Showing posts with label Mongolia. Show all posts
Showing posts with label Mongolia. Show all posts

Friday, February 20, 2015

Najib tidak perlu risau jika Sirul dedah - Mahfuz

MUHAMMAD FAIZAL
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu risau jika Koperal Sirul Azhar Umar ingin membuat pendedahan berhubung pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media berkata Sirul tidak pernah menyebut nama Najib sepanjang beliau ditahan, sebaliknya hanya berkata beliau hanya menjalankan arahan.

"Sungguh menghairankan apabila Najib memberi respon dengan mengatakan pendedahan Sirul berkenaan kes Altantuya mengarut.

"Mengapa perlu dia membuat kenyataan sedemikian rupa, Sirul tidak pernah menyebut nama beliau dan sepatutnya Najib tidak perlu gelisah," katanya di Pejabat Agung PAS hari ini.

Mahfuz turut berpendapat, sewajarnya Najib menyatakan pendirian untuk menyiasat semula kes tersebut apabila Sirul berani untuk membuat pendedahan.

"Kita tidak boleh menafikan kebarangkalian Sirul sudah berani membuat pendedahan itu kerana dia berada di luar cengkaman dan tekanan yang diberikan oleh pihak berkuasa di Malaysia.

"Pihak berkuasa wajar menyiasat kembali kes ini berpandukan kenyataan Abdul Razak Baginda yang mengatakan kes ini hanyalah kes biasa yang sengaja disensasikan sedangkan pada masa yang sama beliau mengaku mengenali dan pernah diugut oleh Altantuya atas sebab peribadi," kata beliau lagi.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut memetik kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang berkata hanya suspek utama yang tahu motif kes ini tetapi sudah pun dilepaskan.

"Kes ini sewajarnya disiasat semula dengan mengambil kira apa yang didedahkan Sirul serta kenyataan Razak serta Musa.

"Sirul juga mendakwa ‘orang penting yang mempunyai motif masih bebas’ dan dia hanyalah menjadi mangsa kambing hitam.

"Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat wajar menyiasat dahulu kesahihan apa yang dikatakan Sirul ini sebelum terus menafikan sebegitu sahaja demi mempertahankan imej ketelusan dan keberanian PDRM untuk bertindak tanpa memilih bulu," sambung beliau lagi.

Mahfuz meminta agar pihak polis menghantar pegawai penyiasat ke Australia tanpa menunggu Sirul dibawa pulang ke negara ini bagi membuka semula kertas siasatan.

Beliau turut menegaskan agar Perdana Menteri dapat membuat gesaan agar kes ini disiasat dan dibicarakan kembali demi menegakkan keadilan dan mengelakkan penindasan kepada pihak yang di bawah. – HARAKAHDAILY

Thursday, February 19, 2015

Tidak mungkin pembunuhan tanpa motif dan dalang -- Kit Siang

GELANG PATAH, 19 FEB: Sekiranya kes bunuh model Mongolia Altantuya Sharibuu tanpa motif dan dalang, bagaimana Koperal Sirul Azhar dan Ketua Inspektor Azilah Hadri boleh melakukan jenayah tersebut.

Demikian persoalan dibangkitkan Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang kepada Ketua Peguam Negara Datuk Seri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Ini kerana kedua mereka dilihat berdiam diri dan enggan menyiasat kenyataan terbaru Sirul yang bersedia ‘memberitahu semua cerita’ tentang kes bunuh berprofil tinggi itu.

“Sirul kata jika saya mati hari ini, saya mungkin tidak tenang, saya bunuh kerana saya diarah. Namun ini balasan yang saya dapat.

“Saya percaya warga Malaysia dapat rasa ketidakadilan dalam kenyataan Sirul itu kerana dia saja yang membayar harga pembunuhan Altantuya.

“Sedangkan dalang sebenar yang ada motif, dan mengarahkan Sirul membunuh terlepas begitu saja,”kata Kit Siang.

