Showing posts with label MAS. Show all posts
Showing posts with label MAS. Show all posts

Saturday, September 16, 2017

Putrajaya: Beli Boeing tidak guna duit rakyat

Minderjeet Kaur

Ketua setiausaha Perbendaharaan berkata tiada perkara luar biasa mengenai pembelian pesawat Boeing kerana Malaysia Airlines perlukan pesawat baharu.
PUTRAJAYA:  Ketua Setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata pembelian pesawat penumpang Boeing oleh Malaysia Airlines yang bernilai berbilion dolar seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tidak menggunakan duit rakyat.

“Tidak melibatkan duit rakyat,” katanya ketika ditanya mengenai pembelian itu hari ini.

Beliau berkata panel pakar teknikal MAS sudah menilai urusjanji yang dibuat syarikat itu selain memastikan perkhidmatan syarikat penerbangan itu disampaikan dengan cekap.

“Mereka perlukan pesawat baharu, sama ada Airbus atau Boeing. Ada panel pelaburan dan mereka sudah membuat penilaian ke atas pelan jangka masa sederhana dan panjang untuk MAS,” katanya kepada pemberita.

“Ada pesawat yang akan dibeli. Bukan sesuatu yang luar biasa,” tambahnya.

Irwan mengulas rancangan pembelian 25 pesawat Boeing 727 dan 8 pesawat 787 Dreamliners, dan 25 pesawat 727 pada masa depan.

Najib mengumumkan pembelian itu semasa pertemuan dengan Trump di Rumah Putih 12 September lepas. Perdana menteri berkata urusjanji itu akan bernilai lebih AS$10 bilion (RM42 bilion) dalam masa 5 tahun.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi pada 13 September lepas memberitahu FMT industri penerbangan Malaysia mengalami pertumbuhan dan pembelian dari AS itu akan memberi lonjakan yang membolehkan ia memanfaatkan peluang baharu daripada perjalanan yang menguntungkan, terutamanya ke China dan Eropah.

Beliau berkata MAS antara lain boleh membiayai pembelian itu, seperti membuat pajakan daripada Penerbangan Malaysia Berhad (PMB), yang ditubuhkan pada 2002 untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan di negara ini.

PMB terbabit dalam pemerolehan, pembelian dan pajakan pesawat dan enjin pesawat, pegangan pelaburan dan pemilikan syarikat penerbangan domestik.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Airlines bukan perkara baharu.

“Pada Julai 2016, MAS dilaporkan menandatangani perjanjian untuk membeli lebih 50 pesawat Boeing 737 MAX, dengan tempahan untuk 25 pesawat, dan hak untuk membeli 25 pesawat lagi dalam perjanjian bernilai AS%5.5 bilion,” katanya.

“Begitu juga pada Ogos 2017, media melaporkan hasil kejayaan penstrukturan MAS dan pertumbuhan semasa, MAS dalam rundingan untuk membeli 30 lagi pesawat Boeing 786 atau Airbus yang akan membolehkan MAs meluaskan perjalanan dan perniagaannya,” tambahnya.

Sunday, March 6, 2016

Serpihan dipercayai MH370, DCA ke Mozambique esok

Bernama 



Anggota satu pasukan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia dijadual mengadakan perjumpaan dengan rakan sejawatan mereka dari Mozambique di negara Afrika selatan itu esok untuk berbincang mengenai penemuan satu objek yang dipercayai berasal dari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata: "Mereka akan berjumpa dengan ketua pengarah DCA Mozambique esok untuk berbincang mengenai penemuan itu dan membawa pulang serpihan berkenaan".

Pasukan tiga anggota Malaysia itu, yang terdiri daripada penyiasat dan petugas daripada DCA dan Malaysia Airlines, kini berada di Mozambique bersama-sama rakan sejawatan mereka dari Australia berikutan laporan mengenai penemuan bahagian pesawat awal minggu ini, katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baharu MCA Kepong bernilai RM7 juta.

Terdahulu, Liow berkata penemuan itu besar kemungkinan mempunyai kaitan dengan Boeing 777, model pesawat yang sama dengan pesawat MAS yang hilang sejak dua tahun lepas.

Beliau berkata, objek itu akan dihantar ke Australia untuk diperiksa, tetapi akan kekal di bawah penjagaan Malaysia.

