Showing posts with label Kopral Sirul Azhar Umar. Show all posts
Showing posts with label Kopral Sirul Azhar Umar. Show all posts

Tuesday, August 11, 2015

Sirul selamat di Australia, Azilah berdepan hukuman mati, nasib tak menentu

OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
Published: 11 August 2015 9:00 AM

Bekas cif inspektor Azilah Hadri dan bekas komando Sirul Azhar Umar dijatuhi hukuman mati atas kesalahan membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Ogos, 2015.

Tujuh bulan berlalu sejak bekas cif inspektor Azilah Hadri bersama rakan setugasnya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Sementara rakan sejenayahnya, bekas komando Sirul Azhar Umar berjaya melarikan diri dan terlepas hukuman mati apabila kini berada di pusat tahanan imigresen Australia, nasib Azilah masih belum pasti.

Tidak dapat dipastikan sama ada peguamnya sudah memfailkan permohonan pengampunan atau semakan terhadap hukuman bersalah oleh Mahkamah Persekutuan, iaitu jalan terakhir yang ada untuknya.

Ketua peguam Azilah, Datuk Hazman Ahmad enggan mengulas lanjut walaupun beberapa panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas dihantar kepadanya oleh The Malaysian Insider untuk mendapatkan penjelasan.

Pada 13 Januari, panel 5 hakim mahkamah apex mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi terhadap Azilah dan Sirul.

Hazman ketika itu berkata pihaknya akan memfailkan permohonan pengampunan daripada Sultan Selangor dengan segera kerana kesalahan itu dilakukan di negeri tersebut.

Tiga bulan kemudian, peguam itu berkata beliau akan membuat permohonan semakan terhadap hukuman bersalah dijatuhkan Mahkamah Persekutuan yang diketuai Tun Arifin Zakaria.

Langkah itu adalah prosedur yang diperlukan seperti ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi sesiapa yang disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman mati.

Bagaimanapun, peluang permohonan semakan dibenarkan agak tipis kerana Mahkamah Persekutuan jarang sekali membenarkan semakan bagi kes jenayah.

Peguam Ragunath Kesavan berkata, hanya kes tertentu membolehkan mahkamah tertinggi negara membenarkan semakan, dan ia hanya untuk kes sivil jika berlaku kesilapan permohonan oleh undang-undang.

"Seingat saya, mahkamah apex tidak pernah membenarkan semakan terhadap keputusannya sendiri dalam kes jenayah yang mengakibatkan hukuman bunuh," kata bekas presiden Majlis Peguam itu, dan menambah, pilihan terbaik Azilah ialah hukuman mati itu digantikan dengan penjara.

Peguam M Visvanathan berkata, semakan atau permohonan rayuan perlu dilakukan segera.

"Penghakiman bertulis keputusan itu sudah ada dan mana-mana permohonan semakan perlu dilakukan segera," katanya, kepada The Malaysian Insider.

Katanya, permohonan pengampunan juga perlu dibuat segerak kepada Lembaga Pengampunan kerana ia melibatkan nyawa seseorang.

"Biasanya, Jabatan Penjara akan bertindak jika banduan tidak mempunyai peguam untuk menyiapkan kertas kerja," katanya.

Bukti di mahkamah mendedahkan Altantuya, seorang penterjemah Mongolia dibunuh sebelum mayatnya diletupkan menggunakan bahan letupan C4 pada 18 Oktober, 2006 di pinggir Shah Alam, berhampiran Kuala Lumpur.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang pernah bekerja untuk Datuk Seri Najib Razak, yang ketika itu merupakan timbalan perdana menteri dituduh bersubahat bersama Azilah dan Sirul, tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 2008 tanpa dipanggil membela diri.

Kerajaan bagaimanapun tidak membuat rayuan terhadap keputusan itu.

Meskipun terdapat hukuman, motif pembunuhan bagaimanapun tidak didedahkan.

Bekas ketua hakim negara, Tan Sri Abu Talib Othman dalam satu wawancara berkata, Sirul atau Azilah harus mendedahkan "segala-galanya" kepada Lembaga Pengampunan Selangor.

Talib berkata, tiada yang dapat dilakukan jika mereka memutuskan untuk bercakap sekarang kerana proses perundangan sudah selesai.

