Showing posts with label Timbalan Ketua Polis Negara. Show all posts
Showing posts with label Timbalan Ketua Polis Negara. Show all posts

Sunday, December 24, 2017

Isa dah pindah

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
Kediaman bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Abdul Samad dipercayai tidak diduduki hampir dua tahun di Taman Lavender Heights, Senawang. FOTO Hazreen Mohamad

USAHA mendapatkan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad di kediamannya di Senawang, Seremban, gagal apabila beliau dikatakan tidak lagi menghuni kediaman itu.

Kehadiran wartawan di kediaman itu adalah bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu pindah milik tanah FELDA di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Tinjauan di rumah yang pernah didiami beliau dan isteri, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid mendapati tiada penghuni.

Seorang jiran yang enggan dikenali mengesahkan Isa sekeluarga sudah berpindah dan tidak tinggal di situ sejak dua tahun lalu.

Terdahulu, polis mewujudkan pasukan khas bagi menjalankan siasatan berhubung kes pemindahan transaksi yang diragui terhadap hak milik tanah Felda Investment Corporations Sdn Bhd (FIC).

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim memaklumkan pihaknya sedang mengumpulkan bukti dan keterangan sebelum sebarang tindakan lanjut diambil selepas satu laporan polis dibuat oleh pengurusan Felda.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan memanggil Isa untuk membantu siasatan.

Berita berkaitan

• Isa Samad elak bertemu wartawan

• Shahrir 'terpegun' mudahnya FELDA hilang tanah

• 'RM200 juta tuu...bukannya sikit!'

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Disember 2017 @ 7:29 PM

Saturday, November 7, 2015

Kertas siasatan atas Dr Mahathir hampir siap, kata polis

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata siasatan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad akan disiapkan dalam seminggu dua. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 November, 2015.

Kertas siasatan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melibatkan dakwaan fitnah akan dihantar kepada pendakwa raya dalam tempoh dua minggu akan datang, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, menurut Astro Awani.

Noor Rashid dilaporkan memberitahu media hari ini, kertas siasatan itu akan disiapkan "secepat mungkin, mungkin dalam satu atau dua minggu".

"Kita ada buka kertas siasatan terhadap Dr Mahathir berhubung beberapa insiden, termasuk perhimpunan Bersih 4.

"Dan, tujuan merakamkan keterangan Dr Mahathir pada semalam adalah sebagai usaha melengkapkan dan mengkaji siasatan, sebelum kita merujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya.

"Kertas sisatan ini akan disiap secepat mungkin. Mungkin dalam seminggu atau dalam dua minggu," beliau dipetik berkata menurut portal badan penyiar itu. – 7 November, 2015.

MENYUSUL LAGI

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kertas-siasatan-atas-dr-mahathir-hampir-siap-kata-polis#sthash.vc7gkn07.dpuf

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-