Mengenai tuntutan pampasan yang difailkan waris penumpang MH370, Liow berkata setakat ini, kurang daripada 60 kes telah diselesaikan.

"Sekali lagi, saya ingin menggesa para waris supaya memfailkan tuntutan mereka sebelum 8 Mac, sebelum hak mereka untuk menuntut pampasan berakhir.

"Ini sejajar dengan Konvensyen Montreal, yang mensyaratkan waris mangsa memfailkan tuntutan pampasan dalam masa dua tahun dari tarikh berlaku kejadian," katanya.

Liow berkata, pada 8 Mac, satu kenyataan sementara akan dikeluarkan para penyiasat Malaysia, manakala Yang Dipertua Dewan Rakyat akan menyampaikan ucapan bagi memperingati ulang tahun kedua tragedi itu.

Pesawat MH370 ke Beijing bersama 239 penumpang dan anak kapal hilang pada awal pagi 8 Mac 2014 setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

-Bernama

Friday, December 4, 2015

Hishamuddin Rais disekat keluar negara

OLEH KC NAZARI
Published: 4 December 2015 12:28 AM

Aktivis politik Hishamuddin Rais ditahan di pintu imigresen malam tadi semasa mahu menaiki pesawat ke Seoul menggunakan penerbangan MAS. Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Disember 2015.

Aktivis politik Hishamuddin Rais disekat daripada keluar negara sewaktu mahu menaiki pesawat ke Korea Selatan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.

Menurut Hishamuddin, beliau ditahan di pintu imigresen sewaktu mahu menaiki pesawat ke Seoul menggunakan penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

"Saya mahu kerajaan menjelaskam sebab saya tidak dibenarkan ke luar negeri," katanya apabila dihubungi The Malaysian Insider.

Hishamuddin merupakan bekas aktivis mahasiswa 1970-an yang pernah hidup dalam buangan selama 25 tahun. – 4 Disember 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hishamuddin-rais-disekat-keluar-negara#sthash.TuRUv4B9.dpuf

Sunday, May 10, 2015

Ini bukan cerita baru, tunggu masa sahaja meletup

HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Di beberapa buah negara, apabila berlaku aduan salah guna kuasa terhadap presiden, perdana menteri atau mana-mana pimpinan kerajaan disiasat, dibawa ke mahkamah dan dihukum.

"Begitu juga dengan negara jiran kita, Thailand," kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Di Malaysia, ujarnya banyak mana wang rakyat telah dikebas dan dana awam dilesapkan seperti Perwaja, MAS, PKFZ yang terbaru sekarang ialah 1MDB dan Tabung Haji.

"Kalau rakyat terlambat bayar bil elektrik kena potong, tidak bayar saman diburu macam penjenayah tetapi apabila pimpinan Umno dan BN seleweng duit rakyat diam membisu," katanya menerusi facebook.

Justeru, ujarnya pendedahan berkait dengan salah guna Tabung Haji untuk IMDB bukan silap Datuk Seri Najib seorang sahaja sebagai Perdana Menteri tetapi ia adalah kesilapan Umno sebagai parti teras dalam Kerajaan BN.

"Ini bukan cerita baru, tunggu masa sahaja meletup," katanya lagi.

Menurutnya, saban tahun Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan penyelewangan, boros, membazir, rasuah yang melibatkan ratusan juta dana awam.

Rakyat, katanya bukan sahaja mahu Najib letak jawatan bahkan Umno juga wajib ditukar daripada menerajui tampuk pemerintahan negara. - HARAKAHDAILY

Tuesday, December 9, 2014

Perlantikan CEO MAS, bukti kegagalan "Malaysia Boleh"

MUHAMMAD FAIZAL
KUALA LUMPUR: Pelantikan Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airline Berhad (Mas NewCo) yang baru membuktikan kegagalan Barisan Nasional (BN) merealisasikan slogan 'Malaysia Boleh'.

Berkata kepada Harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar‎, jikalau sebelum ini pemimpin BN sering mencanang bahawa kita mampu dalam segala bidang tetapi dengan pelantikan warga asing sebagai penerajui baru Mas membuktikan kegagalan Malaysia.

"Dalam isu ini kita gagal melahirkan tokoh pengurusan koperat tempatan, ini menjadikan slogan 'Malaysia Boleh' adalah slogan palsu.