Beliau berkata, peguam mereka boleh menulis kepada Sultan Selangor dan pengerusi lembaga berkenaan, dengan satu salinan dihantar kepada menteri besar yang juga merupakan ahli lembaga itu.

"Lembaga boleh mempertimbangkan mana-mana perkara yang relevan dalam membuat keputusan sama ada hukuman mati itu perlu dilaksanakan atau tidak," katanya.

Talib yang pernah berkhidmat sebagai peguam negara antara 1980 hingga 1993 berkata, lembaga pengampunan tidak terikat dengan peguam negara sedia ada walaupun pendapatnya diperlukan.

Sirul tidak hadir ketika Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman kerana membunuh Altantuya. Dia kemudiannya didapati melarikan diri ke Australia pada Oktober tahun lalu.

Sirul kemudiannya ditahan di Brisbane dan kini berada di pusat tahanan imigresen di Sydney.

Malaysia cuba membuat permohonan mengekstradisi Sirul ke Malaysia.

Undang-undang Australia bagaimanapun tidak berkompromi dan individu yang akan dijatuhkan hukuman mati di dalam negaranya tidak akan diekstradisi.

Peguam Sirul dijangka akan memfailkan cabaran perundangan terhadap mana-mana cubaan mengekstradisi pembunuh yang dijatuhkan hukuman kerana pakar undang-undang beranggapan proses itu akan mengambil masa. – 11 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/berdepan-hukuman-mati-nasib-azilah-tidak-menentu-sirul-selamat-di-australia#sthash.wLVRFGB0.dpuf

Friday, April 3, 2015

Pembunuh Altantuya mohon semak semula keputusan mahkamah

Ketua Inspektor Azilah Hadri, salah seorang daripada 2 bekas komando polis yang dihukum mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, akan memohon semakan semula terhadap keputusan bersalah Mahkamah Persekutuan.

Peguam Azilah, Datuk Hazman Ahmad berkata permohonan itu sedang dimuktamadkan dan akan difailkan tidak lama lagi, tetapi tiada tarikh akhir ditetapkan.

"Ada beberapa alasan yang sah untuk mengkaji semula keputusan yang dibuat panel 5 hakim itu," katanya kepada The Malaysian Insider apabila ditanya jika Azilah memohon kepada Lembaga Pengampunan untuk menukar hukuman mati kepada hukuman penjara seumur hidup.

Beliau tidak mengulas lanjut alasan permohonan semakan Azilah. Bekas anggota polis itu kini sedang menunggu hukuman mati.

Hazman berkata permohonan semakan perlu dilupuskan sebelum sebarang representasi dibuat kepada Lembaga Pengampunan

Permohonan semakan dibuat di bawah Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan berdasarkan alasan ketidakadilan prosedur, dengan pemohon meminta penghakiman bersalah itu diketepikan dan panel hakim baru ditubuhkan bagi mendengar semula rayuan.

Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari, 2015 mengekalkan semula sabitan ke atas Azilah dan Sirul Azhar Umar kerana membunuh wanita berusia 28 tahun itu, pada tahun 2006.

Bagaimanapun, Sirul tidak hadir ketika keputusan itu disampaikan dan laporan berita berikutnya mengesahkan beliau berlepas ke Australia pada Oktober lalu.

Bekas anggota Unit Tindakan Khas berusia 43 tahun itu ditangkap di Brisbane dan ditahan di pusat tahanan imigresen di sana.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya dilaporkan dilepaskan pihak berkuasa imigresen Australia tetapi pasportnya ditahan.

Sirul juga mengugut untuk mendedahkan semuanya tentang kes pembunuhan berprofil tinggi itu kepada media Australia, dengan mendakwa yang beliau menerima arahan untuk membunuh Altantuya.
Menurut laporan media, Sirul tidak akan dihantar pulang ke Malaysia kerana Canberra melarang penghantaran pulang suspek yang menghadapi hukuman mati.

Awal minggu ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses ekstradisi Sirul ditangguhkan kerana ia melibatkan "isu undang-undang yang rumit".

Peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin juga mendedahkan Pejabat Peguam Negara masih belum memulakan permintaan ekstradisi dengan Canberra, walaupun anak guamnya ditangkap pada 22 Januari.

