Showing posts with label mengadap Agong. Show all posts
Showing posts with label mengadap Agong. Show all posts

Thursday, August 19, 2021

LANGSUNG | MP Bersatu, Umno dan bebas kumpulan kedua menghadap Agong

malaysiakini.com
Pasukan Malaysiakini
Diterbitkan 19 Aug 2021, 9:56 am
Dikemaskini 11:10 am

LANGSUNG | Yang di-Pertuan Agong dijadual menerima menghadap 114 ahli parlimen hari ini , yang sebelum ini sebahagian atau menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dalam sesi hari ini, Agong dijangka mengesahkan sokongan mereka terhadap Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Malaysiakini melaporkan perkembangan ini secara langsung.

Muhyiddin, Azmin, Najib antara kumpulan kedua menghadap Agong

10.40 pagi: Bas-bas yang membawa sejumlah MP serta beberapa kenderaan pelbagai guna (MPV) tiba di Istana Negara.

Antara yang dilihat dalam bas itu adalah dua ahli parlimen Umno, Salim Sharif (Jempol) dan Shahidan Kassim (Arau).

Kumpulan kedua ini - seramai 25 orang - merangkumi ahli parlimen Bersatu, Umno dan bebas.

Mereka termasuklah Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin (Pagoh), Azmin Ali (Gombak), Dr Xavier Jayakumar (Kuala Langat), Larry Sng (Julau), Khairy Jamaluddin (Rembau) dan Najib Razak (Pekan).

Sng menaiki bas kedua - dipercayai membawa ahli parlimen Bersatu - yang tiba tidak lama selepas bas yang membawa ahli parlimen Umno.

Terdahulu, senarai menunjukkan Muhyiddin dan Azmil dijadual menghadap pada pukul 11 pagi, namun senarai kemas kini menyatakan mereka akan menghadap di sebelah petang.
10.10 pagi: Setakat ini tiada pergerakan ahli parlimen memasuki Istana Negara, menandakan sesi menghadap wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak berkemungkinan besar dibuat menerusi telesidang.

Antara tokoh yang tiba di Istana Negara sebentar tadi adalah Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali dan Peguam Negara Idrus Harun.

Sementara itu, pembangkang menyatakan mereka tidak menerima jemputan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Sesi menghadap dimulakan dengan MP Sabah dan Sarawak

9.30 pagi: Kumpulan pertama ahli parlimen - seramai 24 orang - yang dijadual menghadap Agong adalah daripada Sabah dan Sarawak.

Ia termasuk 18 orang dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan lima orang dari Bersatu Sabah.

Tidak dapat dipastikan sama ada mereka mengadap Agong di Istana Negara atau melalui telesidang.

Semalam, terdapat keraguan sama ada GPS akan menyokong Ismail Sabri sebagai perdana menteri, selepas gabungan itu enggan mendedahkan nama yang dihantar mereka kepada Agong.

Friday, October 23, 2020

PM tiba di Istana Abdulaziz

 Bernama

-October 23, 2020 5:42 PM
(Gambar Bernama)

KUANTAN: Perdana Menteri Muhyidddin Yassin tiba di Istana Abdulaziz hari ini, bagi menghadap Agong.

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri dilihat memasuki pagar Istana Abdulaziz pada kira-kira 4.40 petang, diiringi pasukan keselamatan dan sejumlah kenderaan rasmi kerajaan Pahang.

Turut kelihatan memasuki Istana Abdulaziz ialah kenderaan rasmi Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Affendi Buang.

Pengamal media mula berkumpul di laluan masuk ke istana itu seawal 2.30 petang, selepas ura-ura Perdana Menteri akan menghadap Agong mula tersebar sejak tengah hari tadi.

Thursday, June 4, 2020

Selepas kuarantin, Muhyiddin mulakan tugas dengan menghadap Agong

FMT Reporters
-June 4, 2020 1:00 PM

Perdana menteri menghadap Agong bagi sesi pra-Kabinet menerusi sidang video di Perdana Putra hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memulakan tugas selepas menjalani kuarantin selama 14 hari dengan mengadap Agong bagi sesi pra-Kabinet menerusi sidang video.

Perdana menteri kemudian mempengerusi mesyuarat Kabinet yang dihadiri semua anggota.

“Mesyuarat Kabinet hari ini diadakan secara persidangan video di mana menteri-menteri Kabinet berada di 2 bilik mesyuarat berasingan di bangunan Perdana Putra,” kata kenyataan di Facebook.

Langkah julung kali itu bagi mejamin penjagaan kesihatan yang ketat dan penjarakkan sosial, selepas perdana menteri dikuarantin pada 22 Mei selepas seorang pegawai tinggi kerajaan yang hadir pada mesyuarat pasca-Kabinet disahkan positif Covid-19.

Sepanjang tempoh kuarantin, Muhyiddin bertugas dari rumahnya.

“Pada 2 Jun, perdana menteri sekali lagi menjalani ujian saringan Covid-19 dan disahkan negatif,” katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-