Showing posts with label pemborong. Show all posts
Showing posts with label pemborong. Show all posts

Monday, July 16, 2018

Permintaan tinggi pengaruhi harga ikan

YB DR AZMAN IBRAHIM
16 JULY 2018


JUAL beli ikan berlaku bila ikan dah naik di jeti atau pelabuhan. Orang tak jual ikan yang masih berenang dalam laut. Mahal atau murah ikan ditentukan oleh banyak faktor. Banyak peringkat yang dilalui bermula dari usaha nelayan di laut dan urus niaga di darat telah berlaku sebelum seekor ikan kembung berada dalam pinggan kita.

Sebab harga ikan mahal atau murah berkait rapat dengan faktor permintaan dan bekalan. Apabila permintaan tinggi maka harga jadi mahal. Pelbagai kos yang terpaksa ditanggung oleh nelayan sebelum ikan berjaya didaratkan dan peranan pemborong, peraih dan penjual akan mempengaruhi harga ikan di pasaran.

Setakat ini keperluan ikan dalam negara memang tak cukup. Nelayan Pantai Benting Lintang Besut yang baru mendarat terus diserbu pembeli untuk mendapat bekalan ikan segar dengan harga terus dari nelayan. Yang malu-malu akan balik tangan kosong.

Ada ketika lebih menyedihkan bila nelayan naik ke darat dengan wajah muram dan tangan kosong. Rezeki di laut sukar dijangka kerana laut yang dalam bukan mudah untuk diduga.

Walau mahal rakyat tetap akan beli ikan. Setakat saya turun jumpa masyarakat nelayan di lapangan dan tinjauan di pasar-pasar, belum pernah lagi saya terima aduan kenapa harga ikan mahal padahal dalam laut banyak ikan.

YB DR AZMAN IBRAHIM
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu

 - HARAKAHDAILY 
   16/7/2018

Monday, February 9, 2015

Isu Boikot: Polis selesai rakam keterangan Ismail Sabri

Selain Ismail Sabri yang dirakamkan kenyataannya pada petang Isnin, beberapa individu lain juga akan dipanggil berhubung kenyataan memboikot peniaga Cina. - Foto arkib TRP

KUALA LUMPUR, 9 Februari:

Polis selesai merakamkan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kenyataannya memboikot peniaga Cina, petang tadi.

Ismail Sabri hadir di Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman kira-kira jam 3 petang, untuk membolehkan polis merakamkan kenyataannya, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Turut kelihatan memasuki Ibu Pejabat Polis Persekutuan itu adalah beberapa individu lain dengan menaiki dua kenderaan berasingan, lapor portal berita Astro Awani.

Sebelum ini, Khalid berkata, keterangan diambil untuk membantu siasatan kenyataan Ismail Sabri di laman Facebooknya yang didakwa berunsur perkauman.

Jelasnya, selain Ismail Sabri, beberapa individu lain akan dipanggil berhubung kes berkenaan.

Individu-individu yang bakal dipanggil, termasuk daripada MCA, Gerakan dan DAP yang dipercayai mengeluarkan kenyataan balas terhadap kenyataan menteri tersebut.

Sementara itu, polis sudah membuka kertas siasatan berhubung ugutan bunuh yang diterima Ismail Sabri.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Ismail Sabri baru-baru ini mencetuskan kontroversi, apabila membuat kenyataan di laman Facebook yang menggesa orang ramai menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna untuk memboikot peniaga yang tidak menurunkan harga barang, susulan penurunan harga minyak.

Ia dianggap berunsur perkauman, kerana menyentuh golongan pemborong keturunan Cina sebagai sasaran.

Ahli Parlimen Bera itu pada Selasa lalu berkata, beliau sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam isu itu, tetapi beliau perlu menunggu tarikh sesuai untuk memberi keterangan kepada polis.

Ini kerana, beliau perlu menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet, pada Rabu lalu dan sejak beberapa hari lalu pula, beliau perlu menyertai beberapa acara sempena kunjungan negara Presiden Indonesia, Joko Widodo ke negara ini.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin pembangkang sejak 2 Februari lalu, iaitu tarikh Khalid membuat kenyataan Ismail Sabri akan dipanggil polis, hampir setiap hari mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadapnya, dengan membuat “kiraan hari” di media sosial, terutama Twitter.

Pada 1 Februari lalu, Ismail Sabri di akaun Facebooknya secara terbuka menggesa pengguna memboikot peniaga Cina yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan dan menindas pengguna.

Kenyataan itu dibuat, ketika orang ramai tidak puas hati dengan kedegilan peniaga yang enggan menurunkan harga barang, sekalipun kerajaan sudah menurunkan harga petrol serta diesel sebanyak tiga kali, sejak Disember lalu sehingga 1 Februari lalu.

Kenyataannya itu mengundang pelbagai reaksi negatif, termasuk daripada pemimpin parti komponen Barisan Nasional, seperti MCA yang bergabung dengan DAP mengecamnya.

Bagaimanapun, Ismail Sabri menjelaskan, kenyataannya hanya merujuk kepada peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang, bukannya keseluruhan masyarakat Cina.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/09/isu-boikot-polis-selesai-rakam-keterangan-ismail-sabri/#ixzz3RG20MiPR

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-