Showing posts with label JKKMAR. Show all posts
Showing posts with label JKKMAR. Show all posts

Tuesday, May 14, 2019

Dr M: Polis pun akan siasat, termasuk PM

Anne Muhammad dan Wong Kai Hui


Tiada siapa yang boleh terlepas daripada tindakan undang-undang dan siasatan polis malahan termasuk dirinya yang memegang jawatan perdana menteri, maklum Dr Mahathir Mohamad.

“Polis pun akan siasat termasuk PM juga, tidak ada siapa yang di bawah undang-undang,” katanya secara umum kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) kali ke-8 di Perdana Putra, hari ini.

Terdahulu perdana menteri diminta mengulas mengenai isu projek 'land swap' melibatkan tanah Kementerian Pertahanan.

Dr Mahathir berkata kerajaan masih boleh mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan kesalahan berhubung projek 'land swap' tanah milik Kementerian Pertahanan meski pun perkara itu telah lama berlaku.

Menurut perdana menteri pihaknya juga tidak teragak-agak untuk membuat laporan berhubung salah guna kuasa itu.

“Ya, kerajaan masih boleh mengambil tindakan dan niat kami untuk membuat laporan mengenai kesalahan yang dilakukan pada masa lalu, sama ada pelaku salah sudah tiada di sini (pencen) atau tidak, tindakan undang-undang akan diambil,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhir jawatankuasa siasatan Kementerian Pertahanan berhubung projek 'land swap' menunjukkan berlakunya "pertimbangan politik melebihi kepentingan kerajaan," termasuk ketika penggal pertamanya sebagai perdana menteri.

Menurut laporan itu lagi, 13 daripada 16 transaksi pertukaran tanah yang berlaku sejak 1997 menunjukkan terdapat unsur kepentingan politik.

Walaupun tidak menyebutkan nama secara khusus, laporan itu berkata perdana menteri dan menteri pertahanan pada pentadbiran sebelum ini turut terlibat dalam urusan berkenaan.

Bagaimanapun, ketika sidang akhbar susulan pada hari sama, Menteri Pertahan Mohamad Sabu menafikan penglibatan Mahathir dalam kes-kes berkenaan.

Isu ‘land swap’ ini timbul ditengah-tengah pentadbiran PH berusaha membenteras rasuah dikalangan penjawat awam.

Friday, August 17, 2018

K'jaan sudah penuhi 21 dari 60 janji manifesto, kata Dr M


Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) telah melaksanakan 21 daripada 60 janji yang terkandung dalam manifesto PRU ke-14, kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perutusan khas sempena 100 hari pentadbiran HARAPAN, hari ini.

Perdana menteri berkata kejayaan itu menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan tadbir urus yang baik dan melawan rasuah.

"Usaha ini memerlukan satu rancangan bersepadu yang drastik dan menyeluruh.

"Komitmen kerajaan mencapai prinsip mahu Malaysia dikenali kerana integriti, dan bukannya kerana rasuah," katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau menyenaraikan beberapa perkara yang telah mula dilaksanakan.

Antaranya pewujudan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR), penggubalan Rang Undang-undang Pembiayaan Politik yang sudah dimulakan, tiada lagi surat sokongan daripada menteri dan timbalan menteri untuk projek dan tidak lagi menyekat kebebasan bersuara dan media.

Selain itu, beliau turut menyebut tentang penggubalan Pelan Anti Rasuah Nasional; Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah
Nasional (GIACC); dan penggubalan dasar mengenai pemberian hadiah dan derma kepada anggota pentadbiran awam, yang bertujuan menyekat amalan rasuah dalam kerajaan.

[Baca berita asal]

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-