Showing posts with label Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Show all posts
Showing posts with label Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Show all posts

Friday, April 12, 2019

ECRL lalu Negeri Sembilan bukan ‘gula-gula PRK’, kata TPM

Diterbitkan 51 minit yang lalu pada 12 April 2019

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata adalah tidak mustahil untuk PH memenangi kerusi DUN Rantau pada PRK esok.
 — Foto Bernama

SEREMBAN, 12 April Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan bahawa Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang disambung semula bukanlah ‘gula-gula’ untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Timbalan Perdana Menteri berkata semakan semula projek berkenaan termasuk mengubah jajaran untuk memberi faedah kepada Negeri Sembilan itu telah dibuat sejak sekian lama.

“Semakan semula dibuat supaya ia lebih sesuai dan lebih beri kesan...ECRL menjurus kepada merangsang pembangunan ekonomi dan bukan ‘gula-gula’.

“Bukan ‘gula-gula (kerana) sebab PRK kita nak buat, tetapi untuk memulihkan ekonomi negara,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni warga emas, Miri Abdul Manan, 95, antara pengundi tertua pada PRK berkenaan.

Projek ECRL berkenaan diumum disambung semula pada kos lebih rendah susulan permeteraian perjanjian tambahan (SA) antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC).

Kos pembinaan Fasa 1 dan 2 ECRL kini dikurangkan kepada RM44 bilion, pengurangan sebanyak RM21.5 bilion daripada kos asalnya RM65.5 bilion.

Wakil Khas Perdana Menteri Tun Daim Zainuddin yang mengetuai rundingan dilapor berkata bahawa pembinaan ECRL berkenaan akan menyaksikan jajaran baharu iaitu Kota Bharu-Mentakab-Jelebu-Kuala Kelawang-Bangi/Kajang-Putrajaya dan seterusnya Pelabuhan Klang.

Projek ECRL itu dimulakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini dan digantung tahun lepas oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) berikutan membabitkan kos yang tinggi.

Sementara, Dr Wan Azizah, yang juga Presiden PH, dalam ucapan ringkasnya pada program ramah mesra bersama penduduk Kampung Pasir Linsum, berkata adalah tidak mustahil untuk PH memenangi kerusi DUN Rantau pada PRK esok.

“Jangan lupa saya pun tak sangka saya jadi timbalan perdana menteri, jadi boleh kita menang (PRK) insya-Allah, jadi kita kena kerja kuatlah,” katanya.

Justeru, beliau menyeru pengundi di Rantau agar menyokong dan memberi kepercayaan kepada calon PH, Dr S. Streram untuk menjadi wakil rakyat di kawasan itu.

PRK Rantau ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH Dr S Streram, calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua calon bebas iaitu suri rumah R.Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.

 — Bernama

Sunday, April 7, 2019

Jajaran ECRL akan diubah

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
- Foto Bernama

SEREMBAN:  Jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disahkan akan diubah dengan memberi manfaat kepada Negeri Sembilan sekiranya ia diteruskan selepas rundingan diadakan dengan kerajaan China, hujung bulan ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang mengesahkan perkara berkenaan, berkata keputusan ini dijangka dicapai dalam lawatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke China yang antara lain akan membincangkan untuk mengurangkan kos pembinaan projek mega berkenaan.

“Saya sebagai Menteri Pengangkutan boleh sahkan apa dikatakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (semalam) memang betul projek ECRL sedang dirunding dan akan ada keputusan dalam beberapa minggu ini sebab Tun Dr Mahathir akan pergi ke China akhir bulan ini.

“Kalau berjaya confirm (sah) Negeri Sembilan akan dapat tempias kerana kita nak fokus pembangunan,” katanya dalam sesi ceramah Pakatan Harapan pada kempen Pilihan Raya (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, di sini, malam ini.

Semalam, Lim dalam ceramahnya pada kempen PRK DUN Rantau antara lain memberi bayangan projek berkenaan akan diteruskan sekiranya kos pembinaannya dapat dikurangkan sehingga RM35 bilion daripada kos asal RM66 bilion.

Beliau turut memberi bayangan bahawa jajaran sistem rel berkenaan akan berubah dan akan membawa manfaat untuk Negeri Sembilan. 

BERNAMA

Friday, August 24, 2018

Selepas Umum Batal ECRL, Dr Mahathir Kata Kerajaan Sedang Kaji Semula Keputusan

SUARA TV
Suara Tanpa Sempadan
Abdul Mursyid Zainuddin
August 24, 2018


PETALING JAYA – Kerajaan sedang mengkaji sama ada akan menangguhkan atau mencari kaedah lain untuk melaksanakan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan projek lain yang berkaitan dengan China.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kajian itu perlu dilakukan bagi mengelak kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk projek berkenaan.

“Jika boleh, kita ingin menggugurkan projek terbabit atau menangguhkannya buat sementara atau kita mencari kaedah lain dengan menyerahkan projek itu kepada pihak lain.

“Buat masa ini kita masih mengkaji sama tangguh semua dan cari jalan lain yang tidak akan membebankan kewangan negara,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan sesi townhall bersama Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai status pelaksanaan ECRL dan projek lain susulan lawatan rasminya ke China baru-baru ini.

Dr Mahathir dalam lawatan kerjanya itu mengumumkan pembatalan projek ECRL dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP).

Sementara itu, Dr Mahathir menafikan dakwaan kononnya lawatan beliau ke China adalah untuk mendapatkan pinjaman dalam matawang Yuan daripada republik berkenaan.

“Tidak, kita sudah cukup pinjam daripada China,” katanya.

Ditanya mengenai permintaan Malaysia untuk meminjam dalam matawang Yen dari Jepun, beliau berkata perkara itu sedang diuruskan.

“Kita tidak pergi ke pejabat Perdana Menteri (Jepun) dan (kata) tolong beri kami Yen, kita perlu melakukannya mengikut prosedur.

Sekarang pegawai kami sedang menguruskan soal (pinjaman) Yen,” katanya.

 – BH

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-