Ari ni Wak mau cerita sikit tentang ayam belanda bake besar. Gambar kat atas ni Wak kasi tunjuk ayam belanda dara, masih belum mau kawin. Umur nya baru lima bulan, berat badan nya baru 6 kg. Ayam belanda jenis ni kalau dah capai umur 8 bulan boleh sampai 8 atau 9 kg. Itu baru yang betina. Kalau yang jantan ianya boleh capai hingga 15 kg.
Sebenar nya jika kita mau ayam belanda ni cepat besar dan gemuk badan nya, kita perlu tahu menjaga kesihatan dan makanan nya, itu sangat penting. Jika kita cuma tahu kasi makan dedak pelet atau lebih2 nasi sejuk aje tentu kesihatan dan pembesaran nya akan terbantut. Ayan belanda bake besar boleh jadi kecil aje macam ayam belanda bonsai.
Selain memberikan makan yang seimbang kita juga perlu memberi kan bitamin2 dan ubat cacing. Ayam belanda ni juga perlukan exercise yang cukup, ia perlu kawasan lapang yang luas serta banyak rumput untuk berlari2, melompat dan terbang sekali sekala. Satu lagi perkara ialah tentang tempat tidur nya. Ayam belanda ni perlu tidur bertenggek jadi mesti perlu di adakan tempat ia bertenggek.
Kalau mau pelihara ayam belanda kita kena perlu belajar sikit2 tentang ilmu membela ayam belanda. Ayam belanda tidak sama macam ayam kampung atau ayam daging. Semasa kecil baru menetas ianya perlu jagaan yang rafi, kalau tidak ianya banyak yang menemui ajal kerana berbagai penyakit. Dulu2 semasa Wak mula2 bela, dari dua puluh ekor anak nya cuma lima ekor saja yang hidup, lima belas ekor mati dalam masa seminggu sahaja.
Kalau ada kesempatan nanti Wak akan cerita macam mana cara menjaga anak ayam belanda yang baru menetas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
"31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
(Khasiat Buah Belimbing Manis serta Bahaya Belimbing Manis) – Belimbing Manis (Averrhoa Carambola L.) atau dalam bahasa Inggris disebut s...
-
Sebener nye Wak bukan nye tak suke Pakatan Rakyat berdemo ni. Kan kite pun nak juge tunjukan perasaan tidak puas hati tentang perkare2 y...
-
Wak tak heran kalu Datuk Zahid ni mahu bertindak sebegitu keras terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Memang nye sudah menjadi resam dunie, a...
-
Senior Editor “Pakar sejarah negara, mendiang Prof Khoo Kay Kim pernah berkata, apabila bercakap soal Pendidikan Cina. Kata Khoo, British ha...
-
FMT Reporters October 1 6, 2017 Pegawai Jakim itu menghantar mesej 'perjuangan' di samping diangkat sebagai pejuang kebenaran oleh ...
-
Carta kedudukan penyokong PAS yang sebenar Orang melayu yang masih setia menyokong UMNO jangan panik melihat PR memenangi hampir kesemua PRK...
-
Bagan Pinang adalah kubu kuat BN/UMNO. Penduduk kaum melayu/Islam tetap berpegang kuat untuk mempertahankan kuasa politik melayu/Islam. P...
Salam Wak-Labu,
ReplyDeleteWow, ayam belanda ... Saya belum pernah memakannya. Ramai orang kata cukup sedap ...
Mungkin juga nak cuba memeliharanya di SantaiD'Rimba. Tapi tunggu panduan dari Wak-Labu dulu ...
Tahniah dan terima kasih kerana beri panduan.
W'salam Prop,
DeleteTerutama terima kasih yang tak terhingga kerana sudi juga lawati blog Wak yang kurang sempurna ni.
Ayam belanda ni memang sedap, kalau masak rendang tok tak payah cerita le sedapnya.
SantaiD'Rimba memang sesuai untuk ternakan ayam belanda sebab banyak rumput. Ayam belanda memang suka makan rumput. Ape jenis rumput pun dia bantai habis.
Salam Wak-Labu,
ReplyDeleteBegitu ke? Sebelum ni saya tak tahu ayam belanda makan rumput. Kalau makan rumput memang sedap dagingnya. Isteri saya dah pujuk suruh saya bela ayam ni di SantaiD'Rimba. Semalam hanya hukum harus, hari ni dah naik hukum sunat saya bela ayam ni ... he he he ...