"‎Pemilihan warga asing untuk menerajui Mas menjadikan slogan Malaysia boleh bertukar menjadi 'Malaysia Bodoh' sepertimana kenyataan sinis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang rakyat Malaysia ini bodoh dan tidak layak untuk terajui Mas," kata beliau.

‎Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, isu menyelamatkan dan memulihkan Mas bukan cerita baru kerana kerugian terus berlaku walaupun pelbagai pelan pemulihan telah dilaksanakan.
‎‎
Katanya, sepertimana pelantikan Datuk Seri Idris Jala, Tan Sri Azman Mokhtar dalam menyelesaikan masalah Mas sebelum ini sehingga Syarikat Penerbangan Malaysia itu terpaksa tutup kedai.‎

‎"Sungguh menghairankan apabila mereka yang telah terbukti gagal menyelesaikan masalah sebelum ini antara yang terlibat dan bertanggungjawab dalam memulihkan Mas dengan pelan pemulihan antaranya membawa masuk tokoh asing untuk menyelamatkan Mas.‎

"Sepatutnya secara lo‎jiknya jawatan yang mereka pegang sekarang seharusnya diisi oleh warga asing yang berkebolehan kerana mereka berdua telah terbukti gagal memulihkan Mas.

"Langkah melantik warga asing telah membentuk sikap hilang kepercayaan rakyat Malaysia terhadap kebolehan anak-anak Malaysia untuk diberi tanggungjawab besar demi masa depan negara," sambung beliau.‎

‎Mahfuz yang turut mempersoalkan adakah kerajaan turut mencadangkan untuk menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada warga asing memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal memulihkan ekonomi negara.

"Najib terbukti gagal dalam memulihkan beban hutang negara yang semakin meningkat termasuk kejatuhan nilai Ringgit Malaysia.

"Bagaimana pelan pemulihan Mas, Najib perlu serahkan jawatan tersebut kepada warga asing agar ekonomi negara ini kembali pulih," katanya.‎ - HARAKAHDAILY

Sunday, December 7, 2014

DAP selar kenyataan Dr M 'orang Malaysia Bodoh'


Kejayaan syarikat penerbangan swasta AirAsia menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia bukan tidak cekap menguruskan syarikat penerbangan, kata DAP.

Sebaliknya, menurut setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng (bawah), BN sebenarnya yang tidak mampu menguruskannya.


Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata, beliau “amat tidak setuju” dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa MAS perlu melantik seorang ekspatriat sebagai ketua pegawai eksekutif kerana “orang Malaysia bodoh”

Lim sebaliknya berkata, BN sebenarnya yang “bodoh” ekoran Malaysian Airlines (MAS) terus gagal meski pun banyak dana kerajaan disuntik, tidak seperti AirAsia yang berdiri dengan kaki sendiri.

“Sebenarnya, BN yang bodoh, bukan rakyat Malaysia, dengan bergantung kepada agenda perkauman untuk menutup kroni yang tidak berupaya dan bukannya mencari rakyat Malaysia berbakat di depan mereka seperti pasukan AirAsia Fernandes, Kamarudin Meranon dan Azran Osman Rani," katanya.

Mahathir semalam berkata: “Orang Malaysia bodoh. Mereka tidak tahu urus (syarikat) penerbangan.”

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelantikan seorang tokoh korporat Jerman sebagai ketua pegawai eksekutif baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo).

Saturday, December 6, 2014

Orang Malaysia Bodoh....... itu kata Mantan PM Tun Dr Mahathir

Orang Malaysia bodoh, tak pandai urus MAS, kata Dr Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tidak hairan 'orang luar' diberi kepercayaan menguruskan MAS kerana orang tempatan jahil dalam urusan syarikat penerbangan. – Gambar fail Reuters, 6 Disember, 2014.Syarikat penerbangan negara Malaysia Airline System Berhad (MAS) mengalami kerugian kerana rakyat Malaysia tidak pandai menguruskannya, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Orang Malaysia ini bodoh, tidak tahu hendak uruskan syarikat penerbangan, sebab itu MAS rugi," katanya dipetik portal berita Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi balas apabila diajukan tentang keputusan Khazanah Nasional Berhad yang melantik Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS, berkuat kuasa 1 Januari.

Katanya, tidak hairan jika "orang luar" diberikan kepercayaan menguruskan dan memulihkan semula syarikat penerbangan negara itu.