Hari ini, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh membuat satu laporan polis bagi menggesa siasatan dijalankan terhadap bukti keterangan terbaru dari kenyataan Sirul tersebut.

Kedua mereka secara terbuka menyelar sikap Khalid yang enggan menyiasat susulan terbaru berkaitan Sirul Azhar, pembunuh Altantuya Shaaribuu malah menuduh Sirul menipu pula.

Tambah Kit Siang, Gani Patail dan hakim Mahkamah Persekutuan bersalah apabila tidak mempedulikan motif dan siapa dalang yang dalam kes bunuh Altantuya,

“Seolah-olah mereka tak nampak gajah di depan mata,”ujar Kit Siang.

Tambahnya, kegagalan Khalid menjelaskan isu sebenar berkenaan kes pembunuhan Altantuya serta sikap diam diri Gani Patail dari menjalankan tugasnya untuk bertanya mengenai motif dan dalang pembunuhan itu adalah kecuaian besar

“Bekas pendakwa raya Datuk Stanley Isaacs kata polis boleh buka semula kes Altantuya jika sirul buat laporan polis menyatakan dia diarah melakukan jenayah tersebut.

“(Namun), saya tidak bersetuju kerana Sirul sudah melakukan demikian dalam kenyataan polis pertamanya pada 9 November 2006.

“Apa yang dikatakan Sirul hari ini sama saja dalam kenyataan pertamanya, bahawa beliau ditawarkan wang dan diarahkan untuk membunuh Altantuya.

“Persoalannya, kenapa polis dan Gani Patail gagal bertindak terhadap kenyataan Sirul pada 2006,” kata Kit Siang.

Ujarnya, pengabaian Gani terhadap kenyataan pertama Sirul adalah kecuaian serius, kerana Peguam Negara itu wajar mengarahkan polis menjalankan siasatan terperinci.

“Jika tidak, bukan saja ‘algojo’ pembunuhan saja yang dapat ditangkap, pasti dalang sebenarnya juga akan dapat dicekup pihak mereka.

“Bolehkah Gani Patail bela dirinya sendiri terhadap kecuaian dalam jalankan tugas yang memalukan ini?” Soal Kit Siang lagi. – Roketkini.com

Wednesday, February 18, 2015

Sirul dilapor sedia dedah punca Aitantuya dibunuh kepada media Australia

Untuk rekod, undang-undang Austalia tidak membenarkan seseorang individu yang berdepan hukuman mati diekstradisi ke negara asal. - Foto Website Interpol

KUALA LUMPUR, 17 Februari :

Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sirul Azhar Umar yang sedang berada di Australia dilapor kini mempertimbangkan untuk membuat pendedahan mengenai punca dia dan bekas pegawai polis berpangkat Cif Inspektor di unit yang sama, Azilah Hadri, membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Bekas anggota unit elit polis yang sedang dalam pelarian itu memberitahu bahawa beberapa media Australia telah pun memohon untuk mengadakan sesi wawancara secara ‘terus terang’ dengannya.

“Saya belum putuskan untuk ditemubual,” Sirul dilaporkan berkata melalui perbualan telefon dengan portal berita Malaysiakini (pautan http://www.malaysiakini.com/news/289596) baru-baru ini.

Malaysiakini turut melaporkan Sirul kemungkinan bersedia mendedahkan segala-galanya jika wawancara itu menjadi kenyataan.

“Ya, saya pertimbangkan kemungkinan ini dengan serius,” ketika ditanya wartawan portal berkenaan.

Sirul yang sedang ditahan pihak imigresen Australia di Sydney dikatakan dihubungi beberapa stesen televisyen negara itu dan rundingan antaranya dan pihak berkenaan masih berjalan.

Malaysiakini juga mendakwa Sirul memberitahu dia tidak kenal mangsa pembunuhan itu mahupun penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, yang dilepas dan dibebaskan dalam kes itu.

