Showing posts with label Ketua Umum KEADILAN. Show all posts
Showing posts with label Ketua Umum KEADILAN. Show all posts

Friday, November 13, 2015

Anwar nafi terima RM60j dari Magnum, sifatkan tuduhan fitnah jahat

(Oleh Nadia Hanafi)

KUALA LUMPUR 13 NOV: Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim menafikan menerima RM60 juta daripada syarikat judi Magnum Corporation Bhd.

Terdahulu, peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili senator Datuk S Nallakaruppan berkata, bekas Ketua Pembangkang itu menerima wang tersebut melalui orang tengah.

Shafee menamakan orang tengah itu sebagai isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, adik angkat Sukma Darmawan Saasmitadja, senator Mohd Ezam Md Noor dan isteri Menteri Besar Selangor, Shamsidar Taharin.

“Tidak benar. Tuduhan awal kata RM3 bilion sekarang ini dah turun pula, itu semua fitnah jahat,” kata Anwar di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, pagi ini.
Dalam sesi soal jawab itu, Shafee mendakwa Anwar menerima wang tersebut di beberapa lokasi antaranya di Bukit Damansara, kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan gelanggang tenis di kondominium Tivoli Villa, Bangsar.

Anwar memberi keterangan dalam kes saman RM100 juta terhadap Nallakaruppan kerana mendakwa wang itu diberikan kepadanya ketika menjadi TPM dan Menteri Kewangan.

Kenyataan itu diucapkan ketika Anwar bertanding dalam Pilihan Raya Permatang Pauh pada 2008.

Anwar yang diwakili peguamnya, N Surendren dan Latheefa Koya hadir ke mahkamah dengan berkemeja putih serta kod hitam.

Hadir sama memberi sokongan, ahli keluarganya, pemimpin dan para penyokong.

Perbicaraan bersambung 3 petang ini.

Sunday, January 25, 2015

Pilihanraya PBT : Majlis Presiden PR bincang Isnin

(Lyn Nasir)
KUALA LUMPUR 25 JAN : Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim berkata Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan meneliti kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan Pilihanraya pihak berkuasa Tempatan (PBT) boleh membawa kepada peristiwa 13 Mei yang menyebabkan rusuhan kaum.

Jelas Anwar, kenyataan Hadi itu adalah pendapat peribadi beliau, namun begitu keputusan yang dibuat akan mengambil kira pandangan semua kaum.
“Kita akan mengenal pasti semua isu-isu dan pandangan penduduk di bandar yang sebelum membuat keputusan mengenai perkara itu.

“Selepas itu, kita dijangka membincangkan isu itu pada mesyuarat majlis presiden PR Isnin ini,” jelasnya dalam satu kenyataan media.

Terdahulu, Hadi mengatakan PBT yang diperjuangkan DAP di kawasan majoriti Cina bandar boleh melebarkan jurang penguasaan ekonomi di antara penduduk bandar dan desa sehingga boleh mengulangi rusuhan kaum 13 Mei.

Tambah Hadi lagi, desakan DAP untuk pilihan raya PBT itu akan menyebabkan ketidakstabilan masyarakat majmuk di Malaysia dan hanya menguntungkan sesuatu kaum saja.

Namun Setiausaha Pengelola DAP Anthony Loke berkata kenyataan Hadi tidak masuk akal memandangkan demografi penduduk bandar kini tidak lagi dikuasai Cina semata-mata.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-