Showing posts with label Dr Ahmad Zahid Hanidi. Show all posts
Showing posts with label Dr Ahmad Zahid Hanidi. Show all posts

Sunday, May 27, 2018

Kerajaan Baru PH Ibarat Tempe… Pagi Masih Kacang, Petang Jadi Tempe, Esok Dah Berkulat – Zahid

27 May 2018
Berita Utama
Azlina Rosdy


KUALA LUMPUR, 27 Mei – Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyelar kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan yang sentiasa tidak konsisten dalam memberikan fakta.

Jelas beliau, akujanji yang diucapkan oleh mereka sehingga kini tidak satu pun dilaksanakan.

“Selaku kerajaan baru, sudah pasti mereka akan diperhatikan. Kita lihat contohnya, apabila diisytiharkan mereka menang, kata harga minyak akan turun tetapi kenyataannya sehingga sekarang tidak turun.

“Mereka juga isytihar GST akan dihapuskan tapi tidak ada barang yang harga turun walaupun GST 0 peratus. Ada 90 barangan yang telah naik harga. Begitu juga kalau kita lihat PTPTN, apabila mereka kata berpendapatan RM4 ribu ke bawah tidak perlu bayar maka situasi untuk pembiayaan semula melalui PTPTN tidak dapat dilaksanakan.

“Mereka juga mengatakan hutang negara RM1 trilion, tetapi yang jelas hanya RM686.8 billion. Mereka katakan ada pinjaman asing tetapi sebenarnya domestic debt iaitu pinjaman dalam negara… ertinya tidak ada pengaliran wang tunai ke luar negara,” ujar beliau dalam program berbuka puasa bersama Ketua-ketua Penerangan Bahagian UMNO.

Selain itu jelas Zahid, kerajaan baru juga menuduh kerajaan terdahulu membuat pinjaman dalam bentuk US dollar dan yen tetapi kenyataan dari Bank Negara membuktikan hanya dua peratus sahaja pinjaman dalam bentuk US dollar dan satu peratus dalam yen.

“Ertinya pinjaman kita dalam bentuk ringgit…. Mereka juga kata Bursa KL akan meningkat tapi akhirnya merudum jatuh….

“Dulu mereka kata ekonomi berada dalam kekecamukan dan negara hampir bankrup tetapi akhirnya mereka kata ekonomi kukuh. Siang cakap lain petang cakap lain. Macam tempe… pagi masih lagi kacang, petang sudah jadi tempe, esok sudah naik kulat,” selar beliau.

Justeru, beliau berharap agar semua Ahli Parlimen BN bersatu menjadi pasukan pembangkang yang efektif di Dewan Rakyat bagi mengekang fitnah dan tohmahan tidak benar kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan. 

– MediaUMNO

Tuesday, March 13, 2018

Zahid kecewa dengan MCA

SARINAH MAT KASIM
13 MAC 2018


SEREMBAN - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyindir Parti MCA yang tidak menghantar wakil di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Dun Paroi, yang berlangsung di Taman Satria Paroi, petang tadi.

Kata Timbalan Pengerusi BN itu, beliau berang kerana MCA negeri ini tidak memberi kerjasama dengan program anjuran sendiri,

“Mana wakil MCA....tengok tiada seorang pun yang datang, MIC ada, Gerakan ada, PPP ada tapi MCA tak ada.

“Kerusi (Dun dan Parlimen) mereka (MCA) nak tapi bila program anjuran sendiri tak nak datang, sekurang-kurangnya datang la tunjuk muka, bantu rakan di tempat lain pula, apa yang sibuk sangat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Dun Paroi di Padang Awam Taman Satria Paroi.

Program anjuran kerajaan negeri itu dihadiri lebih 6,000 masyarakat setempat yang datang, ingin bersama untuk minum petang bersama kepimpinan tinggi BN.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan semua pemimpin tertinggi BN Negeri Sembilan.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-