Showing posts with label MetMalaysia. Show all posts
Showing posts with label MetMalaysia. Show all posts

Wednesday, September 21, 2022

Mesyuarat Kabinet tak sentuh tarikh PRU15, bincang persiapan banjir, kata Takiyuddin

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-September 21, 2022 8:00 PM
Takiyuddin Hassan yang juga setiausaha agung PAS berpandangan lebih baik PRU15 tidak diadakan kerana sudah ada indikator akan berlaku banjir lebih awal. 
(Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Mesyuarat Kabinet hari ini tidak menyentuh tarikh pilihan raya umum ke-15 (PRU15), sebaliknya hanya membincangkan persiapan berdepan banjir dijangka bermula Oktober, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan.

Katanya, perbincangan Kabinet tertumpu kepada persediaan menghadapi banjir berikutan amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi (METMalaysia).

“Mengikut maklumat METMalaysia pada Oktober akan berlaku banjir sama ada awal atau akhir bulan, kita tidak pasti.

“Jadi kita perlu membuat persiapan. Jika banjir berlaku, semua akan terbabit. Pasukan petugas khas, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), agensi berkaitan, Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang buat persiapan termasuk pusat pemindahan sementara,” katanya menurut Berita Harian.

Isnin lalu Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata cadangan untuk mengadakan PRU15 dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Beliau dilaporkan berkata akan membawa pendapat semua pihak berhubung bila PRU15 patut diadakan.

Dalam pada itu, Takiyuddin yang juga setiausaha agung PAS berpandangan lebih baik PRU15 tidak diadakan dalam tempoh terdekat.

“Bagi kita (PAS) lebih baik PRU15 tidak diadakan kerana sudah ada indikator akan berlaku banjir lebih awal,” katanya.

Pada 16 Sept, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, berkata perjumpaan lima pemimpin tertinggi Umno bagi membincangkan berkenaan PRU15 diadakan pada 30 Sept, selepas dibatalkan pada 17 Sept.

Katanya, mesyuarat itu akan diadakan pada 8 malam dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan bermesyuarat pada malam sama.

Lima pemimpin tertinggi itu adalah presiden, Ahmad Zahid Hamidi, timbalan presiden, Mohamad Hasan dan tiga naib presiden – Khaled Nordin, Mahdzir Khalid dan Ismail yang juga perdana menteri.

Sunday, December 19, 2021

Hujan sangat lebat diramal di Perak, Pahang, S'gor hari ini

malaysiakini.com

Diterbitkan: Dec 19, 2021 8:18 AM

Hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya diramal berlaku hari ini di beberapa kawasan di ibu negara, Perak, Pahang dan Selangor.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan amaran cuaca yang dikeluarkan pada 1.40 pagi memaklumkan bahawa kawasan yang terlibat di Perak ialah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Di Pahang, kawasan yang dijangka terlibat ialah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan manakala di Selangor ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat serta Hulu Langat.

Sementara itu, hujan lebat berterusan tahap buruk diramal berlaku di Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Pahang (Temerloh, Maran dan Pekan); Sepang (Selangor); Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Jelebu (Negeri Sembilan).

MetMalaysia juga mengeluarkan amaran waspada hujan berterusan di seluruh Perlis; Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak) dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).

Keadaan cuaca sama turut diramal berlaku di seluruh Terengganu, Melaka, Pahang (Bera dan Rompin); Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat).

- Bernama

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-