“Saya bertindak atas arahan. Orang penting yang mempunyai motif masih bebas,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

“Ia bukan bermakna saya tidak sayangkan (pasukan) polis, tetapi saya bertindak atas arahan,” tegasnya.

Mengenai keadaannya di pusat tahanan, Sirul memberitahu keadaannya OK dan dia dibenarkan menggunakan telefon serta Internet.

“Saya biasanya baca Malaysiakini, Utusan (Utusan Malaysia) dan Harakah untuk ikuti perkembangan di kampung halaman,” Sirul dilaporkan bercerita kepada portal itu.

Bagaimanapun, dia yang berstatus duda berusia 43 tahun dikatakan bimbang mengenai dua anak remajanya di Malaysia yang berhenti sekolah, akibat kes dihadapinya.

Januari lalu, Sirul dan Azilah dijatuhi hukuman mati apabila disabitkan bersalah dalam kes tersebut oleh Mahkamah Persekutuan.

Ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum itu, Sirul mendakwa dia dijadikan kambing hitam untuk melindungi rancangan pihak tertentu.

Sirul kemudiannya tidak hadir di Putrajaya ketika Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusan kerana berada di Australia.

Untuk rekod, undang-undang Austalia tidak membenarkan seseorang individu yang berdepan hukuman mati diekstradisi ke negara asal.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/uncategorized/2015/02/17/sirul-dilapor-sedia-dedah-punca-altantuya-dibunuh-kepada-media-australia/#ixzz3S1HLWJ5h

Tuesday, January 20, 2015

PAS persoal motif, dalang bunuh Altantuya

(Azuan Ab Rahman)

KUALA LUMPUR 20 JAN- Pas hari ini sekali lagi membangkitkan mengenai motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan meminta Mahkamah menjelaskan motif pembunuhan wanita warga Mongolia berkenaan.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, kedua-dua tertuduh yang dijatuhi hukuman mati bukan polis biasa, sebaliknya anggota Unit Tindakan Khas yang bertindak mengikut arahan.


“Persoalan yang masih belum terjawab sehingga kini ialah apakah motif pembunuhan warga Mongolia itu, jika membunuh dengan niat, niat apa?

“Mahkamah tidak harus sembunyikan motif, ia adalah elemen yang sangat penting yang menjurus kepada perlakuan membunuh, apatah lagi mereka disabitkan dengan tuduhan membunuh dengan niat,” tegasnya dalam sidang media hari ini.

Menurutnya, kehilangan tertuduh kedua, Koperal Sirul Azhar Umar yang dikesan berada di Australia menunjukkan ‘kelompangan’ sistem keselamatan negara sehingga tertuduh bolos dan mendapatkan perlindungan daripada tindakan ekstradisi.

“Bagaimana tertuduh kes jenayah berat yang masih belum selesai kes perbicaraan boleh dengan mudah dibenarkan untuk ke luar negara?

“Tambahan pula wajah tertuduh sememangnya sudah lama dibiarkan menjadi misteri dan tidak dapat dicam oleh masyarakat umum,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau turut menyatakan kesediaan bertemu Sirul jika individu tersebut mahu mendedahkan rahsia sebenar di sebalik pembunuhan itu, yang sebelum ini dikaitkan dengan pemimpin negara.

“Dalang sebenar dalam kes ini perlu didedahkan, saya harap Sirul boleh rungkai semua persoalan.

“Sirul boleh hubungi saya dengan segera melalui telefon, email atau facebook. Saya bersedia bertemu beliau di mana-mana sahaja.

“Saya mahu mendengar sendiri siapakah dalang dan motif sebenar pembunuhan tersebut,” tegasnya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, beliau merasakan terpanggil untuk bertemu Sirul selepas membaca kenyataan ibu Sirul yang mendakwa anaknya tidak diberikan keadilan seharusnya.