Katanya, jika permintaan ekstradisi difailkan, permohonan perlu dibuat untuk Sirul hadir di hadapan seorang majistret di Australia.

Keterangan dalam mahkamah mendedahkan, Altantuya dibunuh sebelum mayatnya diletupkan dengan bahan letupan C4 pada 18 Oktober 2006, di pinggir Shah Alam, dekat Kuala Lumpur.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, seorang yang rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul tetapi dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 2008 tanpa dipanggil membela diri.

Kerajaan tidak merayu pembebasannya.

Walaupun terdapat sabitan, motif untuk membunuh Altantuya tidak pernah didedahkan. - TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=262412:pembunuh-kedua-altantuya-mohon-semak-semula-keputusan-mahkamah&Itemid=2#.VR4IydyUcrU#ixzz3WDIkJpDB
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Thursday, April 2, 2015

Zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan - Mahathir

HARAKAHDAILY | 02 April 2015.
KUALA LUMPUR: Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Datuk Seri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan.

Demikian pandangan yang dilontarkan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dalam blognya, hari ini.

"Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul 'merepek', tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia," tulisnya.

Baginya, amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.

Berikut tulisan penuh beliau yang bertajuk Umno dan PRU14.

1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.

2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.

3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.

4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.

5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.

6. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.

7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?

8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.

9. Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

10. Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran.

11. US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak.

12. Jho Low dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yang begitu dipercayai oleh Dato Sri Najib. Pegawai Malaysia yang dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yang mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Dato Sri Najib.

13. Gambar-gambar Jho Low dan kelakuannya, umurnya yang amat muda serta cara hidupnya tidak menggambarkan peribadi yang menyakinkan orang ramai. Tetapi dia dilapur membeli rumah di New York dan Hollywood beratus juta Ringgit. Kemudian rumah-rumah ini dijual kepada anak tiri Najib dengan harga ratusan juta Ringgit bagi setiap satu kerana kononnya Jho Low telah jumpa rumah yang lebih indah di Hollywood yang harganya lebih tinggi.

14. Dari mana datangnya duit beratus juta kepada Riza Aziz tidak dapat dijelas. Keluarga Tun Razak termasuk Najib menafikan duit ini adalah dari keluarga. Pelaburan ratusan juta dalam filem “Wolf of Wall Street” oleh Riza datang dari mana?

15. Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Dato Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara.

16. Sementara itu, walaupun Kerajaan menghadapi kekurangan wang yang besar dan terpaksa hutang, Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri membeli sebuah lagi pesawat mewah. Umum mengetahui pesawat ACJ319 yang sedia ada diguna bukan sahaja untuk tugas rasmi tetapi sebagai kenderaan peribadi untuk Dato Sri dan Datin Sri.

17. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan.

18. Cara pembelian tidak dapat menyembunyi bahawa akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung beban pembelian ini. Jika syarikat bukan Kerajaan yang secara rasmi membeli, bayaran melalui lease (sewa) lebih tinggi daripada belian secara langsung kerana terpaksa memberi keuntungan kepada pemilik dan faedah yang dimasukkan.

19. Selain daripada ini dasar-dasar pemerintahan Dato Sri Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.

20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14. Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.

21. Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini.

22. Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri.

23. Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri. - HARAKAHDAILY 2/4/2015

Saturday, February 21, 2015

Mengarut - Tukang karut.......

Kalau macam tu.. Khairy dan Shafee juga mengarutlah..
Sirul dikatakan mengarut.. sebab Ketua UMNO Bahagian Cheras ni kata kes Altantuya dianggap selesai apabila pihak mahkamah sudah menjatuhkan hukuman ke atas dua bekas polis terbabit..
Maknanya Shafee dan Khairy juga mengarutlah sebab kes tuduhan liwat juga dianggap telah selesai kerana Mahkamah sudah menjatuhkan hukuman terhadap Anwar Ibrahim..
laporan berkaitan silalah baca di sini.. http://bit.ly/1CSJaU9
Like ·  · 

Friday, February 20, 2015

Pembunuhan Altantuya ada kepentingan awam, DAP cabar Najib dedah motif

KUALA LUMPUR, 20 FEB: DAP mencabar Datuk Seri Najib Razak menjelaskan motif sebenar pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu jika benar dakwaan Koperal Sirul Azhar Umar adalah mengarut seperti yang beliau perkatakan.