"Bila sudah rugi, orang yang buat (MAS) rugi itu sekarang ini nak buat baik balik, oklah," beliau dipetik berkata.

Semalam, Khazanah menamatkan spekulasi dengan mengumumkan, di bawah pelan pemulihan, Mueller sebagai Pengarah Bukan Eksekutif MAS dan CEO MAS NewCo., mengesahkan laporan The Malaysian Insider sebelum ini.

Beliau ketika ini CEO Aer Lingus Plc, syarikat penerbangan nasional Ireland, juga dicalonkan menyertai Lembaga Pengarah MAS.


Sementara itu, dalam perkembangan lain, Dr Mahathir diminta mengulas komen Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden (gambar, kiri) berkenaan Akta Hasutan 1948 dan undang-undang lain negara yang dikatakan digunakan bagi menekan pemimpin pembangkang.

Katanya, pemimpin AS itu sewajarnya "cermin diri sendiri" sebelum mengkritik keputusan kerajaan mengenai pindaan akta itu.

Beliau menegaskan Biden sepatutnya "cakap serupa bikin" apabila AS sendiri masih mengekalkan pusat tahanan Guantanamo yang mengenakan tahanan tanpa bicara lebih 10 tahun.

"Naib Presiden itu sepatutnya tengok negara sendiri yang masih mengamalkan tahanan tanpa bicara lebih 10 tahun.

"Mereka boleh buat keputusan hukuman mati tanpa perlu beritahu kepada umum, tiba-tiba 'drone' datang dan tembak mati, jadi baliklah (Biden) ke negara sendiri," beliau dipetik berkata kepada pemberita selepas melancarkan dua varian baharu Proton Suprima S di Solaris Dutamas di Kuala Lumpur.

Semalam, Biden juga membangkitkan kebimbangan di Twitter berhubung keputusan rayuan kes Liwat II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya mengenai tindakan Perdana Menteri yang menyaman Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, Dr Mahathir berkata, Datuk Seri Najib Razak tidak sepatutnya gentar jika dikritik atau difitnah pembangkang.

Ia adalah sesuatu yang normal bagi seorang ahli politik, katanya, sambil menambah Najib bagaimanapun berhak mengambil tindakan mahkamah tersebut demi kepentingan politiknya.

"Itu adalah hak dia (Najib), sebagai ahli politik, dikritik dan difitnah semuanya adalah normal. Bagi saya tiada guna, bagi PM (Najib) sebaliknya.

"Masa saya dulu tak pergi mahkamah pun, tapi saya akan jelaskan, kalau betul, buat apa hendak takut," kata Dr Mahathir.

Surat tuntutan kepada dua pemimpin Pakatan Rakyat meminta mereka menarik balik kenyataan mereka terhadap Najib dan memohon maaf dalam tempoh 14 hari atau menghadapi tindakan saman.

Rafizi, yang juga Ahli Parlimen Pandan, menerima surat tuntutan itu semalam kerana klip videonya mengenai subsidi petrol sementara Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menerima surat pada 21 November kerana kenyataannya mengenai 1Malaysia Development Berhad.

Friday, July 18, 2014

Tragidi Pesawat MH17 milik MAS - Tak tau ke laluan tu laluan merbahaya?

Syarikat penerbangan Korea Selatan elak laluan Ukraine sejak Mac


SEOUL: Dua syarikat penerbangan utama Korea Selatan berkata, mereka sudah menghentikan penggunaan ruang udara Ukraine sejak 3 Mac lalu atas faktor keselamatan.

Korean Air Lines Co Ltd dan Asiana Airlines Inc, kedua-duanya berkata, mereka menukar laluan penerbangan berkenaan untuk mengelak terbang di Ukraine sejak tarikh yang sama.

Pesawat MH17 milik Malaysia Airline System Bhd (MAS) terhempas di timur Ukraine semalam, menyebabkan 298 orang di dalam pesawat terbunuh.

Amerika Syarikat berkata, pesawat berkemungkinan ditembak jatuh oleh peluru berpandu darat ke udara. - AP

Kapal terbang MAS MH17 terhempas di Ukraine


Mohammad Sulaiman AlBanjari
3 minit yang lalu melalui Daily Express Comments
  • MH17 terhempas di Ukrani


    shr.gs
    A MALAYSIAN Airlines passenger plane with 295 people has crashed in Ukraine today killing everyone onboard after reportedly being shot down by Russian authorities.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-