Showing posts with label Jabatan Amal Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Jabatan Amal Malaysia. Show all posts

Monday, May 20, 2019

Tuduhan tidak berasas sekumpulan pihak jahat

MOHD NAZREE MOHD ARIS
20 MAY 2019


JABATAN Amal Malaysia mengambil serius mengenai tuduhan jahat dalam media sosial kononnya salah seorang anggota jabatan ini terlibat dalam insiden membakar kenderaan rasmi Mufti Negeri Perlis.

Sehubungan dengan itu pihak Jabatan Amal Malaysia tidak teragak-agak membuat laporan polis terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu ini memandangkan kes bakar kenderaan tersebut masih dalam siasatan PDRM.

BERAMAL KERANA ALLAH

MOHD NAZREE MOHD ARIS
Ketua Pengarah
Jabatan Amal Malaysia
19 Mei 2019

 – HARAKAHDAILY
    20/5/2019



Thursday, October 5, 2017

Sukarelawan Amal dilancar

NURUL HUDA HUSAIN
5 OKTOBER 2017

Abdul Hadi (tengah) ketika melancarkan Sukarelawan Amal.
SEBERANG TAKIR - Jabatan Amal Malaysia atau lebih dikenali sebagai Unit Amal yang bernaung di bawah Dewan Pemuda Pas memperkenalkan cabang baharu iaitu Sukarelawan Amal.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, sayap baharu dalam jabatan itu membuka keanggotaan kepada semua masyarakat pelbagai peringkat umur, kaum dan jantina di seluruh negara.

Menurutnya, setelah 26 tahun jabatan itu diwujudkan, ia sudah berkembang dan membentuk organisasi lengkap dnegan 12 kor atau angkatan.

“Antara kor yang terkandung dalam Jabatan Amal Malaysia ketika ini adalah trafik, logistik, semboyan, kejuruteraan, kebajikan dan sebagainya.

“Manakala sukarelawan merupakan kor yang baru diwujudkan bagi memberi peluang kepada ahli atau penyokong Pas atau sesiapa sahaja untuk menyertai jabatan ini bagi membantu masyarakat yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sukarelawan Amal sempena Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, di sini.

Upacara perasmian disempurnakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nasrudin berkata, sukarelawan yang terbuka kepada semua kaum dan jantina itu diharap mampu menarik lebih ramai golongan muda terlibat dalam kegiatan kebajikan dan kemasyarakatan.

“Fungsi dan peranan sukarelawan ini bukan sahaja tertumpu untuk membantu program Pas, namun diperluas untuk membantu masyarakat secara keseluruhan tanpa mengira parti politik,” katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-