Showing posts with label pengangkutan udara. Show all posts
Showing posts with label pengangkutan udara. Show all posts

Sunday, December 28, 2014

Pesawat AirAsia hilang.....?

AirAsia tukar logo kepada kelabu selepas kehilangan pesawat

OLEH MD IZWAN

Published: 28 December 2014

AirAsia menukar logo akaun Twitter daripada warna merah kepada kelabu sebagai tanda berkabung selepas kehilangan pesawat QZ8501 hari ini. – Gambar Twitter, 28 Disember, 2014.Syarikat penerbangan tambang murah negara, AirAsia menukar logo daripada warna merah kepada kelabu sebagai tanda berkabung selepas kehilangan pesawat mereka hari ini.

Dalam akaun Twitter dan Facebook syarikat penerbangan tersebut, logo AirAsia ditukar daripada warna merah kepada kelabu, ia selepas disahkan kehilangan pesawat QZ8501.

"AirAsia changes logo colour to grey from red on its Facebook pages after #QZ8501 went missing," tulis AirAsia di akaun Twitter mereka.

Pesawat AirAsia QZ8501 dengan 155 penumpang dalam perjalanan ke Singapura terputus hubungan selepas meninggalkan Surabaya pagi ini, menurut pihak berkuasa Indonesia.

Kapal terbang Airbus A320 meninggalkan Surabaya jam 5.20 pagi waktu Indonesia (6.20 pagi waktu Malaysia) dan kelihatan tidak dapat dihubungi sewaktu berada di udara Kalimantan, menurut laporan media.

Ia disahkan melalui tweet AirAsia yang dikeluarkan pada 11.47 pagi ini: “AirAsia Indonesia regrets to confirm that flight QZ8501 from Surabaya to Singapore has lost contact with air traffic control at 07:24hrs this morning”. (AirAsia Indonesia dukacita mengesahkan pesawat QZ8501 dari Surabaya ke Singapura putus hubungan dengan pusat kawalan udara pada jam 7.24 pagi ini.)

Reuters memetik Hadi Mustofa dari Kementerian Pengangkutan Indonesia mengatakan kapal terbang itu putus hubungan dengan Jakarta pada jam 6.17 pagi waktu tempatan. – 28 Disember, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/airasia-tukar-logo-kepada-kelabu-selepas-kehilangan-pesawat#sthash.lFje27gm.dpuf

Saturday, December 13, 2014

Tiada Melayu, tiada Malaysia selamatkan MAS

SUBKY LATIF
Photo hiasan: Orang Malaysia yang berjaya dalam bidang  pengangkutan udara.

SEBELUM Idris Jala muncul sebagai CEO MAS semasa Tun Abdullah Badawi memerintah, merata-rata orang bercakap kemungkinan seorang Orang Putih hendak dijadikan CEO syarikat penerbangan negara yang berada di ambang musnah.

Sudah lebih dari sekali duit dari luar dicurahkan kepada syarikat itu bagi menyelamatkannya daripada mati atau dijual kepada mana-mana saudagar asing supaya ia boleh terus beroperasi.

Akhirnya datanglah Idris Jala yang bukan dari kalangan pengurusan penerbangan bagi menyelamakannya. Idris itu hebat, dari seorang yang tidak dikenali, tidak sekadar jadi CEO MAS tetapi dari seorang yang tidak diketahui penglibatan politiknya, dia dijadikan menteri pula pada masa tiada rombakan kabinet.

Mengapa jadi menteri pula? Seolah-olah kabinet/kerajaan pula hendak diselamatkan. Sesudah hendak menyelamakan MAS, kerajaan BN yang kurang majoriti itu pula seperti perlu diselamatkannya.

Agaknya MAS sudah selamat, kerajaan yang lemah itu pula mesti diselamatkannya.

Tinggallah MAS yang orang luar sangka sudah selamat setelah ada Idris. Lepas itu MAS hidup segan mati tak mahu juga atau hidup tidak, mati pun tidak.

Sekarang benar-benar terjadi, MAS cari Orang Putih juga untuk menyelamatkannya. Pemerintah dari Pak Lah hingga ke Najib, bukan saja tidak dapat orang Melayu, bahkan tidak dapat orang Malaysia hendak diberi kepercayaan bagi menyelamatkan MAS. Bagi pada Orang Putih juga akhirnya.

Ketika mula merdeka hampir 60 tahun dulu semua jawatan penting kerajaan dan swasta dibagi pada Orang Putih. Orang kita sendiri pun tidak percaya kepada orang kita. Mungkin justeru persepsi. Lepas dirasakan merdeka betul satu demi satu jawatan yang diberi pada Orang Putih.

