UMNO bersatu padu, tiada masalah atau sengketa yang berlaku dalam UMNO.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-