Showing posts with label royaliti minyak. Show all posts
Showing posts with label royaliti minyak. Show all posts

Saturday, August 4, 2018

Harakah bawa api permusuhan 'dinyala syaitan', kata Husam

BERITA
Diterbitkan 4 Ogs 2018, 8:47 malam 


Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Husam Musa berang terhadap lidah rasmi PAS, Harakah yang didakwa memfitnahnya berhubung isu royalti minyak di Kelantan.

"Saya tidak pernah terbayang Harakah sebagai lidah rasmi parti ‘Islam’ sanggup menurunkan tarafnya menjadi sampah dunia akhirat," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Husam merujuk laporan muka depan Harakah Jumaat lalu bertajuk "PH serupa BN", yang disusuli sub tajuk berbunyi "PM ulang silap lampau, Husam tiru perangai Umno".

Laporan itu memetik kenyataan Husam mencadangkan sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menguruskan dana royalti minyak yang akan disalurkan ke Kelantan.

Husam bagaimanapun berkata, laporan tersebut ternyata "seratus peratus fitnah".

Menurut Husam rencana di bahagian dalam akhbar itu pula menyiarkan tajuk “Husam, LGBT, UEC dan Khazanah, ke mana Malaysia nak dibawa?".

"Api permusuhan yang dinyalakan syaitan nampaknya masih membara menjadi anutan dan pengeliruan berbaur penghinaan adalah jalan dipilih Harakahuntuk menuju keredaan tuhan.

"Bolehkah keredaan tuhan dicapai dengan kemungkaran yang terlarang?"soalnya.

Tambahnya, pada tajuk yang digunapakai, Harakahmenampakkan "kejijikannya" terhadap Umno, namun berbeza layanan pimpinan PAS terhadap parti Melayu itu terutama pada pilihan raya kecil di Sungai Kandis.

"Jika begitu, mengapa pula pimpinan PAS membesarkan laungan ahli PAS sunat/wajib mengundi calon Umno di Sg Kandis?" soalnya.

Wednesday, July 25, 2018

Pemberian royaliti minyak bukan dalam masa terdekat

By Kasthuri Jeevendran
     - 25 Julai 2018

Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Pemberian royaliti minyak sebanyak 20 peratus tidak boleh dilaksanakan dalam masa terdekat, sebaliknya pindaan Akta Pembangunan Petroluem (PDA) 1974 perlu dilakukan terlebih dahulu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, apa yang termaktub dalam akta tersebut hanya menyebut, berdasarkan keuntungan bersih pemberian 10 peratus royalti kepada kerajaan pusat dan negeri pengeluar minyak.

“Tawaran 20 peratus adalah inisiatif manifesto daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH), tetapi pada masa yang sama kita perlu melakukan pindaan terhadap Akta 1974 terlebih dahulu sebelum pelaksanaan itu.

“Buat masa ini, Petronas perlu membayar 10 peratus secara tunai kepada kerajaan, daripada jumlah ini, sebanyak 5 peratus akan di terima oleh kerajaan persekutuan dan negeri-negeri pengeluar sumber.

“Bayaran itu akan dibayar dua kali iaitu pada bulan Februari dan Ogos. Peratus ini mengikut nilai kasar setong pada harga pasaran tanpa perlu mengambil kira menguntungkan atau tidak.

“Tatkala kami menggubal Buku Harapan yang menyebut tentang pengagihan royaliti minyak secara adil kepada negeri-negeri pengeluar minyak secara adil sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, kami telah melakukan buat kos analisa pengeluaran petroleum. Ketika itu kekangan data dan maklumat,” katanya.

Beliau mengulas permintaan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Madius Tangau yang memohon pencerahan bila kerajaan Persekutuan akan melaksanakan pemberian 20 peratus royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak.

Pada minggu lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan 20 peratus yang diberikan oleh syarikat pengeluar minyak adalah royalti daripada keuntungan yang diperoleh daripada negeri-negeri terbabit.

“Royalti itu adalah berdasarkan keuntungan yang diperoleh oleh setiap negeri. Kita tidak ambil (keuntungan) daripada Terengganu dan beri kepada negeri lain,” katanya. – Malaysia Gazette

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-