Showing posts with label meliwat. Show all posts
Showing posts with label meliwat. Show all posts

Tuesday, June 29, 2021

Rayuan Anwar ketepi sabitan liwat ditangguh 9 Sept

FMT Reporters
-June 29, 2021 6:14 PM

Anwar Ibrahim dalam samannya mendakwa Muhammad Shafee Abdullah menerima RM9.5 juta daripada bekas perdana menteri Najib Razak untuk mengetuai pasukan pendakwaan pada 2013.

PUTRAJAYA: Rayuan Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman kerana sabitan meliwat bekas pembantunya dijadualkan semula pada 9 September selepas pencelah memohon penangguhan.

Peguam Sarah Abishegam, yang hadir bagi pihak pencelah, Muhammad Shafee Abdullah berkata, mereka meminta penangguhan itu kerana “kesukaran semasa perintah sekatan yang berterusan.”

Perbicaraan maya dijadualkan hari ini.

Shafee, melalui peguamnya Shafee & Co, sebelumnya menulis surat kepada timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan untuk meminta penangguhan tersebut.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Hairi Haron hari ini menetapkan 9 September selepas mengadakan pengurusan kes secara maya.

Peguam J Leela berkata, peguam utama Anwar, Gopal Sri Ram dan kerajaan, yang menjadi responden, bersedia untuk membuat penghujahan.

Peguam Kanan Persekutuan S Narkunavathy pula mewakili kerajaan.

Pada 2017, Mahkamah Tinggi membatalkan saman pemula Anwar dengan alasan bahawa kes itu tidak berasas dan adalah satu penyalahgunaan proses pengadilan.

Presiden PKR itu mendakwa tidak mendapat perbicaraan yang adil dalam rayuan terhadap sabitan kes liwatnya.

Anwar mendakwa Shafee menerima RM9.5 juta daripada bekas perdana menteri Najib Razak untuk mengetuai pasukan pendakwaan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mulai 2013.

Pada awal September 2018, Siti Rahayu Mohd Mumazaini, yang berkhidmat di bawah bekas peguam negara Tommy Thomas mengemukakan afidavit menyokong rayuan Anwar bagi mengembalikan samannya yang dibuat terhadap kerajaan.

Siti Rahayu berkata, cek tersebut dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Shafee pada 13 Sept 2013 dan 17 Feb 2014.

Mahkamah Rayuan menolak permohonan Shafee untuk membatalkan afidavit Siti Rahayu dan menyoal balas saksi itu.

Namun mahkamah membenarkan Shafee menjadi pencelah dalam rayuan Anwar.

Wednesday, July 18, 2018

Mahkamah dengar rayuan kes liwat Anwar September ini

Bernama | July 18, 2018

Ketua Umum PH Anwar Ibrahim mengembalikan samannya terhadap kerajaan berhubung sabitannya bagi meliwat.
Anwar Ibrahim memfailkan saman pemula pada 9 Jun 2017, mendakwa beliau tidak mendapat perbicaraan yang adil dalam rayuan terhadap sabitannya bagi meliwat. (Gambar Reuters)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 14 September untuk mendengar rayuan Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengembalikan samannya terhadap kerajaan berhubung sabitannya bagi meliwat.

Timbalan Pendaftar Haslina Basarudin menetapkan tarikh itu selepas perkara itu dikemukakan bagi pengurusan kes di hadapannya hari ini.

Peguam J Leela yang mewakili Anwar dan peguam kanan persekutuan Mazlifah Ayob bagi pihak kerajaan, turut hadir pada prosiding pengurusan kes itu.

Pada 8 November tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan saman itu selepas membenarkan permohonan kerajaan.

Anwar memfailkan saman pemula pada 9 Jun, 2017, mendakwa beliau tidak mendapat perbicaraan yang adil dalam rayuan terhadap sabitannya bagi meliwat.

Anwar memohon pengisytiharan sabitannya yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 adalah ultra vires terhadap Perlembagaan Persekutuan dan dengan itu adalah batal dan tidak sah.

Beliau juga memohon satu perintah keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan adalah ultra vires dan dengan itu adalah batal dan tidak sah.

Dalam afidavitnya, Anwar mendakwa peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerima RM9.5 juta daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan berhubung sabitannya bagi meliwat.

Kerajaan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman Anwar atas alasan ia remeh-temeh dan tidak sebab untuk tindakan dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Azizah Nawawi memutuskan kes Anwar itu adalah tidak berasas dan tanpa sebarang keterangan sokongan.

Anwar disabitkan dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan. Anwar, bagaimanapun diberikan pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei tahun ini.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-