Sunday, August 19, 2018

Kerajaan didesak batalkan pesta gay terbesar di KL

Berita UtamaUtama
tyrazalhe 18/08/2018

Penganjur tidak hormat sensiviti umat Islam, rakyat Malaysia rai hari kemerdekaan

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 6 Zulhijjah 1439H, Sabtu Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas menghalang penganjuran parti gay terbesar yang dirancang diadakan pada 30 Ogos hingga 1 September ini, di ibu negara.

Ketua Pemuda Isma, Muhammad Farid Hussein berkata, pihaknya dengan tegas mengecam penganjuran seumpama itu diadakan, terutama sewaktu tarikh penting bagi rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan ke-61, pada 31 Ogos ini.

Beliau berkata, walaupun kecewa dengan pendirian Pakatan Harapan berhubung isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), namun Pemuda Isma tetap mengharapkan kerajaan berpihak kepada gesaan umat Islam supaya menghentikan pesta berkenaan.

“Kita tetap mengharapkan kerajaan memandang serius perkara ini, kerana ia mencetuskan kebimbangan di kalangan umat Islam walaupun kita sudah tahu pendirian kerajaan dalam menguruskan isu LGBT sebelum ini.

“Pemuda Isma mengutuk dan mengecam sekerasnya penganjuran gay terbesar itu, ditambah ketika rakyat Malaysia sedang meraikan hari kemerdekaan negara pada 31 Ogos ini,” katanya kepada Ismaweb.net pada sidang media Pelancaran Kempen Ini Negara Perjuangan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penganjuran pesta gay tahunan terbesar yang dikenali sebagai ‘Parti Resurrection 2018’ di Kuala Lumpur pada penghujung bulan ini.

Menurut laman sesawang thegaypassport, parti terbesar itu bakal menghimpunkan komuniti gay di seluruh dunia, antaranya dari Thailand, Taiwan, China, Jepun, Sepanyol dan Filipina.

Program anjuran DivineBliss itu mendapat liputan besar-besaran media antarabangsa seperti portal Element (Asia leading LGBT media network) dan The Gay Passport.

Tahun lalu, penganjuran seumpama ini pernah mengejutkan umat Islam, apabila parti muzik gay ‘White Party BKK Warm Up’ anjuran DivineBliss yang dikatakan terbesar di dunia, dirancang diadakan di ibu negara pada 30 September.

Bagaimanapun, kerajaan Barisan Nasional ketika itu, melalui bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tidak membenarkan penganjuran berkenaan diadakan.

Difahamkan, jualan tiket telah mula dijual sejak Mei lalu, dan Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kedua, di mana tahun 2016 sebagai penganjuran pertama di ibu negara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-