Ketua Biro Guaman DAP Gobind Singh Deo berkata, Najib perlu menjelaskan tersebut kerana ia melibatkan kepentingan awam dan telah menimbulkan kebimbangan antarabangsa.

“Najib menyatakan kenyataan Sirul bahawa beliau bertindak mengikut arahan adalah mengarut.

“Jadi bagaimana Najib tahu ia adalah mengarut? Jika dakwaan Sirul itu tidak benar, apakah dia kebenarannya?” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Puchong itu menyatakan, jawapan Najib kononnya kenyataan Sirul itu adalah mengarut juga meletakkan dirinya kini berada dalam keadaan ‘check mate’ dan kini tidak ada pilihan lagi selain menjelaskan motif pembunuhan kepada umum.

“Najib mesti memberitahu apakah yang telah didedahkan dalam siasatan sebagai motif pembunuhan itu. Siapa yang mengarah dan mengapa ia dilakukan.

“Jika tidak tahu, mengapa beliau menafikannya secara terbuka?

“Apakah beliau bersedia menarik balik kenyataannya itu dan mengarahkan siasatan terbuka dan telus dilakukan?” soal Gobind.

Pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di Ibu Pejabat MCA semalam menafikan kenyataan Sirul dan mendakwa ia sebagai mengarut sama sekali.

Sirul sebelum itu dalam wawancara menerusi telefon bersama portal MalaysiaKini menegaskan bahawa beliau bertindak mengikut arahan atasan.

Beliau turut menyarankan agar orang atasannya iaitu DSP Musa Safri yang juga merupakan bekas pembantu (ADC) Najib ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dipanggil untuk menjadi saksi pihak pendakwaan.

Tambah Sirul, beliau sebenarnya telah dijadikan ‘kambing hitam’ dalam kes pembunuhan itu dan amat tertekan dengan dakwaan penganalisis politik Abdul Razak Baginda bahawa ‘polis jahat’ bertanggungjawab membunuh Altantuya pada tahun 2006. – Roketkini.com

Thursday, February 19, 2015

Kes bunuh Altantuya: DAP gesa polis siasat bukti baru, KPN jangan buta mata

KUALA LUMPURI, 19 FEB: Ekoran laporan The Sydney Morning Herald mengatakan Koperal Sirul Azhar Omar membunuh model mongolia Altantuya Sharibuu atas arahan pihak tertentu, DAP menggesa siasatan polis terhadap motif pembunuhan berprofil tinggi itu.

DAP yang diwakili Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, ditemani Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh membuat laporan polis di IPD Dang Wangi pada jam 9.40 pagi tadi.

“Kita sudah buat laporan polis sebagai tindakan susulan atas dakwaan Sirul tersebut dan minta pihak polis adakan siasatan polis berikutan kenyataan terbaru ini.

“Kenyataan terbaru Sirul ini menunjukkan ada keterangan bukti baru mengenai motif pembunuhan Altantuya,” kata Ramkarpal kepada pemberita selepas laporan dibuat.

Pembunuhan Altantuya Sharibuu menggemparkan negara apabila dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pegawainya Razak Baginda di samping penglinatan dua anggota Unit Tindakan Khas(UTK) Koperal Sirul Azhar dan Ketua Inspektor Azilah Hadri.

13 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati sekaligus mengetepikan rayuan mereka berdua.

Namun, Sirul Azhar meloloskan diri ke Australia dipercayai bersembunyi dari menjalani hukuman mati, sehingga The Sydney Morning Herald mendedahkan kenyataan terbarunya.

“Walaupun Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati untuk kes tersebut, itu bukanlah bermaksud kes ini telah berakhir.

“Memandangkan Sirul mendedahkan ada personalit lain dalam kes tersebut, maka siasatan harus diteruskan secara terperinci,” tegas Ramkarpal.

Tugas Ketua Polis Negara siasat, bukan spekulasi

Dalam pada itu, Ramkarpal turut menyelar sikap Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar menolak menjalankan siasatan di samping menuduh Sirul menyatakan hal yang tidak benar kepada media.

