Showing posts with label Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Show all posts
Showing posts with label Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Show all posts

Thursday, August 17, 2017

Liwat: Dr Mahathir perlu mohon maaf

RIZAL TAHIR 
 17 AUGUST 2017
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed perlu memohon maaf secara terbuka pada bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuduhan liwat pada 1998.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, sekiranya tuduhan itu palsu, Dr Mahathir perlu memohon maaf kerana mengaibkan Anuar.

"Kalau betul tuduhan itu tuduhan palsu, pada pandangan saya Dr Mahathir perlu minta maaf secara terbuka.

“Benda ni (tuduh liwat) mengaibkan Anwar dan keluarganya, bukan benda kecil, dah jadi isu negara, dunia,” katanya di Kota Bharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mencabar Dr Mahathir menjelaskan kepada rakyat mengenai kenyataannya terhadap Anwar pada September 1998.

Pada 22 September 1998 Dr Mahathir dilapor mendakwa Anwar terbabit dalam perlakuan luar tabii dan tidak layak menjadi pemimpin negara.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, sekiranya benar dakwaannya selama ini, bagaimana sekarang beliau boleh bersama Anwar. 

HARAKAHDAILY 
   17/8/2017

Tuesday, February 28, 2017

PAS tidak boleh ditegur, kata Mahfuz Omar

Mohamad Fadli
February 28, 2017

Mahfuz menjawab tuduhan beliau 'duri dalam daging' kerana kerap mempersoalkan parti.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata akan terus menegur dan memberikan pandangannya terhadap partinya PAS walaupun menerima desakan supaya keluar parti.

Katanya, tindakan PAS itu menunjukkan partinya tidak boleh ditegur sekiranya mempunyai pandangan yang berbeza.

“Desakan supaya saya meninggalkan PAS… memberikan gambaran PAS tidak boleh ditegur.

Ahad lalu, Pemangku Yang Dipertua (YDP) PAS Pokok Sena, Wan Romani Wan Salim berkata Mahfuz perlu menyertai parti lain daripada terus mengecam parti sendiri.

Wan Romani menyifatkan Mahfuz “duri dalam daging”, dan berkata tindakannya yang sering mengkritik dasar parti menunjukkan beliau bukan lagi ahli PAS.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pernah mencabar Mahfuz keluar parti, kerana dilihat lebih senada dengan ahli Parlimen pembangkang lain.

Mahfuz yang mengetuai PAS Pokok Sena sebelum ini mengisytiharkan dirinya bercuti selama 9 bulan bermula 1 Febuari hingga 30 Oktober 2016, bagaimanapun beliau dilaporkan tidak meneruskan jawatan itu selepas tempoh tersebut.

November lalu, PAS Pokok Sena mengeluarkan surat kepada Mahfuz menamatkan jawatannya sebagai YDP dan AJK PAS Pokok Sena, dan melantik Wan Romani sebagai pemangku YDP.

Mahfuz berkata akan terus menegur partinya bagi merealisasikan impiannya untuk melihat PAS bersama Pakatan Harapan dan pembangkang lain.

“Saya akan teruskan menegur parti dan memberikan pandangan terbuka untuk membawa PAS bersama pakatan pembangkang,” katanya.

PAS tidak bersama dengan Pakatan Harapan kerana bermusuhan dengan DAP dan Amanah. Ia juga sehingga kini tidak mengadakan sebarang persefahaman untuk memastikan satu lawan satu pada pilihan raya umum akan datang.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-