Showing posts with label parti gay. Show all posts
Showing posts with label parti gay. Show all posts

Friday, August 24, 2018

Kerajaan tak akan luluskan parti gay

NURULFATIHA MUAH
24 OGOS 2018

Khalid Samad. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Kerajaan tidak akan meluluskan sebarang program berkaitan parti gay yang diadakan pihak tidak bertanggungjawab di ibu negara, awal bulan depan.

Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima permohonan daripada mana-mana pihak berhubung penganjuran program sedemikian.

Bagaimanapun, katanya, jika ada laporan dibuat, Kementerian Wilayah akan melakukan siasatan dan mengambil tindakan lanjut.

"Kalau orang buat (anjurkan program berunsur seperti pesta gay), kemudian mereka iklankan, kita akan cari di mana lokasinya dan sebagainya. Namun, setakat ini, kami tidak menerima apa-apa permohonan.

"Ada pihak tertentu iklankan dalam Internet dan kita pun tidak tahu kecuali kalau memang kita cari (maklumat itu). Lagipun kita tidak pasti sejauh mana kebenaran iklan itu," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pesta gay anjuran pihak tidak bertanggungjawab di Kuala Lumpur awal bulan depan, menerusi promosi di laman sesawang.

Sementara itu, Khalid turut meminta orang ramai supaya membuat aduan menerusi jabatan aduan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) jika menerima maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan seperti pesta berkenaan.

"Kalau ada laporan, kita akan ambil tindakan.

"Kebiasaannya, mereka yang lakukan program secara haram ini ada 'complicated style of messaging'. Maksudnya bila sudah daftar dalam satu web, kemudian mereka akan diberi maklumat tambahan dan dari situ baru tahu alamat sebenar lokasi program berkenaan, bukan seperti yang dipromosi dalam iklan," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Khalid berkata, beliau menerusi peguamnya akan memfailkan saman dalam tempoh terdekat ini terhadap Pengerusi Gerakan Muslimah, Wan Asshima Kamaruddin berhubung dakwaan yang mengaitkan beliau dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menganjurkan pesta gay terbesar di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Khalid fail saman berhubung dakwaan anjur pesta gay]

Pada 20 Ogos lalu, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Wilayah, Zulhazmi Shariff dan Pegawai Tugas-Tugas KHas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hisham Fauzi membuat laporan polis susulan dakwaan dibuat Wan Asshima.

Wan Asshima sebelum ini didakwa menuduh Khalid dan Mujahid membenarkan penganjuran pesta gay besar-besaran melalui video di laman Facebook miliknya, namun ia telah dipadam.

Sunday, August 19, 2018

Kerajaan didesak batalkan pesta gay terbesar di KL

Berita UtamaUtama
tyrazalhe 18/08/2018

Penganjur tidak hormat sensiviti umat Islam, rakyat Malaysia rai hari kemerdekaan

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 6 Zulhijjah 1439H, Sabtu Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas menghalang penganjuran parti gay terbesar yang dirancang diadakan pada 30 Ogos hingga 1 September ini, di ibu negara.

Ketua Pemuda Isma, Muhammad Farid Hussein berkata, pihaknya dengan tegas mengecam penganjuran seumpama itu diadakan, terutama sewaktu tarikh penting bagi rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan ke-61, pada 31 Ogos ini.

Beliau berkata, walaupun kecewa dengan pendirian Pakatan Harapan berhubung isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), namun Pemuda Isma tetap mengharapkan kerajaan berpihak kepada gesaan umat Islam supaya menghentikan pesta berkenaan.

“Kita tetap mengharapkan kerajaan memandang serius perkara ini, kerana ia mencetuskan kebimbangan di kalangan umat Islam walaupun kita sudah tahu pendirian kerajaan dalam menguruskan isu LGBT sebelum ini.

“Pemuda Isma mengutuk dan mengecam sekerasnya penganjuran gay terbesar itu, ditambah ketika rakyat Malaysia sedang meraikan hari kemerdekaan negara pada 31 Ogos ini,” katanya kepada Ismaweb.net pada sidang media Pelancaran Kempen Ini Negara Perjuangan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penganjuran pesta gay tahunan terbesar yang dikenali sebagai ‘Parti Resurrection 2018’ di Kuala Lumpur pada penghujung bulan ini.

Menurut laman sesawang thegaypassport, parti terbesar itu bakal menghimpunkan komuniti gay di seluruh dunia, antaranya dari Thailand, Taiwan, China, Jepun, Sepanyol dan Filipina.

Program anjuran DivineBliss itu mendapat liputan besar-besaran media antarabangsa seperti portal Element (Asia leading LGBT media network) dan The Gay Passport.

Tahun lalu, penganjuran seumpama ini pernah mengejutkan umat Islam, apabila parti muzik gay ‘White Party BKK Warm Up’ anjuran DivineBliss yang dikatakan terbesar di dunia, dirancang diadakan di ibu negara pada 30 September.

Bagaimanapun, kerajaan Barisan Nasional ketika itu, melalui bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tidak membenarkan penganjuran berkenaan diadakan.

Difahamkan, jualan tiket telah mula dijual sejak Mei lalu, dan Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kedua, di mana tahun 2016 sebagai penganjuran pertama di ibu negara.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-