“Kenyataan KPN langsung tidak boleh diterima.

“Kerana ini adalah isu kepentingan awam, isu pembunuhan Altantuya sudah menjadi tajuk berita antarabangsa, seluruh dunia sudah tahu.

“KPN tidak boleh butakan matanya untuk tidak siasat. Ini sikap yang tidak boleh diterima,”tegasnya.

Ramkarpal turut mengatakan bahawa Khalid tidak boleh berspekulasi dengan mengatakan Sirul telah dipengaruhi untuk menyatakan perkara tidak benar.

“Khalid tak ada hak mengatakan Sirul dipengaruhi pihak tertentu, sedangkan siasatan belum dijalankan pada waktu ini.

“Melainkan dia sudah menjalankan tugasnya menyiasat bukti terbaru melalui kenyataan Sirul. Tetapi dia tak buat siasatan pun.

“Kerja Khalid bukan berspekulasi, tetapi menyiasat,” tambah Ramkarpal. – Roketkini.com

Monday, January 26, 2015

Ibu anggap Sirul dianiaya, haraf dibebaskan

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | 26 Januari 2015.

TAIPING: Ibu kepada Koperal Sirul Azhar Umar melahirkan rasa sedih dengan nasib yang dihadapi oleh anaknya itu.

Piah Samat, 74, mengharapkan anaknya dibebaskan daripada hukuman gantung sampai mati seperti yang dijatuhkan oleh mahkamah apabila didapati bersalah membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurutnya, keluarga menganggap Sirul dianiaya dan hanya menjalankan tugasnya sebagai anggota polis.

"Tak tahulah, hanya Tuhan yang tahu hati makcik, makcik hanya berdoa kepada Allah minta dia selamat.

"Lepas sembahyang makcik berdoa, ingat pada yang satu (Allah), nak mintak tolong kat sapa lagi," katanya dengan nada sebak.

Beliau berkata demikian ketika bersama pimpinan PAS iaitu Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar melawat beliau di kediamannya, dekat Changkat Jering, Bukit Gantang, semalam.

Hadir sama ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Exco Pemuda PAS Malaysia, Salman Saleh.

Ibu tunggal itu menyatakan, Sirul adalah seorang anak yang rajin dan bertanggungjawab terhadap keluarganya.

Sirul katanya sentiasa mengambil berat dan berhubung dengannya serta adik beradiknya walaupun sibuk dengan tugasan hakiki.

Katanya lagi, sejak gambar anak keempat daripada lapan adik beradik itu didedah, masyarakat khususnya penduduk kampung di sekitarnya telah datang memberikan sokongan moral terhadapnya.

"Masyarakat simpati dengan nasib keluarga kami, semua bagi sokongan, orang kampung datang beri sokongan kepada kami.

"Tapi ada juga yang kata macam-macam, ada yang kata dia dah kena bayar sedangkan dia tak dapat apa pun hingga makcik jadi malu nak jumpa orang.

"Tidak henti-henti Allah bagi ujian kepada makcik, lepas setahun adik dia meninggal dunia akibat kemalangan, makcik terima pula khabar dia," rintihnya lagi hingga menitiskan air mata.

Namun begitu, beliau berkata, anak-anaknya yang lain sentiasa memberikan semangat terhadapnya dan berpesan agar tidak putus untuk berdoa serta solat untuk meminta pertolongan hanya daripada Allah.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS kerana tambil menzahirkan keprihatinan mereka terhadap isu ini dan mengharapkan parti itu terus memperjuangkan nasib anaknya itu. - HARAKAHDAILY 26/1/2015

Saturday, January 24, 2015

Sirul yang hilang jadi tumpuan, tapi kenapa Azilzh kekal di sini?

oleh Mariam Mokhtar

SEKILAS PANDANG: Dua lelaki didapati bersalah membunuh, kemudian dibebaskan. Seorang memutuskan untuk ke luar negara dan kini fokus bertumpu kepadanya. Seorang lagi kekal di Malaysia, dan ini membingungkan. Kenapa?

Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri, bekas anggota Unit Tindakan Khas PDRM dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu. Tuah memihak kepada mereka, apabila Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan bersalah dan mereka dibebaskan pada 23 Ogos 2013. Beberapa bulan kemudian, Sirul meninggalkan negara, namun rakan subahatnya Azilah kekal di sini.