Wednesday, January 14, 2015

Keluarga Altantuya ingin teruskan saman kerajaan RM100 juta

Saman yang difailkan bapa Altantuya, Setev Shaariibuu (tengah) pada 2007 dihentikan sementara, ekoran prosiding jenayah dan proses rayuan yang masih berjalan. - Foto Merdeka Review

KUALA LUMPUR, 13 Januari:

Peguam mewakili keluarga bekas model Mongolia, Altantuya Shaariibuu hari ini mengesahkan akan meneruskan saman RM100 juta terhadap kerajaan.

Keputusan itu didedahkan Ram Karpal Singh, selepas Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas dua anggota polis, iaitu Koperal Sirul Azhar Umar dan Cif Inspektor Azilah Hadri, selepas didapati bersalah membunuh Altantuya, sembilan tahun lalu.

Menurut Ram, pihaknya akan memaklumkan Mahkamah Tinggi untuk menetapkan tarikh kes saman itu, yang sebelum ini difailkan pada Jun 2007.

“Kami akan teruskan dengan kes ini, memandangkan Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan.

“Kami terpaksa menunggu lama, kerana mengikut arahan untuk menunggu keputusan akhir daripada prosiding kes ini,” katanya yang dipetik Malay Mail Online.

Malah tambahnya, keputusan yang diambil Mahkamah Persekutuan hari ini akan membantu keluarga Altantuya dalam kes saman terhadap Kerajaan Persekutuan.

Pada 4 Jun 2007, ibu bapa Altantuya dan dua anaknya memfailkan saman sivil terhadap kedua-dua pesalah (Azilah dan Sirul Azhar), kerajaan dan Abdul Razak Baginda.

Saman itu menuntut RM100 juta sebagai pampasan kematian Altantuya, mendatangkan kejutan mental dan juga trauma psikologi.

Saman yang difailkan pada 2007 itu dihentikan sementara, ekoran prosiding jenayah dan proses rayuan yang masih berjalan.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/13/keluarga-altantuya-ingin-teruskan-saman-kerajaan-rm100-juta/#ixzz3OiRVibEG

Tuesday, January 13, 2015

Bapa Altantuya persoal motif, tetap saman kerajaan Malaysia

ULAN BATOR 13 JANUARI- Bapa kepada wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dengan kejam pada 2006, tetap mempersoalkan motif pembunuhan anaknya itu.

Setev Shaariibuu berkata, beliau bersama isteri dan dua cucunya gembira mengetahui dua tertuduh kes itu, Azilah Hadri dan Sirul Azhar didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati.


Katanya, ini bermakna kes itu akhirnya telah selesai dan beliau boleh meneruskan samannya terhadap kerajaan Malaysia, dan dua pegawai yang didakwanya bertanggungjawab atas kematian anak perempuannya itu.

Bagaimanapun beliau terus mempersoalkan motif di sebalik pembunuhan Altantuya yang diletupkan dengan peledak di sebuah kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam pada 19 Oktober 2006.

“Sehingga hari ini, saya tidak tahu kenapa dia dibunuh,” katanya seperti dilapor portal Malaysiakini.

Sementara itu, Setev juga menyuarakan kebimbangan apabila tertuduh kedua dikatakan hilang dan tidak hadir di mahkamah hari ini.

“Saya berharap polis dapat mencari segera, barulah keadilan ditegakkan untuk anak perempuan saya,” katanya.

Setev juga percaya hubungan antara Malaysia dan Mongolia, yang didakwanya tegang ekoran perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, akan bertambah baik dengan keputusan terbaru itu.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Panel yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, menolak keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Azilah dan Sirul dan mengekalkan hukuman mati.

Setev memfailkan saman sivil pada 4 Jun 2007, mendapatkan gantirugi RM100 juta daripada penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan dua pegawai polis.

Abdul Razak, rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, pada awalnya dituduh bersubahat dengan pembunuhan itu tetapi kemudiannya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Setev memfailkan saman itu bagi pihak isterinya, Altantsetseg Sanjaa, dan dua cucu mereka – Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga – yang ketika itu masing-masing berusia lapan dan 13 tahun.

