Showing posts with label calon BN. Show all posts
Showing posts with label calon BN. Show all posts

Monday, November 8, 2021

‘Saya boleh cakap Melayu’

malaysiakini.com
Diterbitkan: Nov 8, 2021 1:40 PM

Dikemaskini: 4:19 PM

Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Leong Hui Ying menafikan video tular memaparkannya tidak boleh bertutur bahasa kebangsaan.

Melalui klip video berbeza, Leong memohon orang ramai agar tidak mudah percaya dengan dakwaan itu.

Dia sebaliknya berharap terus diberikan sokongan.

“Helo semua. Semalam saya dapat video tular di media sosial bahawa saya tak boleh cakap bahasa Melayu. Tapi tak mengapa, ramai orang tahu saya boleh cakap bahasa Melayu.

“Video tular tu mungkin boleh membawa masalah. Jangan mudah salah faham mengenai perkara begini, saya harap diberikan sokongan. Terima kasih,” katanya.

Video penjelasan itu dikongsi dalam kumpulan Whatsapp semalam.

‘Soalan pun tak faham’

Terdahulu, berlegar di Twitter rakaman video berdurasi 58 saat memaparkan Leong diwawancara petugas media.

Ketika itu, dia antaranya diajukan beberapa soalan berkaitan kredibilitinya untuk membawa kestabilan politik di Melaka.

Bagaimanapun, soalan itu tidak dapat dijawab oleh Leong.

Turut mengiringi video dimuat naik @Gang_Utara itu kapsyen berbunyi: “Tak reti cakap bahasa kebangsaan. Soalan pun tak faham.”

Pada soalan berikutnya pula, Leong hanya memberikan jawapan ringkas.

“I will try my best (saya akan cuba yang terbaik),” responnya ketika ditanya soalan bagaimana ingin bersaing dengan senior dalam politik.

Monday, May 30, 2016

Mastura tak perlu hadir penamaan calon

Peraturan SPR tidak mengkehendaki calon berbuat demikian, sebaliknya pencadang dan penyokong yang perlu menghadiri proses penamaan calon.
KUALA KANGSAR: Datin Mastura Mohd Yazid yang dinamakan sebagai calon BN bagi PRK Kuala Kangsar tidak perlu menghadiri penamaan calon pada 5 Jun ini kerana masih dalam tempoh edah selepas kematian suaminya.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengkehendaki calon berbuat demikian, sebaliknya pencadang dan penyokong yang perlu menghadiri proses penamaan calon.

“Orang yang mencadang dan menyokong perlu hadir, calon tidak perlu hadir. Oleh itu, Datin Mastura tidak perlu hadir,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Hospital Kuala Kangsar semalam.

Beliau mengulas kenyataan Mastura, 55, menerusi satu tayangan video bahawa beliau tidak dapat menyertai kempen bermula 5 Jun ini kerana masih dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana ditetapkan Islam apabila kematian suami.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mastura yang juga balu Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad sebagai calon BN bagi PRK Kuala Kangsar.

Ditanya sama ada Mastura akan diwakilkan anaknya, Annuar berkata: “Dalam peraturan pilihan raya, calon dibenar untuk melantik wakilnya.

“Datin Mastura ada wakil-wakil calonnya, jadi tidak semestinya anaknya atau mungkin sesiapa sahaja,” katanya.

Pada PRU ke-13, Wan Mohammad Khair-il Annuar memperoleh majoriti 1,082 undi menewaskan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas, Datuk Kamilia Ibrahim.

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian penyandangnya dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
– BERNAMA

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-