Adakah Azilah merasakan tiada lagi hal yang perlu dibimbangkan? Adakah beliau tidak percaya yang Mahkamah Persekutuan akan menjatuhkan hukuman mati?

Semalam ada laporan yang tidak dapat disahkan bahawa anak lelaki Sirul mendakwa jika Sirul membuka mulutnya, beliau boleh menjatuhkan Malaysia dan Perdana Menteri. Jadi, adakah kita ingin percaya kepada pendedahan terbaru ini?

Beliau melalui laman Facebook berkata, ayahnya dan keluarga kini di Australia. Ini mengingatkan kita ketika mendiang PI Bala hilang selepas membuat pengakuan bersumpah keduanya. Selepas membuat pengakuan pertama, PI Bala mendakwa yang keluarganya diancam dan beliau setuju untuk mengubah kenyataan itu.

Kemudian, beliau dan keluarga menyusup keluar dari Malaysia. Melalui Singapura, mereka ke Nepal dan akhirnya India. PI Bala bersembunyi di sana, sehinggalah pulang ke Malaysia bersama keluarga dan mendedahkan beliau dipaksa untuk mengubah kenyataan pertamanya itu. Beliau meninggal dunia kerana serangan jantung sebelum sempat membuat pendedahan lanjut.

Terlalu kuat keraguan yang menyelubungi pembunuhan Altantuya, dan nampaknya ia bertiup dari Putrajaya dan Istana Kehakiman. Ketika itu, Datuk Seri Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri, dan Abdul Razak Baginda adalah pegawai khas beliau.

Kes berprofil tinggi ini melibatkan pertukaran wang berjumlah beberapa billion ringgit dan merentasi beberapa benua, berkaitan pembelian dua kapal selam yang tidak berfungsi dengan baik dan seorang model yang didakwa menjadi dambaan kedua-dua Abdul Razak dan Najib.

Jadi, adakah Sirul sudah dibeli untuk menutup mulut. Adakah Sirul melarikan diri bersama-sama keluarga kerana tahu mereka diancam bahaya?

Bagaimana pula dengan Azilah? Adakah beliau terlalu lembap untuk bertindak, dan ketika beliau ingin lari, semuanya sudah terlambat? Adakah keluarganya ditahan di mana-mana, agar beliau juga menutup mulutnya?

Sejak dari mula, ada beberapa kejanggalan dalam aspek perundangan sepanjang perbicaraan itu. Misalnya, tiada motif dipastikan dalam pembunuhan Altantuya, dan beberapa waksi tidak dipanggil. Pembantu peribadi Najib, Musa Safri didakwa mengarahkan pembunuhan itu. Musa tidak dipanggil untuk memberikan keterangan.

Adakah Sirul akan menceritakan segala-galanya? Adakah beliau akan menulis apa yang diketahuinya, dan menghantarkan salinan kepada peguam yang dipercayai dan editor kepada agensi berita antarabangsa, untuk dibuka jika beliau mati di luar jangka?

Hidup Sirul seolah-olah mengikuti jalan yang ditempuhi PI Bala. Adakah Sirul perlu berjaga-jaga sepanjang masa? Kes ini semakin menimbulkan tanda tanya. Bilakah dalang akan mengarahkan Sirul membuat pendedahannya? Bilakah pula keluarga Altantuya akan mendapat keadilan?

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Sirul-yang-hilang-jadi-tumpuan-tapi-kenapa-Azilah-kekal-di-sini#sthash.TU6LjOXf.dpuf

Wednesday, January 21, 2015

PDRM sahkan penahanan Sirul di Australia

Menurut Tan Sri Khalid, berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa Australia, Sirul Azhar ditahan atas kesalahan Akta Imigresen negara itu.

KUALA LUMPUR, 21 Januari:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar ditahan pegawai Imigresen di Queensland, Australia semalam.

Dia kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen negara itu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa Australia, Sirul Azhar ditahan atas kesalahan Akta Imigresen negara itu.

Susulan penangkapan itu, katanya polis akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk tindakan ekstradisi terhadap Sirul Azhar ke Malaysia bagi menjalani hukuman atas kesalahan membunuh model sambilan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu sembilan tahun lepas.

