Showing posts with label daging babi. Show all posts
Showing posts with label daging babi. Show all posts

Wednesday, December 23, 2020

Produk makanan berasaskan babi dari Korea dirampas

Oleh Ruwaida Md Zain - Disember 23, 2020 @ 12:05pm
bhnews@bh.com.my

JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Selangor menahan dan merampas produk makanan sedia dimakan berasaskan daging babi dari Korea. NSTP/IHSAN MAQIS

PELABUHAN KLANG: Sejumlah 354.96 kilogram produk makanan sedia dimakan berasaskan daging babi dari Korea bernilai RM9,403.29 dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Selangor, Ahad lalu.

Pengarah MAQIS Negeri Selangor, Dr Tarmisal Alimin, berkata produk tanpa permit import MAQIS yang sah itu dirampas di Pelabuhan Klang Utara, di sini kira-kira jam 10 pagi.

"Kesemua barang dagangan itu dirampas untuk tindakan lanjut kerana tidak mempunyai permit import yang sah ketika kemasukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tarmisal berkata, perbuatan mengimport apa juga jenis keluaran pertanian tanpa permit import yang sah daripada MAQIS adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

"Jika sabit kesalahan, boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) Akta yang sama dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Thursday, October 27, 2016

Burger daging babi berjenama Melayu.......

Burger daging babi: KPDNKK akan ambil tindakan‎
 : WARTAWAN SINAR HARIAN :

Hamzah Zainudin : 
PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan ke atas pengusaha restoran yang bertanggungjawab mengeluarkan burger daging babi menggunakan nama P Ramly.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, KPDNKK mempunyai akta boleh diambil tindakan ke atas mana-mana pengusaha yang mengelirukan pengguna.

Beliau berkata, pihaknya telah menyiasat pengusaha jualan burger babi di restoran di Lembah Klang, Melaka dan Negeri Sembilan.

“Penguat kuasa kita berjumpa pengusaha terbabit dan membincangkan perkara ini kelmarin. Kita akan ambil tindakan sepatutnya jika kita pasti mereka buat kesalahan mengikut peruntukan sedia ada,” katanya.

Difahamkan, menu baharu itu diperkenal sempena sambutan Hari Merdeka dengan harga RM9.90 satu set.

Ia menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pelanggan beragama Islam, yang mendakwa mereka keliru burger P Ramly adalah burger keluaran syarikat Bumiputera, jenama Ramly Burger berstatus halal.

Memetik laporan sebuah akhbar semalam, pengeluar daging burger Ramly Food Processing Sdn Bhd turut mempertikai kelewatan pihak berkuasa bertindak selepas mereka mengemukakan aduan sejak tiga minggu lalu.

Mereka turut mempersoal tindakan pihak berkenaan menggunakan nama Ramly yang juga mirip seniman agung negara, Tan Sri P Ramlee.

Sementara itu, pemilik restoran tersebut, Ninja Joe melalui Facebooknya menyatakan, mereka akan terus jual burger tersebut dan hanya akan menukar nama lain.

Menurutnya, perkataan Ramly untuk burger daging babi itu adalah penghormatan kepada jenama Ramly sebagai pengeluar burger ternama di negara ini, tiada kaitan dengan pelakon P Ramlee dan ia satu kebetulan.

Difahamkan, huruf ‘P’ merujuk daging babi, ‘Pork Ramly’.

Thursday, July 9, 2015

Kalau di Negara Islam bukan Malaysia, dah tentu sikafir ni dah kena pancung..........?

Padah baling daging babi dalam masjid

shamsulmunir@hmetro.com.my

Butterworth: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan ke atas lelaki berusia 41 tahun yang mengaku bersalah atas pertuduhan membaling cebisan daging babi ke dalam kawasan Masjid Jamek Telaga Air, Butterworth, 6 Februari lalu.

Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab menjatuhkan hukuman berkenaan selepas tertuduh Lee Tian Chong mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa.

Berdasarkan fakta kes, Tian Chong didakwa dengan sengaja telah mencemarkan rumah ibadah orang Islam dengan membaling cebisan daging babi ke dalam kawasan masjid berkenaan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana dengan niat mengaibkan agama dan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.


Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2015 @ 4:31 PM


TERTUDUH Lee (kiri) mengaku bersalah dan dihukum penjara tiga bulan. FOTO Amir Irsyad Omar

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63279#sthash.SuUGJwmW.dpuf

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-