Apabila kebanyakan syarikat dan ladang besar dimiliki orang asing, TS Khalid Ibrahim yang jadi CEO PNB runding ambil semua syarikat itu. Boleh orang Melayu jadi CEO dan tadbirkan syarikat dan pentadbiran besar.

Apabila kita berpecah dengan Singapura, kita pecahkan MSA syarikat penerbangan yang satu itu kepada dua, satu untuk Singapura dan satu lagi MAS untuk Malaysia. Kita angkat Tan Sri Aziz Abdul Rahman jadi CEO-nya dan Raja Mohar jadi pengurusinya. Kita tidak banyak tahu akan pengalaman Aziz untuk diberi jawatan itu. Syarikat penerbangan mana yang dikendalinya sebelum itu? Elok saja MAS itu.

Kita tidak ada masalah bagi menggantikan CEO Petronas, CEO Khazanah dan Sime Darby, tetapi kerajaan merasakan masanya telah tiba bagi Orang Putih datang semula untuk menyelamatkan syarikat penerbangan negara itu. Dulu kita gantikan Orang Putih dengan Orang Melayu, tetapi seperti tiada lagi orang Melayu/orang Malaysia untuk menjadi CEO bagi syarikat yang dilaknat Allah itu.

Apakah sudah tidak orang dalam negeri yang layak bagi menyelamatkannya? Orang dalam negeri seperti Tan Sri Aziz yang jadi CEO MAS yang pertama berpendapat, belum habis orang dalam negeri yang berkelayakan dan boleh mengendalikannya. Belum diperlukan lagi Orang Putih yang tidak tahu budaya orang tempatan, katanya.

Padanya, dia tahu orang yang berupaya mengendalikan kerja menyelamatkan MAS. Daripada 28 juta rakyat itu masakan seorang pun tidak ada yang layak. Atau apa jadi kepada Malaysia Boleh? Adakah Malaysia sudah jadi tidak boleh?

Yang kata Malaysia Boleh dulu Dr. Mahathir. Dia masih hidup, seolah-olah Malaysia sudah tidak boleh? – HARAKAHDAILY

Tuesday, December 9, 2014

Perlantikan CEO MAS, bukti kegagalan "Malaysia Boleh"

MUHAMMAD FAIZAL
KUALA LUMPUR: Pelantikan Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airline Berhad (Mas NewCo) yang baru membuktikan kegagalan Barisan Nasional (BN) merealisasikan slogan 'Malaysia Boleh'.

Berkata kepada Harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar‎, jikalau sebelum ini pemimpin BN sering mencanang bahawa kita mampu dalam segala bidang tetapi dengan pelantikan warga asing sebagai penerajui baru Mas membuktikan kegagalan Malaysia.

"Dalam isu ini kita gagal melahirkan tokoh pengurusan koperat tempatan, ini menjadikan slogan 'Malaysia Boleh' adalah slogan palsu.

"‎Pemilihan warga asing untuk menerajui Mas menjadikan slogan Malaysia boleh bertukar menjadi 'Malaysia Bodoh' sepertimana kenyataan sinis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang rakyat Malaysia ini bodoh dan tidak layak untuk terajui Mas," kata beliau.
‎
‎Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, isu menyelamatkan dan memulihkan Mas bukan cerita baru kerana kerugian terus berlaku walaupun pelbagai pelan pemulihan telah dilaksanakan.
‎‎
Katanya, sepertimana pelantikan Datuk Seri Idris Jala, Tan Sri Azman Mokhtar dalam menyelesaikan masalah Mas sebelum ini sehingga Syarikat Penerbangan Malaysia itu terpaksa tutup kedai.‎

‎"Sungguh menghairankan apabila mereka yang telah terbukti gagal menyelesaikan masalah sebelum ini antara yang terlibat dan bertanggungjawab dalam memulihkan Mas dengan pelan pemulihan antaranya membawa masuk tokoh asing untuk menyelamatkan Mas.‎

"Sepatutnya secara lo‎jiknya jawatan yang mereka pegang sekarang seharusnya diisi oleh warga asing yang berkebolehan kerana mereka berdua telah terbukti gagal memulihkan Mas.

"Langkah melantik warga asing telah membentuk sikap hilang kepercayaan rakyat Malaysia terhadap kebolehan anak-anak Malaysia untuk diberi tanggungjawab besar demi masa depan negara," sambung beliau.‎

‎Mahfuz yang turut mempersoalkan adakah kerajaan turut mencadangkan untuk menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada warga asing memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal memulihkan ekonomi negara.

"Najib terbukti gagal dalam memulihkan beban hutang negara yang semakin meningkat termasuk kejatuhan nilai Ringgit Malaysia.

"Bagaimana pelan pemulihan Mas, Najib perlu serahkan jawatan tersebut kepada warga asing agar ekonomi negara ini kembali pulih," katanya.‎ - HARAKAHDAILY

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-