Showing posts with label Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Show all posts
Showing posts with label Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Show all posts

Friday, November 20, 2015

PAS Isytihar Jadi Pembangkang Di Pulaun Pinang

 AIDCNEWS
Datuk Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS

KUALA LUMPUR – PAS hari ini mengisytiharkan untuk menjadi pembangkang di Pulau Pinang berikutan tindakan kerajaan negeri itu yang memecat 300 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) daripada kalangan anggota PAS di negeri berkenaan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata ekoran tindakan itu PAS tiada pilihan lain dan perlu bertindak sebagai pembangkang kepada bekas rakan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat yang membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Itu pendirian kami, kami pembangkang di peringkat negeri di Pulau Pinang dan kami bersendirian,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Awal hari ini kerajaan DAP Pulau Pinang mengesahkan pemecatan 300 anggota JKKK PAS di negeri itu, menerusi satu kenyataan media.

Bagaimanapun, Takiyuddin berkata PAS akan menjadi pembangkang yang matang dan berprinsip, dan berbeza dengan pembangkang lain termasuk pembangkang rasmi negeri itu iaitu UMNO.

“UMNO pembangkang rasmi. Kami pembangkang kepada bekas rakan sekutu kami (DAP).

” Kami tidak mahu komen mereka yang tidak dipecat, pandangan kami kepada DAP ialah utamakan khidmat kepada rakyat, jangan pentingkan politik yang tidak menguntungkan rakyat,” katanya.

Takiyuddin berkata parti itu menerima pemecatan berkenaan dan akan terus memberi khidmat kepada rakyat di semua peringkat di seluruh negeri itu walaupun diketahui tiada peruntukan yang akan diperoleh.

“Kerajaan Pulau Pinang tidak akan beri lagi peruntukan untuk bantu rakyat tapi kami akan berusaha mencari duit sendiri dan membangkitkan isu rakyat untuk diambil tindakan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Katanya PAS adalah parti yang bersama Pakatan Rakyat yang tidak boleh dinafikan telah membantu memenangkan DAP di Pulau Pinang.

“Walaupun kami hanya menang satu kerusi tetapi kami ada ahli di seluruh negeri itu,” kata Takiyuddin – BERNAMA

Wednesday, November 18, 2015

PAS Kepala Batas umum tarik diri pegang jawatan JKKK

Bernama Hari ini, 8:21 pagi Hari ini, 8:33 pagi

PAS Kepala Batas mengumumkan menarik diri daripada memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam kawasan Parlimen itu berkuat kuasa serta-merta.

Yang Dipertuanya, Bukhori Ghazali berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti beberapa sebab, antaranya PAS bukan lagi dalam kepimpinan kerajaan Pulau Pinang selepas Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan Pulau Pinang sebagai Kerajaan Pakatan Harapan, lapor Bernama.

Beliau mendakwa Lim juga dengan sesuka hati mengambil tindakan tidak sewajarnya terhadap rakan yang selama ini beralah dalam banyak perkara.

"PAS tidak sewajarnya dilihat masih melukut di tepi gantang, mana mungkin JKKK dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang PAS bertanding boleh berkhidmat di bawah DAP yang memantau dan menyelaras segala urusan JKKK, dan pada masa sama meminta pimpinan PAS kawasan menolak kepimpinan ulama," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kepala Batas malam tadi

Bukhori berkata penarikan diri itu juga dilakukan demi menjaga maruah ahli daripada terus dituduh dengan pelbagai tohmahan kerana bekerja dengan pimpinan negeri yang berterusan menunjukkan sikap negatif terhadap kepimpinan tertinggi PAS.

Bagaimanapun, Bukhori berkata PAS sebagai gerakan dakwah dan siasah tidak menolak perlunya hubungan baik dengan sesiapa sahaja terutama rakyat Pulau Pinang yang tidak bersalah dalam hal itu.

"PAS tetap komited memberi sumbangan kepada masyarakat walaupun tidak melalui saluran pemerintahan seperti yang telah dilakukan sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-12," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya berhubung pendirian PAS Kepala Batas terhadap ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man, Bukhori berkata sehingga kini PAS kawasan itu belum membuat sebarang keputusan .

"Bagaimanapun kami menghormati keputusan yang dibuat PAS Permatang Pauh," katanya.

Ahad lepas, PAS Kawasan Permatang Pauh mengumumkan keputusan memutus hubungan dengan Salleh Man berikutan kenyataannya yang menyokong kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang.

- Bernama

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-