Showing posts with label Mr Os. Show all posts
Showing posts with label Mr Os. Show all posts

Friday, April 8, 2016

Pelawak Mr Os meninggal dunia

Anne Muhammad Hari ini, 4:24 petang Hari ini, 5:00 petang
Pelakon dan pelawak Mr Os meninggal dunia pada jam tiga petang hari ini di Hospital Selayang, Kuala Lumpur.

Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid meninggal dunia kerana masalah barah paru-paru.

Berita menyedihkan itu disahkan sendiri anak Mr Os, Husna, kepada Malaysiakinisebentar tadi.

“Ya, betul, ayah saya telah meninggal” katanya ketika menjawab soalanMalaysiakini.

Husna turut menyampaikan berita itu di Facebook beliau. Begitu juga seorang lagi anak perempuan Mr Os, Haryatie.

“Perginya seorang seniman Mohd Yusof bin Abdul Hamid @ Mr Os buat selama-lamanya. Allah beri hari yang terbaik, waktu yang terbaik di usianya 55 tahun.

“Kau ampunkan segala dosa-dosanya, kau tempatkan Abah di kalangan orang-orang yang beriman. Kita jumpa di sana Abah.

"Abah pergi dengan tenang dan berwuduk selepas solat tadi. Kami semua sayangkan Abah,” tulisnya.

[Berita penuh menyusul]

Sunday, January 31, 2016

Mr Os masuk Pas?

RAZIATUL HANUM A.RAJAK
31 Januari 2016


SHAH ALAM – Pelawak terkenal, Mr Os muncul atas pentas Pas ketika Sambutan 63 Tahun Pas Perlis menimbulkan tanda tanya selepas gambar berkenaan dimuatnaik oleh laman Facebook rasmi, Pemuda Pas (DPP Malaysia official), hari ini.

Kapsyen pada gambar itu berbunyi, “Gambar ini diambil semasa berlangsungnya program Sambutan 63 Tahun Pas Perlis semalam. Subhanallah. Alhamdulillah. ALLAHUAKBAR.”

Sinar Online sedang berusaha menghubungi Mr Os atau nama sebenarnya Yusof Hamid bagi mendapat pengesahan beliau.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan ketika diminta respons berhubung perkara itu berkata tidak pasti mengenai dakwaan tersebut.

“Saya tidak pasti mengenai penyertaan sebagai ahli Pas. Nanti saya semak. Cuma yang pasti beliau begitu mesra dengan Pas dan menghadiri beberapa program Pas mutakhir ini,” katanya kepada Sinar Online.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Pas menerima penyertaan beberapa artis tempatan seperti Bob Lokman, Hairie Othman, Aisyah dan Abby Abadi.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-