Saturday, August 24, 2013

Wak tak heran apebile due orang mate2 ni di bebaskan ....................

Dah memang dari mule lagi Wak dah agak ke due2 orang mate2 ni pasti akan di bebaskan dari tuduhan nye. Sangkean Wak yang pertame ialah di sebabkan tidak ade sebab mate2 ni nak membunuh dengan tidak tentu pasal. Makne nye ke due2 orang mate2 ni di tuduh membunuh tanpa sebab!

Sangkean kedue bahawe ke due2 mate2 ni tidak ade kaitan langsung dengan simati tu. Maksud nye mereke tu tidak pernah kenal antare satu same lain. Sebenar nye ade banyak lagi sebab2 mengape due orang mate2 ni tidak patut di jatuhkan hukuman mati.

Kesimpulan nye, dalam kes ni tidak ade barang sesiape pun yang tahu siape pembunuh yang sebenar nye. Hanye Allah sahaje yang mahe mengtahui nye. Pade pendapat Wak, selepas due orang mate2 ni di bebaskan, kes ini jangan di tutup begitu saje. Pehak yang berwajib dan berkenaan harus meneruskan penyasatan untuk mencari siape kah pembunuh yang sebenar nye.

Wak yakin bahawe pehak yang berkase dalam kes pembunuhan ini pasti akan dapat menyelesaikan kes ini. Perkare ini patut di selesaikan dengan segere demi menjage name baik negare.

Thursday, November 29, 2012

Buka semula kes bunuh Altantuya ........

Buka semula kes bunuh Altantuya

FMT Staff | November 28, 2012
Ini berikutan pengakuan Deepak Jaikishan bahawa beliau memujuk P Balasubramaniam untuk menukar akuan bersumpahnya.

PETALING JAYA: Sebuah NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak agar kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu dibuka semula.
“Ini kerana akuan bersumpah kedua Inspektor Polis P Balasubramaniam telah dipengaruhi oleh keluarga (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Tun Razak,” kata pengasasnya Badrul Hisham Shaharin @ CheguBard.
Portal berita harakahdaily hari ini menyiarkan wawancara dengan usahawan permaidani Deepak Jaikishan yang mengakui membantu untuk memujuk penyiasat bebas P Balasubramaniam menukar akuan bersumpahnya.
Deepak Jaikishan mengakui bahawa tindakannya membantu Bala mengubah akaun bersumpah pertama dilakukan demi untuk menolong keluarga Najib.
Menurut CheguBard, pengakuan bersumpah Bala yang pertama mengaitkan penglibatan Najib dengan peristiwa pembunuhan Altantuya.
CheguBard berkata pihaknya melihat kes pembunuhan Altantuya menimbulkan pelbagai persoalan, apatah lagi ia berkait rapat dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang disifatkan sebagai ‘bapa’ kepada semua kes jenayah di Malaysia.
“Skandal pembunuhan Altantuya dan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang terkait ini harus dirungkai dan rakyat harus tahu.
“Demi memastikan rakyat celik dalam isu ini, pelbagai usaha dilakukan oleh SAMM termasuklah jelajah sesi taklimat penerangan di setiap negeri dan ceramah pencerahan,” terang beliau yang juga Ketua Cabang PKR Rembau.
Menurutnya, SAMM juga akan melancarkan buku bertajuk ‘Antara Dua Razak, Dua Scorpene dan Satu Mongolia’ pada Disember ini.
Beliau menyeru rakyat menolak kepimpinan Najib yang tercalit skandal Altantuya dan Scorpene.
“Hanya selepas kerajaan Umno-Barisan Nasional ditumbangkan barulah kebenaran akan terungkai kerana ketika itu tiada lagi imuniti undang-undang terhadap para pemimpin negara,” ujar beliau.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-