Showing posts with label Menteri Pelancungan dan Kebudayaan. Show all posts
Showing posts with label Menteri Pelancungan dan Kebudayaan. Show all posts

Tuesday, September 1, 2015

Daripada berpuluh-puluh menteri Umno, hanya seorang saja yang berani puji Bersih 4

Nazri: Terima kasih, BERSIH

Zulaikha Zulkifli Hari ini, 1:22 pm Hari ini, 1:25 pm

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz mengucapkan terima kasih kepada penganjur BERSIH 4 kerana mempromosikan Malaysia.

Kata Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, perhimpunan selama 34 jam itu mendapat liputan daripada media antarabangsa dan secara tidak langsung mengiklankan bahawa demokrasi sihat diamalkan di negara ini.

"Dari segi pelancongan dan pandangan luar negara, ia bagus juga sebab menunjukkan demokrasi sihat negara kita.

"Dah tayang di CNN, Aljazeera, BBC, satu dunia tahu tentang itu (perhimpunan BERSIH) jadi saya sedikit sebanyak mengucapkan terima kasih pada BERSIH kerana mereka iklankan demokrasi sihat di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kuala Lunpur hari ini.

Sunday, February 22, 2015

Ni ape hal pule .....? pasal popiah pun dua negeri mau 'perang' ke?

Nazri minta Indonesia tutup mulut isu tuntutan ke atas popiah Lumpia Semerang

Nazri menegaskan perkara berkaitan Lumpia Semerang itu sebenarnya bukanlah satu isu dan pihak di Indonesia perlu tutup mulut - Foto arkib TRP

KUALA LUMPUR, 22 Februari:

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memberitahu Indonesia supaya menutup mulut dan berhenti membuat tuntutan ke atas sejenis makanan dinamakan Lumpia Semarang.

Ketika diminta mengulas mengenai isu berkenaan, beliau berkata sekiranya Indonesia mula menuntut mengenai hidangan berkenaan, sebagai balasan Malaysia boleh mempersoal mengenai asal-usul Bahasa Indonesia.

Menurut beliau, Bahasa Indonesia mempunyai asal-usul Melayu dan Indonesia tidak sepatutnya melatah dalam tuntutan terbaharu mereka baru-baru ini.

“Jika mereka mula menuntut semuanya, bagaimana dengan Bahasa Indonesia? Tanya mereka Bahasa Melayu adalah milik siapa?

“Bahasa Melayu datang dari Semenanjung Tanah Melayu yang mana kita semua adalah satu sebelum wujudnya Nusantara.

“Mereka tidak menuntut segala-galanya di Nusantara sebagai hak mereka kerana kawasan berkenaan pernah menjadi satu,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post hari ini.

Nazri berkata demikian merujuk kepada Malaysia dan Indonesia yang merupakan sebahagian daripada Kepulauan Melayu dikenali sebagai Nusantara yang mana selama berabad-abad lamanya kedua-dua negara berkongsi budaya, tradisi dan bahasa.

Senario itu bagaimanapun kemudiannya berubah sedikit demi sedikit dari semasa ke semasa disebabkan faktor politik dasar pecah dan perintah pada zaman penjajah.

Nazri menegaskan perkara berkaitan Lumpia Semerang itu sebenarnya bukanlah satu isu dan pihak di Indonesia perlu tutup mulut daripada mula mendakwa semua perkara adalah milik mereka.

Sehingga kini belum dapat dipastikan sama ada Malaysia benar-benar mendakwa kuih popia atau Lumpia Semarang itu adalah milik negara ini ataupun tidak.

Menurut senarai Makanan Warisan Malaysia, popiah atau Lumpia Semerang tidak termasuk dalam 151 jenis hidangan yang telah dikenalpasti sebagai warisan negara ini.

Isu tuntutan berkenaan tiba-tiba dibangkitkan media Indonesia semalam apabila satu tunjuk perasaan secara aman diadakan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Bu Me Me yang dilaporkan mendakwa sebagai generasi kelima pasangan yang mencipta hidangan berkenaan di Indonesia mengetuai protes berkenaan yang meminta Malaysia menarik balik tuntut pemilikan ke atas Lumpia Semarang.

Menurut Tribune News, Lumpia Semarang dicipta dan dipelopori oleh seorang lelaki Cina Tjoa Thay Joe yang berkahwin dengan wanita pribumi Indonesia, Mbok Wasi pada 1870.

Pasangan berkenaan merupakan generasi pertama yang mula menjual Lumpia Semarang dan Me Me dikatakan meneruskan perniagan warisan bersama keluarganya sehingga hari ini.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/22/nazri-minta-indonesia-tutup-mulut-isu-tuntutan-ke-atas-popiah-lumpia-semerang/#ixzz3SR3yfp6Z

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-