“Kita akan bincang dengan Jabatan Peguam Negara dahulu,” katanya.

Sirul dan Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa membunuh Altantuya pada 2006 dan disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dengan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan.

Pada 13 Januari lepas, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul dan Azilah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.

Bagaimanapun, Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana dipercayai berada di Australia.

Susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/21/pdrm-sahkan-penahanan-sirul-di-australia/#ixzz3PQy5Xg9h

Tuesday, January 20, 2015

Sirul Azhar jadi buruan Interpol

Laman web Interpol menyebut Sirul Azhar, 43 tahun dikehendaki pihak berkuasa Malaysia untuk menjalani sabitan hukuman dalam kes pembunuhan.

KUALA LUMPUR, 20 Januari:

Notis Merah dikeluarkan Polis Antarabangsa (Interpol) hari ini bagi memburu bekas anggota polis elit, Sirul Azhar Umar, yang dipercayai berada di Australia sejak Oktober tahun lalu, disabitkan atas kesalahan membunuh dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut laman webnya, Interpol menyebut lelaki 43 tahun itu dikehendaki pihak berkuasa Malaysia untuk menjalani sabitan hukuman dalam kes pembunuhan.

Pada 13 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu selepas membenarkan rayuan mereka.

Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.

Turut bersidang Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Dalam penghakiman yang dibacakan Suriyadi, mahkamah berpuas hati bahawa kedua-dua responden gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.

Berikutan ketidakhadiran Sirul Azhar, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya dan Azilah dibawa ke penjara.

Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua responden selepas mendapati mereka bersalah melakukan pembunuhan itu.

Kedua-dua responden didakwa membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara pukul 10 malam pada 19 Oktober dan pukul 1 pagi pada 20 Oktober 2006.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/20/sirul-azhar-jadi-buruan-interpol/#ixzz3PMc6e3HK

PAS persoal motif, dalang bunuh Altantuya

(Azuan Ab Rahman)

KUALA LUMPUR 20 JAN- Pas hari ini sekali lagi membangkitkan mengenai motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan meminta Mahkamah menjelaskan motif pembunuhan wanita warga Mongolia berkenaan.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, kedua-dua tertuduh yang dijatuhi hukuman mati bukan polis biasa, sebaliknya anggota Unit Tindakan Khas yang bertindak mengikut arahan.


“Persoalan yang masih belum terjawab sehingga kini ialah apakah motif pembunuhan warga Mongolia itu, jika membunuh dengan niat, niat apa?

“Mahkamah tidak harus sembunyikan motif, ia adalah elemen yang sangat penting yang menjurus kepada perlakuan membunuh, apatah lagi mereka disabitkan dengan tuduhan membunuh dengan niat,” tegasnya dalam sidang media hari ini.

Menurutnya, kehilangan tertuduh kedua, Koperal Sirul Azhar Umar yang dikesan berada di Australia menunjukkan ‘kelompangan’ sistem keselamatan negara sehingga tertuduh bolos dan mendapatkan perlindungan daripada tindakan ekstradisi.

“Bagaimana tertuduh kes jenayah berat yang masih belum selesai kes perbicaraan boleh dengan mudah dibenarkan untuk ke luar negara?

“Tambahan pula wajah tertuduh sememangnya sudah lama dibiarkan menjadi misteri dan tidak dapat dicam oleh masyarakat umum,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau turut menyatakan kesediaan bertemu Sirul jika individu tersebut mahu mendedahkan rahsia sebenar di sebalik pembunuhan itu, yang sebelum ini dikaitkan dengan pemimpin negara.

“Dalang sebenar dalam kes ini perlu didedahkan, saya harap Sirul boleh rungkai semua persoalan.

“Sirul boleh hubungi saya dengan segera melalui telefon, email atau facebook. Saya bersedia bertemu beliau di mana-mana sahaja.

“Saya mahu mendengar sendiri siapakah dalang dan motif sebenar pembunuhan tersebut,” tegasnya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, beliau merasakan terpanggil untuk bertemu Sirul selepas membaca kenyataan ibu Sirul yang mendakwa anaknya tidak diberikan keadilan seharusnya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-