Showing posts with label kerajaan Australia. Show all posts
Showing posts with label kerajaan Australia. Show all posts

Tuesday, July 14, 2015

Laporan: M'sia halang permintaan info skandal dari Australia


Putrajaya didakwa “menghalang” permintaan kerajaan Australia untuk mendapatkan maklumat berhubung skandal yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Laporan Fairfax Media yang disiarkan dalamSydney Morning Heralditu mendakwa kerajaan Malaysia tidak endah pada permintaan bantuan bersama rasmi dariapda Jabatan Peguam Negara Commonwealth.

Permohonan itu, dakwa laporan itu, untuk menyerahkan maklumat sensitif berkaitan urus niaga kewangan kumpulan orang tengah Malaysia dalam kes rasuah penting di Australia.

Laporan itu menyebut bahawa Fairfax Media mendedahkan bahawa skandal itu sensitif di Malaysia kerana orang tengah disyaki terlibat dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan individu dalam pejabat Najib dan Abdullah.

Dakwaan itu berkaitan cetakan wang kertas polimer yang dikeluarkan oleh firma Australian Reserve Bank.

[Baca berita asal]

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-