Showing posts with label Himpunan Suara Ummah. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Suara Ummah. Show all posts

Friday, December 21, 2018

300 berarak tuntut bela kematian Adib

Hariz Mohd dan M Fakhrull Halim
Diterbitkan 21 Dis 2018, 2:56 petang


Kira-kira 300 penunjuk perasaan hadir menyertai Himpunan Suara Ummah ‘Justice4Adib’ yang diadakan di hadapan Masjid Putra, Putrajaya.

Himpunan yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (Ummah) itu diadakan bagi menuntut keadilan bagi kematian anggota bomba, Muhammad Adib pada 17 Disember.

Agenda utama himpunan yang bermula tepat jam 2 petang itu adalah bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bagi mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy meletak jawatan.

Perarakan dari dataran Masjid Putra ke Bangunan Perdana Putra bermula 2.27 petang diiringi selawat dan laungan takbir, serta laungan ‘pecat Waythamoorthy!’ 'pecat Kulasegaran’ dan ‘keadilan untuk Adib’.

[Berita penuh menyusul]

Sunday, August 19, 2018

Laungan ‘Hidup Melayu, Hidup Islam’ amaran buat pemerintah

Ribuan peserta sertai Himpunan Suara Ummah peringkat Melaka

RZ 18/08/2018
Oleh Fahmi Faiz

MELAKA, 6 Zulhijjah 1439H, Sabtu Laungan ‘Hidup Melayu’ dan ‘Hidup Islam, hari ini bergema di pekarangan Stadium Hang Tuah, di sini, tatkala ribuan peserta Himpunan Suara Ummah berkumpul untuk ‘memberi amaran’ kepada kerajaan yang memerintah Malaysia sekarang.

Perhimpunan aman, yang rata-rata disertai orang Melayu dan umat Islam itu, adalah yang kedua seumpamanya, selepas pertama kali dijayakan di padang Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur, Julai lalu.

Ribuan peserta berkumpul di dua lokasi berbeza – Masjid Kampung Hulu dan Masjid Pengkalan Lama – sebelum berarak membawa sepanduk sambil menggemakan takbir menuju ke pekarangan Stadium Hang Tuah.

Setiausaha Sekretariat Suara Ummah Melaka, Mohd Najib bin Latif, berkata perhimpunan itu bukan sahaja disertai penduduk Melaka, malah sesetengah daripada mereka juga datang dari Negeri Sembilan dan Selangor.

“Kita menyasarkan kehadiran sekitar 5,000 peserta, dan mereka inilah suara-suara yang masih mempunyai kesedaran, bahawa keadaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 tidak memihak kepada Melayu dan Islam.
“Sejak kerajaan baru memerintah, pihak-pihak tertentu dalam kerajaan, dilihat semakin biadap dan berani memijak kesucian agama dan kedaulatan bangsa. Maka perhimpunan ini adalah sebagai amaran, bahawa Melayu Islam tidak berdiam diri,” katanya kepada Ismaweb.net, ketika ditemui, hari ini.

Dalam perhimpunan yang mula berlansung sekitar jam 3 petang itu, kira-kira 20 wakil pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan, tampil berucap.

Antara mereka termasuk pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, yang datang dari Terengganu untuk bersama-sama menyuarakan kebimbangan terhadap elemen anti-Islam dan anti-Melayu yang membiak pada masa kini.

“Kini, orang yang ada hak, apabila mereka bersuara mempertahankan haknya, mereka dilabel rasis. Sebaliknya, apabila orang yang tak ada hak, menuntut hak mereka, itu dirasionalisasikan atas asbab hak asasi! Saya tak tahu, politik jenis apakah yang dimainkan ini,” katanya.

Dalam perhimpunan itu, satu resolusi ‘Himpunan Suara Ummah Melaka’ diagihkan, dan satu salinan akan diserahkan kepada Tuan Yang Dipertua Negeri Melaka.

Terdapat 10 perkara dalam resolusi itu, yang menekankan agenda memartabatkan kembali kesucian agama Islam, bangsa Melayu dan institusi raja.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-