Showing posts with label Datuk Nazri Aziz. Show all posts
Showing posts with label Datuk Nazri Aziz. Show all posts

Tuesday, December 20, 2016

Nazri tolak cadangan kerajaan Melayu Umno-Pas

Minderjeet Kaur

Kita kerajaan Malaysia, iaitu dan semua bangsa orang kita, kata ahli Majlis Tertinggi Umno itu menjawab cadangan Perkasa
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazri Aziz menolak cadangan pembentukan kerajaan Melayu yang eksklusif dianggotai Umno dan PAS.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno menjelaskan Barisan Nasional tidak akan berubah menjadi pakatan yang tidak mewakili semua rakyat Malaysia.

“Saya tak setuju. Kita dalam BN telah dididik tidak ada satu komuniti yang memerintah Malaysia tanpa penyertaan komuniti lain.

“Kerajaan Malaysia bukan sahaja kaum Melayu tetapi seluruhnya sama ada Cina, India, Iban atau Kadazan ialah orang kita.

“Respon kita (Umno) kepada Datuk Ibrahim Ali: Kita boleh kerja bersama kalau mereka sokong kepimpinan kita (BN), tapi secara ekslusif kerajaan Melayu, saya cakap tidak,” katanya selepas merasmikan pameran wayang kulit di Muzium Negara, yang akan diadakan sehingga 28 Februari.

Nazri, yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan, menjawab seruan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, yang meminta PAS supaya kekal menjadi parti bebas dan tubuhkan kerajaan Melayu yang eksklusif bersama Umno selepas pilihan raya umum nanti.

Ibrahim mencadangkan perdana menteri daripada Umno manakala timbalannya daripada PAS.

Ibrahim membantah kerjasama PAS dengan Pakatan Harapan kerana lebih wajar jika parti Islam itu bekerjasama dengan Umno.

Beliau sangat kuat merasakan BN akan menang Pilihan Raya Umum ke-14 walaupun dilanda krisis keyakinan, selepas kajian menunjukkan 90% menolak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Nazri tidak bersetuju dengan kajian itu.

“Sudah pasti ini kerja pembangkang kerana mereka mahu menjatuhkan beliau.

“Tetapi pembangkang tidak monopoli pandangan dan perasaan rakyat terbanyak.

“Selain jentera BN yang lancar dan populariti wakil rakyatnya, rakyat sememangnya suka Najib.

“Beliau juga salah satu daripada faktor untuk kita menang pilihan raya umum akan datang.”

Tuesday, September 1, 2015

Daripada berpuluh-puluh menteri Umno, hanya seorang saja yang berani puji Bersih 4

Nazri: Terima kasih, BERSIH

Zulaikha Zulkifli Hari ini, 1:22 pm Hari ini, 1:25 pm

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz mengucapkan terima kasih kepada penganjur BERSIH 4 kerana mempromosikan Malaysia.

Kata Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, perhimpunan selama 34 jam itu mendapat liputan daripada media antarabangsa dan secara tidak langsung mengiklankan bahawa demokrasi sihat diamalkan di negara ini.

"Dari segi pelancongan dan pandangan luar negara, ia bagus juga sebab menunjukkan demokrasi sihat negara kita.

"Dah tayang di CNN, Aljazeera, BBC, satu dunia tahu tentang itu (perhimpunan BERSIH) jadi saya sedikit sebanyak mengucapkan terima kasih pada BERSIH kerana mereka iklankan demokrasi sihat di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kuala Lunpur hari ini.

Thursday, September 26, 2013

Benarkah anak seorang menteri mampu beli rumah kos RM seven millions???

Peperangan merebut  atau mengkal kan jawatan dalam kepimpinan tinggi UMNO semakin bergelore. Masing2 sudah mule meletup kan 'bom' dalam usahe untuk menjatuhkan lawan masing2. Sekarang Datuk Seri Nazri pule telah menjadi sasaran. Mampukah Datuk Nazri mempertahankan serangan yang sudah mule dilancarkan oleh lawannye?

Sebenarnye serangan2 yang sedang berlaku dalam pucuk pimpinan UMNO ni banyak mendatangkan keuntungan kepade Pakatan Rakyat. Kite tunggu aje sebelum tibe hari mengundi nanti berape ramai pemimpin2 UMNO yang akan di 'telanjangkan' oleh rakan2 nye sendiri.

Pemimpin2 UMNO yang dah sememang nye nampak tidak bersih masih lagi ramai berade dalam pucuk pimpinan UMNO. Nanti kite akan saksikan lebih ramai lagi pemimpin2 UMNO yang tidak bersih akan ter pacul kepengetahun umum.


ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-